| Ini dia rupa kunyit hitam dapatan Etuza di Laman, tanam di pasu, kebetulan ada saudara minta kunyit kuning ( kunyit biasa ) dapat pula kunyit hitam. |
Kunyit Hitam Harus Ditanam Semula.
Kunyit Hitam ( Curcuma Caesia ) kaya dengan antioksidan dan sebatian bioaktif seperti kurikumin serta mehoxyflavon sangat berkhasiat dan sangat bermanfaat ke atas kesihatan dalam badan manusia seperti kita. Tumbuhan kunyit hitam jarang - jarang kita dengar dan jarang dijual di mana-mana tempat, kerana Etuza sendiri tidak pernah melihat kunyit hitam ini di jual di tamu atau di mana-mana tempat lain.
Etuza mendapat benih atau anak pokok kunyit hitam ini dari sahabat penggemnar bunga dan herba iaitu dari Saudara Rohaimin. Masa itu dia jual dalam harga RM10 satu bayung kecil. Alhamdulillah kunyit hitam di laman Etuza masih ada sejak tahun PKP mulai menanamnya di pasu besar. Terbaru Etuza korek satu pasu dan dapatlah kunyit hitam ini untuk diberikan kepada isteri adik Etuza yang kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Kemalangan berlaku akibat pemandu di hadapan sangat laju dan hilang kawalan lalu merempuh teruk Ford milik adik Etuza. Isterinya terlambung ke atas kesan tidak memakai tali pinggang. Kasihan masih kurang stabil berjalan akibat hentakan semasa kemalangan.Kunyit hitam harus Etuza tanam semula dipulihara dan dijaga kesuburan kali ini kerana kunyit hitam ini sangat sedikit petani yang hendak menanamnya.
Khasiat Kunyit Hitam Kepada Tubuh Badan Manusia.
Antaranya ialah :-
💥Antioksidan atau anti radang.
💥Anti Kanser
💥Sebagai imuniti tubu badan.
💥Membantu pernafasan dan merawat asma.
💥Membantu pencernaan makanan dalam usus perut.
💥Untuk kesihatan saraf otak.
💥Membantu mengurangkan lemak dan berat badan.
💥Mengubati segungut wanita dan stabilkan hormon wanita.
💥Mengubati sakit jatung.
💥Kesihatan kulit.
💥Mengawal stamina dan tekanan ( stress)
Cara menggunakan kunyit hitam dengan mudah, iaitu gunakan hirisan atau serbuk kunyit hitam sebagai campuran minuman harian atau menambahkan kunyit hitam kedalam masakan sayur-sayuran atau makanan lain.
Infor lain yang jelas ialah kunyit hitam mempunyai bau seakan kapur barus dan sangat berbeza dengan rasa kunyit biasa. Mari kita tanam kunyit hitam. InshaAllah semoga dimudahkan urusan menanam kunyit hitam yang jarang ada di pasaran.
| Air rendaman kunyit hitam , hirisan halus dan letak madu dan air panas. Sejukkkan minum. Ada rasa kunyit hitam. Tidak tahu hendak huraikan rasa, seperti ada rasa ubat. |

6 Ulasan
Saya ada beli kapsul kunyit hitam. Kesannya kuat juga jadi mampu makan sebiji sehari.
BalasPadamTak pernah tengok lagi kunyit hitam. Bagaimanalah bau dan rasanya.
BalasPadamGood sharing =)
BalasPadamTak tau la kalau SA boleh minum ke tak..teringat minum air ibu kunyit masa bersalinkan Dania dulu...ngeri....
BalasPadambanyak khasiat kunyit hitam elokla tanam moga adikcikgu segera sembuh drpd sakitnya
BalasPadamWah…ada tanam sendiri.
BalasPadamBaru-baru ni suami saya beli supplement kunyit hitam hasil penyelidikan MARDI kalau tak silap. Baunya memang buat tak lalu nak telan 😄
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.