expr:class='data:blog.pageType'>

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu.


Jam 10.30 - 11.20 Pagi, Keluar Kawasan Sekolah Pergi Beli Dedak.

Sekolah tempat bertugas Etuza tidaklah terlalu jauh jika hendak ke Bandar Keningau. Walaupun sekolah tempat mengajar di Luar Bandar dan sekolah Gred A, masih selesa ke Bandar Keningau jika ada urusan yang mendesak. Jalan raya juga aspal bertar. Boleh lah tambah kelajuan berbanding jalan raya berbatu kelikir dahulu. Lebih kurang 20 minit sampai di bandar Keningau jika drive slow.

Dalam jam lebih kurang 10.30 pagi Etuza minta izin keluar sekolah, kerana hendak membeli dedak ( baja ayam penelur) yang petang kemarin jam 5.20 petang di dapati baja penelur ( dedak ) habis tuntas dan tidak sempat ke Bandar Keningau hendak membeli, Jam 5 petang semua kedai jual dedak telah ditutup.

Terus saja menuju kedai jual dedak yang mana Etuza sudah menjadi salah seorang pelanggan tegar kedai ini.Lupa ambil gambar nama kedai jual dedak dan lain-lain produk pertanian. Dipendek kan cerita, terus kepada apa yang terjadi yang Etuza alami.

Bertemu Ketua Pengawas Sekolah Zaman Sekolah Menegah Dahulu.

Selesai membeli dedak, menuju ke kereta untuk naik balik ke sekolah. Etuza tengok jam baru jam 10.50 pagi. Belum jam 11.00 lagi, kerana masa jam 11.50 ada kelas sejam lagi hendak mengajar murid.

Tiba-tiba terpandang seorang lelaki sasa bertopi kaledar, wajahnya amat Etuza kenali. Sah lah dia Zulkifly Abdullah, berjaket menutup badan kerana naik motorsikal sahaja, tujuan yang sama membeli makanan ayam peliharaannya. Etuza tanpa segan silu menyapa dan bersalaman dengan dia. Nama nya ialah Zulkifly Abdullah. Nama sebelum memeluk  agama Islam ialah Jamilin Ambau. 

Zulkifly merupakan ketua pelajar dan ketua pengawas semasa zaman sekolah menengah Etuza. Kami sering berjalan bersama menuju ke Masjid Rahim, Keningau, dekat sekolah setiap solat Jumaat, tidak pernah tinggal atau tidak pernah mis ke Masjid semasa solat Jumaat.Bayangkan hanya dalam sekali jumpa dengan Zulkifly selepas SPM, masa itu dia sudah bekerja sebagai Pegawai Penjara di Daerah Keningau. Berpakaian segak dengan baju rasmi Jabatan Penjara. 

Setelah itu tidak pernah bertemu lagi hingga hari ini berjumpa tanpa disangka di depan kedai jual dedak di Bandar Keningau. Hampir Etuza peluk dia, sebab kami amat akrab masa sekolah menengah dahulu. Nak tambah cerita kami berdua pernah dalam satu kumpulan menjuarai pertandingan seni lakon berkonsepkan patriotik bersempana program tatanegara masa itu pada tahun 1985. Zul ni memang tegap, sasa dan tinggi lampai, suara juga tegas dan besar. Sebab itu dia dapat jawatan Pegawai Penjara di Keningau. 

Kini dia sudah bersara. Katanya, bersara awal dan tinggal di Kampung Apin-Apin Keningau. Rezeki Etuza berjumpa sahabat semasa sekolah dahulu. Oleh kerena hendak cepat, kami bersalaman sekali lagi dan bergerak ke distinasi masing-masing. Sampai di sekolah sebelum jam 11.20 pagi.Jam 11.50 pagi masuk kelas lagi. Sebenarnya Etuza tidak puas berbual dengan Zulkifly, tetapi demi tugas Etuza terburu-buru balik ke sekolah.

Kawan-kawan mengajar di sekolah yang sama, baju merah tu Guru pelatih, Ameer namanya dari Perak.

Inilah dia Zulkifly Abdullah, kami sahabat semasa sekolah menengah dahulu. Selepas SPM
hanya sekali saja jumpa dia, masa dia pegang jawatan Pegawai Penjara.
Zulkifly selepas SPM terus mendapat kerja di Jabatan Penjara Keningau, Sabah. Etuza 
sambung belajar hingga ke UMS Kota Kinabalu Sabah, sebab itu kami sedaerah tak berjumpa , berlainan kampung, tempat tinggal, selain masing-masing bawa haluan kehidupan.

Selepas catatan ini selesai ambil masa rehat seketika dan akan online lagi dalam acara BLOG WALKING. Mohon maaf belum terjah blog kawan-kawan yang lain. InshaAllah akan sampai juga,blog yang ada segmen dan masih dilancarkan atau jika belum di tutup Etuza ada niat hendak join juga ya. Tunggu. Terima kasih, jumpa lagi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan