Bangunan Hotel Raia Kota Kinabalu, Sabah.
Blog Bukan Hak Milik Kekal.
Awal pagi Isnin 22.09.2025 kemaskinikan blog Pesona Etuza. Daripada pening kepala tidak berjaya keluar Widget Top Komentar di blog ini, elok tinggalkan dulu. Tidak mahu serabutkan fikiran nanti hilang mood berblog. Lalu awal pagi bangun bila pola tidur berubah, awal masuk tidur lalu bangun awal. Teringat belum ada catatan baru,ambil peluang damaikan hati dengan catatan baru mengenai percutian kami di Kota Kinabalu, Sabah. Teringat kata-kata blogger Wak Lat " Blog Bukan Hak Milik Kekal". Kita fikir fikirkan secara kreatif kata-kata indah itu. Jika berminat klik SINI dan SINI.
Hotel Raia Hotel Terkemukan Di Kota Kinabalu, Sabah.
Hotel ini adalah bangunan tinggi yang tersendiri dan tersergam indah dengan warna cat putih berseri. Kemudian ada Bank di ruang hadapan bawah Hotel Raia iaitu Bank Islam dan lebih kepada layanan perbankkan bercirikan konsep Islam serta ada pengurusan kewangan Tabung Haji. Sebab itu Etuza suka datang di Hotel Raia apabila terdetik hati hendak berurusan tentang Tabung Haji.
Menurut Etuza, Hotel Raia di kawasan Sambulan Kota Kinabalu dan berdepan dengan Masjid Negeri Kota Kinabalu, adalah sebuah hotel yang terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah. Saya kira begitu kerana Hotel Raia ini sering penuh dengan kehadiran tetamu yang datang menginap di hotel ini. Ruang pakir yang luas dan keselamatan kenderaan terjamin.
Jalan raya menuju ke hotel ini juga mudah dan kurang sibuk dan ada ruang pakir yang luas. Perkhidmatan yang mesra pelanggan dan ada ruang makan yang cukup harmoni dan rasa damai meliaht suasana ruang makan yang berkonsepkan dapur suasana Arab kerana ada pokok kurma menghiasi ruang makan sarapan pagi dan makan malam atau makan tengahari. Menu sajian makanan juga tak kalah di hotel lain, banyak menu dan semua segar dan lazat sekali.
Baiklah kita tengok gambar-gambar tentang Hotel Raia Kota Kinabalu, Sabah. Kepada pelancong dari tanah seberang ( Semenanjug dan Sarawak) datang ke Sabah, carilah dan google waze Hotel Raia di Sambulan Kota Kinabalu ini. Jemput melihat gambar kenangan kami. Terima kasih.
Jom Ikut Kami Cek In Ke Bilik Hotel Raia.
Welcoming /Ucapan alu aluan kepada pelanggan mereka di Hotel Raia.
Ruangan Pakir
Pintu masuk Hotel Raia, sliding kaca.
Daftar di kaunter, syukur ada lagi bilik kosong RM25o.00 pernighat, Duble badroom 2 set.
Dapat cenderahati
Daftar dapatkan pin kad bilik, no wifi percuma, termasuk makan sarapan pagi.
Diruang lobi Hotel Raia
Ruang lobi menunggu dan boleh santai rehat di sini.
Di ruangan lobi
Menunggu untuk ke bilik, duduk di sofa yang empuk.
Petunjuk tempat di Hotel Raia, Kota Kinabalu.
Ada trasport kemudahan pelanggan Hotel Raia, pastinya untuk staff hotel ini.
Sijil anugerah Hotel Raia yang agak terkemuka ini.
Menuju ke lif naik ke tingkat 2
Paparan dari smart TV, boleh tengok bilik anda di skrin tv ini.Selain informasi
di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah.
Gambar kenang kenangan~ Di Hotel Raia, Kota Kinabalu, Sabah.
Belanja satu pic Etuza, sekadar abadikan kenangan bukan
riak bangga diri,gambar hanya hiasan blog
dan menjadi kenang kenangan.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.