Pesara Wanita Gigih Menanam Bunga Kertas Di Keningau, Sabah.
Etuza tidak berkesempatan mengambil gambar wanita ini. Seorang wanita pesara sebagai pekerja Jabatan Air di Daerah Keningau, dan pastinya wanita ini berkerja dahulu di Jabatan Air Daerah Keningau. Kelihatan masih muda dan amat berminat dalam membenihkan bunga kertas dan pelbagai tanaman yang lain. Sepertinya puan ini telah menjadi PEMBEKAL bibit bunga kertas yang berjaya di Daerah Keningau.
Klik SINI pertanyaan tentang Ayam ARAB telah di jawab.
Unik dan keterujaan Etuza ialah puan ini hanya bertani , bertanam bunga kertas di halaman rumah kediamannya. Melihat sekeliling rumah penuh dengan tanaman bunga kertas. Dan yang paling hebat ialah bibit bunga kertas yang ditanam dari keratan batang bunga kertas, batang pucuk muda dan cantuman pada batang bunga kertas semuannya menjadi ( tumbuh ) hasil sentuhan tangan wanita ini. Untuk pengetahuan semua pembaca, BUKAN mudah untuk menanam membibitkan benih baru bunga kertas menjadi anak pokok. Sangat MENCABAR walau pun sebenarnya mudah dengan hanya kerat batang dan cucuk ke tanah. Ya kadang tumbuh dalam masa yang tertentu tetapi BUKAN semua berhasil.
Secara Tidak Dirancang Melawat Kebun Bunga Wanita Ini.
Rumah di tepi jalan di Kampung Keningau, kelihatan meriah dengan bunga-bunga kertas seperti bentuk bulat, bentuk segitiga dan kelihatan seolah payung yang rimbun dengan kuntuman lebat bunga-bungaan kertas. Merah dan putih, pink dan purple terserlah seolah memancar mancar ke jalan raya. Memandang tidak jemu. Melihat halaman lain kelihatan anak-anak pokok bunga kertas di poli beg sangat banyak. Menariknya benih bunga kertas semua mula berbunga segar di tiup angin.
Melihat pagar terbuka, Etuza beranikan diri masuk ke kawsasan rumah, dan sangat bertuah kerana seorang wanita masih muda tinggi lampai muncul mempersilakan Etuza sambil tersenyum, sambil melihat Etuza dan agak kehairanan melihat Etuza lelaki yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenali tiba-tiba menyapa datang.
Saya perkenalkan diri dan berlaku lah komunikasi perbualan sesama penggiat bunga kertas di halaman rumah. Ringkas catatan, Etuza telah kedua kali datang melawat Garden Bunga Kertas puan ini, dan kali kedua berkesempatan melihat tapak pembenihan bunga kertas di belakang rumah kediaman puan ini.
Hebat sungguh kegigihan wanita pesara ini, kerana hampir semua keratan batang bunga kertas yang disemai tumbuh subur dan tidak ada satu pun yang kelihatan layu atau kering. Tetapi tumbuh segar dan berdaun cantik. Etuza bertalaki lah ilmu penanaman bunga kertas yang berkesan dengan puan ini bagaimana cara sebenar tanam keratan bunga kertas sehingga semuanya tumbuh dengan cepat. Alhamdulillah dapat lah tips menanam bunga kertas cara menggunakan keratan batang bunga kertas, batang muda bunga kertas, menggunakan pucuk sebagai cantuman dan cara cangkuk batang bunga kertas melalui infor puan ini.
Jualan Bunga Kertas ( Pendapatan Sampingan)
Bertanya tentang jualan bunga kertas, puan ini memberitahu bahawa bunga kertas yang telah dikat dengan tali adalah BOOKING yang telah di tempah oleh penggemar bunga kertas dari pelbagai arah di Daerah Keningau, Sabah. Pokok-pokok bunga kertas dalam pasu yang telah berjaya dikawinkna dengan bunga kertas berbagai jenis semuanya telah di tempah. Agak lumayan juga hasi jualan benih bunga kertas puan ini, kerana katanya ramai penjual bunga kertas sekitar Daerah Keningau datang memborong bunga kertas di poli beg hitam untuk mereka jual seperti di Tamu Ground, Keningau atau di Pasar Malam, Keningau.
Tidak Ada Kerugian Menanam Bunga-Bungaan.
Halaman rumah terutama hadapan rumah menjadi cantik, indah dan berseri apabila ada tanaman bunga di laman.
Kawasan rumah sentiasa bersih apabila pemilik bunga dengan rasa minat dan hobi berkebun bunga kertas akan selalu bersihkan rumput dan dedaun kering.
Menjadi senaman tubuh badan apabila membersihkan halaman rumah menjadikan tubuh sihat dan bertenaga.
Tanaman bunga kertas menjadi punca pendapatan sampingan apabila penggemar bunga kertas datang membeli bibit bunga kertas di laman.
Paling hebat ialah kita akan rasa lega, hilang tekanan apabila melihat keindahan bunga kertas yang Allah ciptakan untuk kita pelihara pulihara dan jaga dengan baik dan cara yang betul.
Selain menghargai alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan amalan kebersihan yang berterusan. Justeru itu bagi Etuza TIADA KERUGUIAAN apa-apa apabila kita menjadikan menanam bunga kertas sebagai HOBI. Etuza.
Ucapan Tahniah
Tahniah kepada Puan Lea kerana menjadi wanita ( pesara ) yang amat berjaya menanam berbagai jenis bunga kertas dan tanaman lainnya yang hanya di halaman rumah sahaja. Semoga sentiasa sihat dan meneruskan hobi dan minatnya menanam dan membenihkan bunga kertas, juga pembekal bibit bunga kertas di Daerah Keningau, Sabah.
| Kelihatan keratan batang bunga kertas, semuanya berhasil tumbuh subur.. |
| Mendapat sentuhan motivasi kala melawat garden bunga kertas dia di Kampung Keningau, Keningau. |
| Menunjuk cara menanam bunga kertas dengan cara yang betul, praktikal dan berkesan. |
| Semua jenis baja yang digunakan ini, pernah Etuza gunakan hingga kini.Habis dan beli semula. |
| Lokasi pembenihan bibit bunga kertas di Laman Lea di Keningau.Pelbagai tanaman, tetapi lebih banyak menanam bunga kertas.. |
| Bibit lada bara juga di tanam banyak, dan ramai datang membeli benih pokok lada bara ini. |
| Bawa oleh-oleh, beli bibit bunga kertas ( RM 150 )yang rimbun bunganya. Terim Kasih Puan Lea melayan kedatangan kami dengan mesra. |

0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.