Ikan air tawar dari kolam, buat lauk untuk makan malam ( Dinner)
Rezeki tidak terduga dari segenap arah.
Minggu lalu, masuk ke ruang dapur rumah, ternampak beberapa ekor ikan air tawar dan rebung muda yang siap dibersihkan kulit rebung yang berbulu tebal. Etuza melihat dengan asyik sekali kerana biasanya ikan air tawar jika di ambil kolam hiasan depan rumah hanya dua atau tiga ekor ikan air tawar yang Etuza benarkan ambil. Melihat ikan air tawar agak banyak dalam baldi, tanpa bertanya Etuza dapat agak, ikan air tawar ini mesti di pencing di kolam belakang rumah yang dari awal tahun 2025 kami bina dengan hanya korek kedalaman tanah.
Sahlah ikan air tawar ini di pancing oleh suri hati ( isteri) di kolam belakang rumah. Katanya dia dan kakaknya memancing bersama dan begitu seronok kerana setiap pancingan berhasil.Rebung pula dekat bambu yang juga di belakang rumah. Rajin suri hati mencari sayur dari kebun yang ada. Kadang kala dia memetik pucuk ubi, pucuk sayur manis dan biji pepaya muda. Jimat lah membeli sayur. Dan sayur dari kebun berbaloi memakan apabila sayur ini tumbuh banyak di kebun dan tidak di sembur racun.
Burung Merpati Bertawaf Mengeliling Rumah Pagi dan Petang, Luar Biasa.
Alhamdulillah, inilah hasil bila bertanam dan berkebun serta memelihara ikan air tawar, ayam kampung dan sedikit ayam penelur. Tahun ini Etuza memelihara burung merpati dan membiarkan burung merpati terlepas. Sungguh ajaib kerana burung merpati yang kian membiak tidak akan menjauh malah terbang berkumpulan seakan bertawaf di atas bumbung rumah Etuza.
Seronok pula tengok burung burung ini, meriah pada awal pagi dan di petang hari. Bagaikan burung merpati ini membalas jasa kami memberikannya makanan dan minuman setiap pagi dan petang. Semua itu kuasa Allah, rezeki memelihara burung merpati.
Resipi ( Ikan Air Tawar Masak Sambal Tomato )
Lauk ikan air tawar dah jadi , air tangan suri hati..apa ramuan Etuza tak tanya,
curi-curi menggambar setelah siap hidangan atas meja makan..macam sedap jakan.
Ini air tangan anak lelaki, suka makan pedas-pedas, siap bagitau pedas ni tau.
Rebung muda dekat rumah, so tak perlu ke tamu nak rebung, ada pokok dekat belakang rumah
kira kira 100 meter jarak dari belakang dapur, tujuan tanam agar tak runtuh tebing dekat anak sungai.
Saya tak pandai potong rebung begini, suri hati tau , katanya arwah mak dia ajarkan.
Kepada anda mari kita klik laman SINI untuk melihat khasiat rebung. Jangan lupa klik ya. Selamat meneroka> Jumpa lagi.
Ni sayur rebung manis tu..Etuza memang suka makan..sedap dan kurang kolistrol agaknya.
Burung merpati peliharaan Etuza..Semoga burung-burung ini tidak
menjauh.Aamiin.
32 Ulasan
Alhamdulillah. Rezeki dapat makanan sihat dan berkhasiat. Ikan air tawar buat kulit jadi cantik. Barangkali itu rebung yang manis. Pernah saya lihat mama kawan saya orang Murut bersihkan rebung, dicincang halus begitu, kemudian dimasak sup. Sedap rasanya.
BalasPadamMemang kena cara masak sedap kaduanya, rebung juga boleh pelbagai jenis makak..ikan air tawar boleh buat sup yang enak jika nak..
PadamAlhamdulillah.. rezeki dari titik peluh sendiri. Tak payah pergi jauh hanya sekeliling rumah saja
BalasPadamBetul wak..happy sebenarnya makan rezeki depan mata..tak sibuk ke luar mencara bahan nak masak..
PadamSedapnya rebung tu goreng pedas2. Cie kalau nak makan rebung kena beli kat pasar.
BalasPadamTulah kan..rebung ni laku juga di jula orang..ramai yang gemar makan rebung..
PadamSeronoknya dapat cari makan di keliling rumah saja... Ikan air tawar tu kalau digoreng garing pun dah sedap, inikan pula dimasak sambal
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih suport ya
PadamSihat2 merpati tu... mesti makan cukup
BalasPadamBagi makan jagung B tiap pagi petang ja wak..air kena sedia, jika tidak bunrung lari menjauhi..sedih den nanti..hehehe
PadamSeronok kalau dapat dok kat kampung. Tanah luas boleh bercucuk tanam, boleh bela ikan. Nak makan tinggal ambil je. Memang jimat belanja. Rebung tu buat sayur lemak dengan pucuk manis, memang sedap.
BalasPadamBetul..alhamdulilah..kena pandai hargai apa yang ada jika di kampung ya
PadamEk tidak lari ya merpati lepas bebas begitu?
BalasPadamSayapun suka makanan pedas.
Bagusnya ada bela ikan, burung dan tanam sayur-sayuran.
Rajin isteri Encik Etuza cari hasil
Burung tu tak lari dek..alhamdulillah rebnung ada dekat rumah..rezeki
Padamjarang orang bela burung merpati nie...
BalasPadampandai suri hati memancing...bagus nya
Tahun ni cuba pelihara..tapi dilepaskan tak lari jauh..harap burung2 tu jinak dan bertambah ..suri hati memang hobinya memancing bila masa senggang dia..kolam dekat ja sekitar ruamh
Padamhasil berbakti pada tanah..seronoknyaaa
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih support
PadamAlhamdulillah. Ikan air tawar bela sendiri, rebung pula tanam sendiri. Hasil berbudi pada tanah.
BalasPadamAlhmdulillah..manfaatkan apa yang ada dekat rumah..
Padamsedapnya menu tu.. ^^
BalasPadamAlhamdulilah..terima kasih ya
Padamalhamdulillah berkat rezeki rajin semua percuma
BalasPadamTerima kasih ya ..Allah beri..rezeki tak terduga
PadamSedapnya dapat makan ikan air tawar fresh. Oo rebung disana dihiris kecil begitu ye. Kalau disini besar dan nipis macam suku-suku separuh gitu. Sedap rebung sesekali makan.
BalasPadamCara begitulah hirisan rebung..sebab nak nak makan lebih lembut dan halus serta cepat makask..memang sedap..ada juga orang Sabah ( Kaum Dusun ) buat rebung ni BOSOU ( Jeruk) saya pernah nampak..laris pula tu..hehehe
PadamMelihat foto rebung itu...ah rupanya sudah lama saya tak memakan rebung...
BalasPadamSalam,
Hahaha wak kena beli rebung, bagi kejutan suri hati..kena cara masak ..mesti nak makan lagi tau hehehe
PadamSedap tu ikan fresh, kalau sy suka rebung masak lemak... sedap mkn dgn ikan goreng dan juga ada sambal belacan
BalasPadamWah lagi lah sedap tu..rebung di Sabah sayur tardisional..banyak di jual di Tamu sahaja..
Padamsaya tak reti mkn rebung...zmn kecik2, my mom ada jugak masak rebung ni sbg sayur (lupa dh apa jenis masakan yg dimasak)
BalasPadamTak apa, kena cara masak sangat sedap tau..orang tua dahulu memang suka masak rebung ,,kemestian bagi mereka
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.