Fakta Tentang Burung Merpati.
Burung merpati sejenis burung yang mudah kita kawal apabila dipelihara dengan cara membebaskannya. Burung ini pada awalnya dikurung dalam sangkar sehingga hampir sebulan tanpa dibebaskan. Memberikan makanan dan air yang mencukupi. Setiap hari kita datang berkomunikasi dengan burung agar burung serasi dan mengenal tuannya.
Burung merpati tidak mudah dipegang, sangat sensitif apabila cuba di pegang, jika dipegang akan meronta dan kuku yang tajam mencengkam dan melukakan kulit tangan kita jika kita kasar memegangnya. Oleh itu harus berhati - hati ketika cuba menyentuh burung ini.
Burung merpati apabila di cuba di sentuh dan di pegang dengan lembut burung ini akan mematuk lembut pada hujung jemari kita dan mengigit lembut kulit tangan dengan lembut, itu tandanya burung merpati itu mulai jinak dan senang di sentuh.
Berkomunikasi Dengan Cara " Bunyi Seakan Bunyi Burung Merpati"
Setelah dilepaskan bebas, selepas hampir sebulan, burung merpati terbang keriangan seolah bahasa kelihatan " Inilah duniaku, terbang bebas dan bukan di kurung selamanya". Burung merpati akan menjauh sedikit dari tempat tinggal yang disediakan, tetapi medekat kemudian apabila kelaparan dan ingin minum air.
Burung masuk sendiri ke dalam sangkar, apabila terhidu najis najis yang sudah kering. Najis dan bulu yang gugur milik burung merpati membuat merpati itu mulai betah tinggal di sangkar atau reban dan tidak menjauh lagi. Biarkan merpati terbang bebas tetapi setiap kali datang mendekati kita bunyikan " Bunyi seakan bunyi burung merpati" dengan kerap. Burung akan terdiam sejenak dan melihat tuan pemelihara apabila terdengar bunyi tersebut.
Damai Melihat Telatah Burung Merpati Awal Pagi Hujung Minggu.
Sangat damai melihat telatah merpati kala pagi, berbunyi dan berputar sambil sujud tunduk sedikit ke bawah. Bunyi itu petanda burung yang bebas sangat gembira dipelihara dengan cara bebas lepas. Burung berterbangan berpusar di udara lalu mendarat atas zink rumah secara berkumpulan. Begitu hebat merpati ciptaan Allah ini.
Merpati Jantan Burung Yang Bijak.
Burung merpati suka berdua di atas dahan, memilih pasangan masing masing dan sangat berkerjasama apabila burung merpati betina meperlihatkan tanda hendak bertelur. Burung merpati jantan akan membuat tempat merpati betina bertelur dan merasa selamat. Pada pengamatan Etuza merpati jantan akan duduk bersama merpati betian hingga bertelur dan apabila merpati betina keluar mencari makan merpati jantan akan mengeramkan telur itu.
Inilah kebijaksanaan merpati jantan, bertindak melindungi merpati betina sehingga telur menetas. Dan memberi makan kepada anak burung merpati sehingga anak burung itu berdikari dan terbang ke udara sendiri. Hebat kan..
Sebab itu telur yang di eram sangat cepat menetas. Alhamdulillah burung merpati Etuza kini bertambah biak dan semua betah tinggal di atas sangkar dan di dalam reban yang mempunyi laluan masuk keluar pada atas reban ini. Merpati hanya bertelur dua biji seteiap kali bertelur, jika sebiji tidak menetas merpati akan menggerakkan telur tersebut dan sendiri memecahkannya agar tidak membusuk menganggu persekitaran tempatnya mengeram.
Kini ada beberapa ekor merpati yang sangat jinak dan mudah di sentuh dan belajar bertengek di atas tangan Etuza. Jika Etuza berbunyi burung ini segera masuk ke dalam reban melalui laluan atas yang terbuka, mendekati Etuza dan berpusar menundukan kepalanya. Paruhnya menyentuh hujung jejari Etuza bagaikan tanda burung ini menyayangi dan sebagai salam kepada tuan pemeliharanya. Subahanallah, ajaib merpati kerana mendamaikan jiwa kami dan menghibur dengan terbang berpusar di udara dengan berkumpulan.
Terima kasih ya Allah memberikan peluang kepada Etuza memelihara burung merpati. Semoga burung merpati ini sihat dan bertambah lagi dari masa ke samasa. Sekian infor panjang hal merpati seusai solat subuh hari ini.
Dua sajoli mengintai ketika tuan datang memberikan makanan
12 Ulasan
Burung merpati memang cantik, tapi sifatnya 'jinak-jinak merpati' pula.
BalasPadamIstimewanya merpati pernah menjadi burung utusan sebelum adanya telegraf dan telefon. Merpati punya daya ingatan yang kuat dan mampu terbang jauh tanpa henti. Subhanallah.
Betullah kata pepatah, jinak² merpati. Nampak senang utk disentuh rupanya tidak ye.
BalasPadamMasa budak budak dulu pokcik pernah pelihara merpati, itu pun kerana terikut-ikut hobi kawan-kawan.. tapi sekarang rasa macam tak serasi untuk pelihara merpati... mungkin kerana bukan minat.
BalasPadamBanyaknya burung
BalasPadamAmmi suka dengar bunyi burung merpati. Masa kecil dulu arwah ayah ada bela burung merbuk
BalasPadamcantik2 dan gebu2 burung merpatinya.. ^^
BalasPadamrajin cikgu bela merpati cantik semuanya
BalasPadamSalam ziarah. cute2 belakang burung ni, kat dlm uia pun ada byk burung merpati, sekali sekala saya bagi mkn roti (yg tak abih kat rumah)
BalasPadamAssalamualaikum cikgu.. wah hari ini saya bealajar tengtang burung merpati, byk input diperolehi. masa budak2 dulu byk juga pelihara haiwan, tapi sekarang dah tak sempat walaupun sebenarnya minat masih ada..
BalasPadamsalam tuan...
BalasPadamAlhamdulillah masih aktif lagi tuan berblog ye...
blog saya pun ntah apa jadi ntah...hehehe lama sgt terbiar.
baru ja buka2 tgk blog. Semoga tuan sihat sahaja hendaknya.
Comel tengok anak merpati ni 🕊️, bulu pun masih gebu-gebu.
BalasPadamDulu zaman saya sekolah, papa sempat memelihara burung merpati , kandangnya di taro di kebun belakang. Awalnya sepasang, lama2 jadi banyak bang.
BalasPadamTapiiii saya dan mama jujur tak suka bau mereka, dan kotoran mereka jadi banyak di kebun belakang. Memang ada jadwal rutin dibersihkan, tp tetap saja baunya tercium.
Akhirnya setelah 3 tahun memelihara, papa setuju untuk tidak lagi pelihara burung merpati, Krn selalu diprotes.
So sisa burung yg ada, ditangkap lalu digoreng. Selesai juga drama kotoran burung merpati di kebun belakang 😅
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.