expr:class='data:blog.pageType'>

Destinasi Ikonik Sabah. Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah.

 19.09.2025 Jom Etuza bawa bersiaran di Pantai Tanjung Aru, 
Sambulan Kota Kinabalu, Sabah.


Jom Tengok Keindahan Pantai Tanjung Aru, KK Sabah Bawah Bayu.

Pagi Jumaat pada 19.09.2025, awal pagi Etuza , suri hati dan anak menuju bersiaran ke Pantai Tanjung Aru, merupakan destinasi pelancongan ikonik yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah Bawah Bayu. Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu ini amat terkenal dikunjungi ramai pelancong sama ada rakyat tempatan Sabah atau pelancong luar negara. Sebab kenapa?. Ini Pendapat Etuza.

Pantai Tanjung Aru Tempat Pelancongan Terkenal Kenapa?.

1. Pantai ini berdekatan dengan Kota Raya Kota Kinabalu, Sabah, sangat mudah ke Pantai Tanjung Aru selepas melalui jalan Majid Kota Kinabalu belok ke kanan selepas bulatan di Sambulan kita jalan lurus menuju ke Pantai Tanjung Aru. Lokasi pantai yang mudah dituju. Jalan tidak bersimpang simpang.

2. Pantai yang indah saujana lautan samudera seolah tak bertepi di muara laut. Nampak beberapa pulau mencantikkan pandangan ke hadapan laut Pantai Tanjung Aru.

3. Gerai makan yang banyak disediakan, boleh makan bakso dan lain-lain makanan, minuman air kelapa dan cendol pulut nasi dan sebagainya. Kemudahan makan dan minuman tidak susah untuk mendapatkannya.

4. Ada disediakan tempat duduk, meja makan dan berehat sambil memandang deruan ombak menghempas pantai pasir.

5. Bila petang  pelancong akan melihat  Matahari Terbenam dengan rona cahaya yang dikatakan paling cantik di Dunia. Istilah yang selalu digunakan bila matahari terbenam ialah Sunset ( Bahasa Inggeris).

6. 
Aktiviti Rekreasi  
Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti termasuk berjalan-jalan, berlari, berjoging, dan aktiviti sukan air seperti para sailing, jet ski, dan banana boat. 

7. Ikonik, kenapa? kerana satu tempat popular yang selalu dikunjungi setiap hari terutama a
rakyat Sabah dan pelancong luar negara setiap waktu petang. Pantai Tanjung Aru 
Selain itu Pantai Tanjung Aru juga merupakan sebuah tempat sosial masyarakat Sabah, dengan berbagai aktiviti yang sihat. Seperti tempat berjogging, bersenam, berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, menaiki boat dan sebagainya. Disamping menikmati keindahan sunset yang sangat indah kala petang. Luar biasa Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah. 

Riadah Etuza, Suri Hati Bersama Anak Di Pantai Tanjung Aru.

Kami awal pagi datang ke tempat ini, pantai yang indah dengan saujana lautan biru. Datang ke pantai ini untuk melihat keindahan laut dan mencuba melakar kenangan dengan menjadikan bacground laut sebagai latar gambar. Konon ada penggambaran antara kami bertiga. Pose style masing-masing sambil leraikan tekanan jika pun ada tekanan.

Datang ke Pantai Tanjung Aru ini ,kerana hendak melepaskan rindu setelah lama pada 2019 pernah datang ke Pantai Tanjung Aru. 2025 kini banyak berubah dengan penyediaan meja dan tempat duduk yang cantik dan kukuh.Tetapi berbayar jika kita menggunakan meja ini. Konon inilah pengisian percutian kami di Kota Kinabalu Sabah setelah selesai urusan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Melihat nikmat keindahan laut yang tidak akan pernah ada di Keningau, Daerah Etuza tempat tinggal Etuza. Laut dan pasir pantai ini hanya dapat dinikmati sepuas puasnya di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah di bawah bayu . Memang terasa sangat tertarik melihat ombak menghempas pantai. Seolah berkejaran dan menderu, kemudian tenang setelah menghempas pasiran di tepian pantai. Sempat kami merakam kenangan dan gambar di bawah ini menjadi saksi kehadiran kami di Pantai Tanjung Aru awal pagi 19.09.2025. Awal pagi semua gerai masih tutup dan akan dibuka seawal jam 12.00 tengahari sebagai persediaan mereka menyambut tetamu yang ramai semasa menjelang petang setiap hari.

Kepada yang klik laman Pesona Etuza, terima kasih datang membaca, melihat gambar kenangan kami dan menjatuhkan komen. Salam sayang , jumpa lagi di lain catatan. Salam hujung minggu.
Jalan yang dilalui menuju ke Pantai tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Welcome.First Beach di Tanjung Aru. Kota Kianablu, Sabah 

Pemandangan gugusan tepi pantai Tanjung Aru.

Gerai makan, minum awal pagi memang masih tutup.

Gerai Soto Bakso dan macam-macam ada.Tapi masih tutup.

RM10 dikenakan bayaran jika menggunakan kerusi dan meja..

Deretan meja dan tempat duduk daripada simen batu.



Ombak yang menghempas pantai..

Pantai yang indah, Subahanallah indah dan unik ciptaan allah untuk manusia nikmati.

Tengok ombak itu, memutih dan tenang beralun menghempas ke pantai pasir.

Abadikan kenangan di Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah.











Catat Ulasan

0 Ulasan