| Bersama dengan keluarga dari Telupid Sabah bertemu dengan anak -anak buah di Keningau. Dan Etuza berpangkat menantu mereka.Inilah kehidupan... |
Tetamu Dari Telupid, Sabah.
Updatedkan blog dengan pengisian gambar tetamu dari Telupid, Sabah. Hari ini Etuza agak terkejut apabila suri hati menyatakan ada tetamu dari jauh hendak datang di rumah ini.Orang hendak datang ingin melawat anak buah, cucu dan menantu. Alhamdulillah, tetamu datang adalah rezeki. Lalu kami membuat pesediaan menyambut menyantuni tetamu seadanya.
Nama pangkat ibubapa mertua Etuza ialah;-
💚 Dahan Bin Rodot 💚 Roseyatima atau panggilan Yong💚 Dan anak perempuannya Nur Idayu.
Mereka datang ke Keningau melalui jalan pintas dari Sanaron, Sook. Perjalanan mereka agak selesa kerana menurut Roseyatima jalanraya berturap yang baru dibuat. Jalan raya pintas ini akan terus ke Telupid, Sabah.
Dahan Bin Rodot ini merupakan sepupu pertama kepada Ibu Mertua Etuza yang merupakan ibu kepada Suri Hati yang sekian lama tidak berjumpa. Dahan juga merupakan pesara Polis yang memulakan tugas sebagai Polis di Negeri Terengganu dan bertemu jodoh dengan orang Terengganu bernama Puan Roseyatima @ Yong.Etuza sama sekali tidak menyangka bahawa Etuza ada pangkat Ibu Mertua juga dari Terengganu. Hari ini bersemuka dan pertemuan sangat mesra dengan saling mengenali antara satu lain.
Mereka bergerak balik ke Telupid pada jam 4.30 petang. Terima kasih kunjungan dan semoga mereka bertiga selamat sampai di Telupid. Harap akan ada pertemuan semasa Majlis Hari Keluarga yang telah dirancang oleh mereka semua. Catatan nama juga telah direkodkan dan masing - masing membentuk salasilah keluarga.
| Puan Roseyatimah @ Yong sempat melihat2 sekitar laman Etuza, melawat ke kolam dan sangkar burung merpati, dan berkeinginan hendak membuat taman katanya. |
| Mengambil gambar kenangan di Laman Etuza. |
| Mereka lah 3 orang datang melawat ke rumah Etuza hari ini. Mereka ini dari Telupid, Sabah. |
| Turut datang bersama menyambut tetamu dari Telupid, Sabah ialah Rosnah, Zunidah, Aqib, Hasimih, Kamisi dan Salina. |
| Suri hati hanya sempat menghidangkan kuih dan mee goreng serta minuman untuk tetamu dari Telupid, Sabah.Alhamdulillah ada buah rambutan dari pokok dan buah tarap masak untuk tetamu dari Telupid. |

9 Ulasan
Siapa blogger dari Terengganu? adakah yang mengenali Puan Rosyatimah ni..hehehe pangkat Ibu Mertua Etuza..tak sangka semua ini ada dalam kamus hidupku..
BalasPadamSemoga ukhuwah terus kukuh terjalin
BalasPadamAlhamdulilah seronok bersilaturahim sebegini. Meriah suasana di rumah sesekali
BalasPadamPenting untuk kenal saudara2 seperti ini. Bahkan tahu urutan silsilahnya. Dulu saat mama mertua saya masih ada, beliau yg hapal silsilah keluarga sampai ke moyangnya. Tapi setelah mama ga ada, memang macam blank kami anak cucu tiap ditanya silsilah
BalasPadamYa setuju sekali dengan blogger Fanny .Terima kasih..
PadamSekali sekala terima tetamu mmg seronok...=)
BalasPadamAlhamdulillah...bagus sangat ada silaturrahim begini
BalasPadambestnya tetamu dari jauh bertandang ke rumah. dah macam raya ye :D
BalasPadammeriah . seronoknya dapat menerima kunjungan tetamu. Alhamdulillah...kunjung mengunjung pengikat silaturrahim.
BalasPadamteringin nak cuba satu hari nanti buah tarap. pasti sedap rasanya kan cikgu. nampak seperti cempedak
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.