Islam Agama Persaudaraan Sejagat & Ukuhuwa Terjalin

Roti bakar 

Burung merpati Etuza bertengek di dahan berdua bagaikan menjeling

Sabtu, 16.08.2025 sebelum gerak ke tempat gotong royong hari ini, ingin update blog Pesona Etuza. Rasa keliru hendak kongsikan apa di blog. Banyak berlegar di minda tetapi bagaimana memulakan. Justru dengan klik gambar di smart phone VIVO19 akhirnya idea lebih menyengat maka terzahir catatan ini. Semoga ada juga manfaat kepada yang membaca bi blog ini.

10.08.2025 ( Ahad) tarikh ini ada jemputan kahwin anak sepupu di Dewan Wisma Muis Kota Kinabalu. Perjalanan ke Kota Kinabalu dari Keningau jika ikut Jalan Kimanis dalam sekitar satu jam setengah, tetapi jika jalan raya sibuk akan menjadi dua jam barulah benar-benar sampai di Kota Raya Kota Kinabalu, Sabah. 

Agak tersekat dan kurang lancar kehadiran ke majlis kahwin ini apabila anak dari Tuaran minta ditunggu ke majlis perkahwinan Ahmad Adib dan Nur Safiah. Kami menunggu dengan sabar di satu restoran De' Rasa Bonda Bistro di El Madina. Menunggu sehingga solat zohor ( azan berkumandang) baru muncul anak yang dikasihi ini. Kakak dan anak bungso bersama. 

Peristiwa Semasa Menunggu dan Menunggu Dari Jam 10 Hingga 1.00 Petang.

Kami ambil tempat duduk dan meja di luar restoran ini dan memesan roti bakar dan minuman kegemaran masing-masing. Kami tidak ambil makanan tengahari kerana akan santap makan tengahari di Majlis Kahwin. Semasa menunggu kami bertemu pula dengan tiga saudara ini. Ustaz Kifly, Sapin dan seorang lagi, mereka sangat saya kenal kerana dari Keningau tujuan yang sama ke majlis makan nasi minyak. kemudian bersemuka lagi dengan Haji Kamilin, dia dari keningau dan seorang diri menuju ke Dewan Wisma Muis. 

Masa kian berlalu masih tetap menunggu, bertemu pula dengan saudara Jalim sekeluarga, kami bersalaman dan mereka ini dari Baginda Keningau juga. Seterusnya bersemuka pula dengan bekas Hakim Syarie Negeri Sabah ( dah bersara) dia dan isterinya. Tiba-tiba lagi kami di sapa oleh sepupu dan merupakan adik kepada Haji Ahadin iaitu Hastono dengan pakaian Baju Melayu biru yang lengkap. Segak bergaya dia hari ini, kerana meraikan anak buah dia kahwin. Last sekali saya di tegur oleh seseorang dari Ranau Sabah yang saya pernah jumpa tetapi tidak tahu namanya.

Islam Agama Persaudaraan Sejagat & Ukuhuwa Terjalin.

Berbual panjang dengan insan ini, sahlah dia pernah ke Majid Rahim Keningau dan isterinya adalah dari Keningau. Inilah saudara Islam ku yang baru ku kenali namanya Azizul @ Abidul dari Ranau, Sabah. Kami bercerita agak lama hingga mereka gerak ke Masid negeri untuk solat zohor dan masa ini anak yang ditunggu muncul di hadapan kami. 

Saudara Azizul sempat memberikan kad kepada saya dan kad ini rupanya Bines Perkhidmatan,  dia ada peliharaan kambing dan kebiasaan menjual kambing untuk majlis akikah di serata Sabah. Wah! hebat Azizul ini. Allah temukan saya insan yang berwawasan dan mempunyai semangat maju dalam kehidupan yang bersifat sementara di dunia ini. Syukur kepadaMu ya Allah, kerana ada niat hendak menemui Azizul selepas ini. Sungguh benarlah bahawa Islam Agama persaudaraan dan jalinkan ukuhwa fillah kepada sesiapa sahaja.


Saudara Azizul ( berkopia ) dari Ranau, Sabah..

Saudara Azizol bawa Etuza Selfie..

Minuman dah sampai ..ini minuman oder anak dan anak menantu

Lemon tea oder suri hati

Tea Susu..
Ini depan Souq EL Madinah, Kota Kinabalu, Sabah. Bangunan Wisma Muis nampak tinggi

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Nanti jengah sini yer
    https://mummyayu.blogspot.com/2025/08/congrats-kepada-pemenang.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subahanallah, agak terkejut terpilih..alhamdulillah ya

      Padam
  2. Blogwalking sini dan juga done follow, jemput singgah ke https://syazwantahir.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..sama2 meriahkan blog..kita bloglis kan ya..inshaAllah

      Padam
  3. Alhamdulillah, Islam adalah agama yang menjunjung tinggi perdamaian. Ajaran Islam menekankan pentingnya menjaga perdamaian, persaudaraan, dan toleransi dalam hubungan antara manusia..

    BalasPadam
  4. Merpati tu menjeling sambil memantau... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai burung tu ..seolah faham bila gambar di klik..

      Padam
  5. Rezeki tuan tu, dapat bertemu dengan orang-orang yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengisian masa menunggu anak ke majlis kahwin, mungkin jika terus ke majlis khawin awal kami balik ke Keningau dan tak bertemu dengan orang orang ni ..

      Padam
  6. Saya selalu senang kalau bisa bertemu teman dan saudara. Bisa berbincang lama, kenal lebih dekat. Pantas saja Islam mengajarkan dan menyarankan untuk jalin silaturahmi selalu terlebih dengan keluarga . Karena memang bisa membuka pintu rezeki dan katanya memanjangkan usia.

    BalasPadam
  7. Seronoknya dapat santai-santai bersama teman-teman.
    Tahniah, Etuza terpilih sebagai pemenang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..gembira juga sebenarnya bila terpilih..

      Padam
  8. cute nya gambar burung merpati tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan..burung tu pandai pula..jadi model hehehe

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.