Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Bacaan doa tahlil dan doa selamat oleh Imam Ilham bersama jemaah Masjid Mahabbah

Bertemu kembali dipersada maya, Semoga hari ini kita semua dalam keadaan sihat hendaknya. Kali ini hendak kongsikan majllis Yasin, Tahlil arwah dan Doa Selamat Kesyukuran ( 7 bulan kandungan ) anak perempuan  Etuza, semalam bersamaan 27.07.2025 selepas isyak.

Yasin tahlil arwah di ketuai oleh Imam Masjid Mahabbah iaitu Imam Mohd Ilham Bin Jaidin. Turut datang ialah Imam Kariah Ustaz Ardzy Bin Salimin seta Pengerusi Majid Mahabbah Saudara Sapin & Rahman Bin Karim.Tetamu dijemput dari jemaah masjid dan rakan serta saudara adik beradik Etuza dan adik beradik sebelah mama. 

Alhamdulillah ramai yang datang di majlis ilmu ini. Semoga yang datang bersama kami dapat pahala dan rahmat kasih sayang Allah apabila bersama-sama membacakan Yasin Tahlil khusus untuk semua arwah.

Doa Selamat Tujuh Bulan Kandunagan ( melenggang perut)
Selain itu dalam majlis ini diselitkan doa kesyukuran tujuh bulan anak perempuan Etuza mengandung anaknya yang pertama.  Biasanya majlis ini dinamakan sebagai melenggang perut sebaik tujuh bulan kandungan seorang wanita. Semoga baby yang dikandung sihat, ibu yang mengandung juga sihat ceria dikurniakan Allah anugerah yang hebat ini. Selamat melahirkan tanpa halangan dan anak yang lahir dari kalangan ummat Nabi Muhammad SAW yang solleh dan sollehah.

Melenggang perut ada juga budaya meramal jentina anak yang dikandung, apabila juadah yang dari air tangan wanita mengandung iaitu ACAR TIMUN yang berbentuk makanan sama ada asam atau manis setelah selesai ramuan acar timun oleh wanita mengandung. Tetapi pada zaman alaf 21  ini, budaya itu agak ditinggalkan apabila ibu yang mengandung sedia awal telah ketahui jentina anak dikandung setelah pergi ke hospital atau klinik ibu dan anak membuat scaning kandungan. Dengan scan ini doktor boleh memastikan jentina  baby dalam kandungan.

Nama Anak Adalah Satu Doa Sesuai Dengan Maksud Nama Pilihan.
Kadang kala ada orang tua boleh meramal jentina anak berdasarkan bentuk kandungan seperti bujur dan bulat, mereka boleh meramal baby tersebut sama ada lelaki atau perempuan. Logik akal pasangan suami isteri boleh lah dari awal menyediakan nama anak pilihan sama ada nama  lelaki atau nama perempuan menerusi ramalan jentina bayi tersebut. 

Pesan Etuza, kepada pasangan baru yang bakal menimang anak pilihlah nama yang mempunyai erti atau makna yang baik. Ini kerana nama  yang diberi itu adalah sebenarnnay ada kaitan dengan peribadi anak tersebut, serta nama yang mempunyai erti yang baik adalah doa kepada anak yang dilahirkan. Sebagai contoh nama aanak lelaki Kamil, Ikmal, Akmal yang bermaksud Yang Sempurna, sempurna dari segi akhlak, fizikal yang sempurna dan dengan itu kita doakan kesempuraan hidup anak yang bernama Kamil atau Ikmal dengan izin dan kurniaan Allah.

Alhamdulillah selesai Yasin dan Tahlil arwah dan doa selamat

Jemaah wanita yang datang ke Yasin Tahlil & Doa Selamat melenggang perut

Terima kasih kepada semua yang hadir semalam Ysin dan Tahlil, hanya Allah yang memberi pahala.

Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang meminta kepada Allah.





Teruskan pembacaan dengankilik SINI. Selamat membaca.