Gambar Masjid Kota Kinabalu, Sabah.
Cuti Umum September 2025
* Maulidur Rasul jatuh pada 5.09.2025 hari Jumaat tahun ini bersamaan 12 Rabiulawal 1447H.
* Cuti Umum juga jatuh pada 15 Sept dan 16 Sept 2025 sempena Hari Malaysia, mengenang terbentuknya Negara Malaysia dan kemasukan Sabah dan Sarawak sebagai pelengkap rumpun Negara Malaysia. Tema Hari Kemerdekaan 2025 Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.
* Segmen Drop url / http di Blog Etuza, klik SINI masih berlangsung dan jika tiada halangan sertai lah dengan ikhlas hati dan yang belum Follow Blog Etuza sila Follow. Terima kasih. Jumpa lagi. InshaAllah.
* Sila klik blog Karya Ku : Paridah Ishak NAZAM MAULIDUR RASUL sempena Maulidur Rasul, Nabi akhir zaman yang membawa syafaat di akhirat. Perbanyakkan Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sumber Calender, Vivo 19.
Kutbah Jumaat : Fitnah Dijauhi 7 Sunnah Dikuti.
Mauldur Rasul, hari Jumaat, kebetulan pada waktu malam hujan lebat pada malam Jumaat. Sungguh berkat kelahiran Nabi Muhammad SAW, kemudian bertambah rahmat dan berkat lagi kali ini 12 Rabiulawal 1447H ( 5.09.2025 ) adalah hari Jumaat penghulu segala hari dan hari Jumaat kaum adam WAJIB menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid.
Di tempat Etuza, Masjid terdekat ialah Masjid Al Mahabbah, Khatib Menyampaikan KHUTBAH bertajuk Fitnah Dijauhi & dan Sunnah Diikuti. Mendengar dengan khyusuk khutbah ini dan menghayati sedaya boleh mengingati isi penting Khutbah, kerana tajuk khutbah yang disampaiakan oelh Ustaz Ardzy bin Salimin, benar-benar menarik perhatian untuk Etuza hayati bersama jamaah lain.
Sedikit yang Etuza dapat fahami Khutbah Berkaitan Fitnah Dijauhi & Sunnah Diikuti.
1.Allah SWT memperingatkan kita daripada terjerumus dalam fitnah yang
berupaya merosakkan iman, persaudaraan dan keharmonian masyarakat. Perbuatan membawa fitnah dan mengadu domba merupakan dosa yang besar dan akan diazab pedih oleh Allah di akhirat kelak.
2. Rasullullah memberi amaran keras agar semua hambaNya haruslah melindungi dari terjebak fitnah dan mengikuti sunnah Nabi yang menjadi suluh kehidupan kita.Nabi berpesan agar berpegang teguh kepada al quran dan sunnah nabi yang membawa kita ke jalan yang benar dan membawa akhlak yang mulia.
Pesan Etuza untuk diri sendiri dan kepada sahabat pembaca maya, jauhi diri kita dari menyampaikan berita dari sumber yang tidak tepat. Mari kita jauhi sebenar-benarnya perbuatan memfitnah ini, fitnah menurut Etuza ada kaitan dengan perbuatan buruk sangka, maka terbitlah fitnah yang merosakkan keharmonian dan kedamaian bermasyarakat.
Semoga kita yang aktif blog ini dijauhi dari melakukan fitnah kepada sesiapapun, kerana hukumnya berat dan akan diazab oleh Alah yang maha kuasa sebagai balasannya.
9 Ulasan
Salam Maulidur Rasul! Semoga kita menjadi umat yang lebih baik dan membangunkan ummah madani.
BalasPadamSalam Maulidur rasul
BalasPadamSalam Maulidur Rasul. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
BalasPadamSalam Maulidur Rasul... Cuti umum balik ke kampung mak.. bawa cucu2 menziarahi mak tok nya.. ☺️
BalasPadamsalam maulidur rasul tksh banyak cikgu promot blog kak
BalasPadamsalam maulud nabi., aminn
BalasPadamSelamat menyambut maulidur rasul untuk cikgu sekeluarga.. kemana agaknya cuti ni?
BalasPadamSalam Maulidur Rasul Cg...
BalasPadamsemoga Rasulullah akan mengurniakan syafaatnya kpd kita umatnya pada hari akhirat kelak. Aamiin..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.