Sentuhan Gubahan Bunga Alam Di Laman & Keunikan Gubahan Pencipta.

Bunga Raya Ros Peace Purple di Laman Etuza. abadikan di blog
untuk tatapan kita semua.

Segar kelihatan kuntum bunga raya ros, sebaik disirami hujan.
Sebegitulah hati, segarkan dengan zikirullah..

Menggubah Bunga Kertas Mengikut Bentuk Perlu Kesabaran & Kasih Sayang.

Melihat gubahan bunga kertas dari penggiat gubahan bunga kertas di laman yang berlainan, terasa agak ketinggalan untuk melihat keindahan aura bunga yang TERGUBAH sangat unik dan cantik dipandang hingga tidak jemu mata memandang. Sejak lama menggubah bunga kertas tetapi tidak secantik GUBAHAN sentuhan tangan kawan-kawan penggemar bunga kertas.

Etuza setakat tanam di pasuan berbagai bentuk seperti dalam gambar di bawah tetapi membentuk bunga kertas agar kelihatan BULAT GEBU, BENTUK ITIK, Bentuk LOVE dan BENTUK MELINGKAR memagari pintu masuk laman, belum berjaya Etuza buat gubahan ini. Hanya kerap kelihatan kuntuman bunga kertas dari bentuk yang sama seperti berjuntai, secara kembang mengikut pasu dan berbatang panjang ke atas. 

Cukup kelihatan bunga-bunga kembang indah sudah merasa puas melihat menikmati keindahan bunga kertas. Walhal lebih lagi indah apabila TERGUBAH bentuk mengikut yang kita mahukan. Cuba perhatikan GUBAHAN Bentuk Bunga Kertas paga gambar di bawah ini.Cantik dan sangat hebat aura keindahan bunga itu. Apapun Etuza akur sentuhan tangan wanita tidak sama dengan sentuhan tangan lelaki yang hanya pelihara dan letakkan tanpa terfikir bentuk yang menarik. Kepada anda mari lihat beberapa gubahan bunga di laman Etuza termasuk gubahan bunga dari jenis daun. Sayangi alam sekitar, pelihara bunga alam dengan merawat, siram dan bersihkan pasu-pasuan.
SELAMAT HARI HUTAN, SELAMAT HARI  ALAM SEKITAR & SALAM BERTANI.
Pinjam gambar Gubahan Bunga Kertas di Laman Andrina Ans di Kampung Liau Darat, Keningau.Sabah.

Sunsun atur gubahan bunga di laman..letak baja subur dan baja
pembungaan, segar melihat aura indah bunga di laman..

Kurang dirawat di pelihara bunga kertas ini, utamakan bunga 
jenis daun sebelum ini..kerana itu kelihatan kurang kembang
bunga kertas di laman.

ID Bunga Kertas Daun Jinda, tergubah kembangan bunganya 
menghiasi pemandangan..aura bunga ini terserlah..

ID Bunga Kertas Wajid Ali Shah gubahan bunga gebu..pasu perlu di ganti..
pasu getah ada yang cepat reput, memburuk..

ID Yam Sarawak ( Bunga Kertas )..auranya memancar mancar indah..

Gubahan bunga ini terbentuk apabila trim pucuk yang menjalar
melilit keatas, membentuk pokok renek yang cantik.Rona warna
daun sudah cukup kelihatan unik.

Sekian lama memelihara bunga jenis daun hijau batik beralur 
putih. Menggubah agar tampil menarik..harap menjadi lagi subur
dan hijau nanti.

Bunga jenis ini kegemaran Suri Hati..turut merasa suka melihat 
bunga kembang kala pagi hingga jam 9.00 pagi.

Melihat kembangan bunga ini, hati berkata UNIKNYA ciptaaNya..
Manusia seperti kita mustahil cipta kembangan bunga hidup sebegini cantik dan UNIK.

Baja pembungaan dan buah Novatec..guna ini
yang dipromosikan oleh rakan pencinta gubahan bunga di laman.

Belum selesai menyusun atur gubahan bunga kertas..
mengecat juga belum selesai..sedang siapkan pagar tambah kawana 
di hadapan Laman.

Harap selepas disusun atur dan catkan semua pasu simen..akan 
kelihatan aura GUBAHAN Bunga Kertas pelbagai warna di laman Etuza.

Catat Ulasan

0 Ulasan