Rezeki Itu Tidak Pernah Akan Habis

Sumber dari : Muslim Pro ( Saad )

Ahad, termanggu sejenak. Memikirkan apa post baru ke udara maya. Melihat lagi kesekian kalinya potret di Google Play.Ada berbagai gambar boleh saja dijadikan hiasan blog ini, tetapi mana yang lebih bermanfaat dan menambah seri warna di laman sosial ( Medsos ). Pastilah ramai orang suka gambar baru yang segar dan lebih original menerusi blog ini.

Rezeki Itu Tidak Pernah Akan Habis 

Berbicara tentang rezeki, rezeki itu telah Allah tentukan untuk kita, menjadi milik kita apabila kita tidak henti berusaha, bekerja dan mendapatkan rezeki itu dengan cara HALAL. Rezeki ada antaranya datang secara tidak di duga, tidak disangkakan, tiba-tiba datang ke arah kita menjadikan kita terkejut dan sangat sangat bersyukur. Hakikat rezeki itu tidak salah alamat, memang itulah REZEKI anda pada masa itu.

Rezeki Di Blog Adakah? Bagaimana Rezeki Di Blog?

Tanggapan rezeki ada di blog atau di laman sosial maya yang lain seperti di FB, Tik Tok, UTUBE dan lain-lain adalah betul dan tidak disangkal lagi. Menerusi kehendak anda, cara anda dan kemahuan anda untuk daftar kewangan melalui saluran yang betul. Contohnya daftar Affiliate ( rakan niaga), daftar Google AdSend wangkan blog anda, daftar di Shope dan lain-lain lagi. Semua itu bertujuan mendapat kan rezeki di MEDSOS atas kehendak kita. Jika mahu rezeki di laman sosial menerusi blog daftarlah pada bahagian yang anda suka, pasti terjawab persoalan hal rezeki di minda anda.

Rezeki Yang Tidak Diduga Itu Bagaimana Kejadiannya?

Rezeki yang tidak disangkakan ini agak lain dan datang dari arah yang tidak pernah terlintas di minda anda. Dan rezeki itu datang kepada anda merupakan atas kehendak Allah, atas izin Allah apabila ada hamba Allah bersedekah, memberikan sumbangan dalam bentuk makanan dan kewangan kepada anda. Ini salah satu cara rezeki datang tanpa disangkakan.

Blog membuat segmen dan mempertaruhkan hadiah, tidak kisahlah hadiah bentuk apa juga merupakan rezeki kepada anda yang membuat anda terkejut. Sebagaimana di blog PE, semalam melancarkan satu aktiviti Gempak Melukis & Mewarna Poster Sempena Bulan Kebangsaan tahun 2025. Hadiah telah disusun dan Etuza sendiri tidak membayangkan untuk mengadakan segmen gempak ini. 

Ianya terilham begitu cepat diminda, lalu terzahir tanpa Etuza sangkakan. Mungkin kerana adanya keikhlasan untuk memberi di blog maka terzahir segmen itu yang menawarkan hadiah menarik kepada yang ditakdirkan berjaya nanti. Semua dalam teka teki masa ini.

Siapakah Peserta   Segmen Gempak Melukis & Mewarna Poster Merdeka Ini?

Etuza berdoa ada penyertaan hingga pada tarikh akhir dafar 20.9.2025, akan ada yang mulai daftar dan join pada hari ini dan seterusnya. Etuza mengambil langkah untuk tidak mendesak anda untuk sertai melainkan atas dasar kemahuan anda sendiri. Jika anda ingin mencuba asa bakat untuk menyahut cabaran kerana terfikir inilah peluang mencuba dan menandakan anda ada perasaan cintakan tanah air, hadirlah memeriahkan Segmen Gempak ini. Percaya bahawa lebih baik mencuba dari langsung tidak mencuba. 

Sertai Segmen Gempak  Bulan Kenbangsaan 2025. Sila klik url ini.

Klik SINI  Komentar Anda Bicara KIta Bersama.

Dan jika memilih hanya untuk melihat sejauh mana kejayaan Segmen Gempak ini, terserah pada anda kerana sekadar melihat tidak akan memberikan anda rezeki apa-apa. Sebaliknya mencuba biar apa keputusan lebih terbaik dari berdiam diri. Terakhir hari ini daripada Etuza, terserah anda untuk menyertai atau tidak, pilihan di tangan anda semua. Fikir-fikir kan dahulu, inshaAllah. Salam kasih sayang dari blog PE.

5 S Syukur, Salam, Sujud, Sayang, Sejahtera -Sumber #Etuza

Logo tema Kemerdekaan/kebangsaan 2025

Ini adalah poster sahaja, sesuai untuk murid tahap 1 ( 1,2,3)

Poster ini sesuai untuk murid sekolah rendah



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Yakin pada Allah .. kerna setiap hambaNya telah ditetapkan rezeki masign-masing di atas dunia ini.
    Usaha lebih insyallah ada ganjaran lebih.. kurang berusaha kuranglah ganjarannya :D

    BalasPadam
  2. Join affiliate tik tok skrg ni kena no income tax untuk keluarkan bonus..

    BalasPadam
  3. Rezeki datang dengan pelbagai cara. Apapun, sentiasalah syukuri apa yang kita dapat dan miliki

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.