Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bertemu kembali dipersada maya, Semoga hari ini kita semua dalam keadaan sihat hendaknya. Kali ini hendak kongsikan majllis Yasin, Tahlil arwah dan Doa Selamat Kesyukuran ( 7 bulan kandungan ) anak perempuan Etuza, semalam bersamaan 27.07.2025 selepas isyak.
Yasin tahlil arwah di ketuai oleh Imam Masjid Mahabbah iaitu Imam Mohd Ilham Bin Jaidin. Turut datang ialah Imam Kariah Ustaz Ardzy Bin Salimin seta Pengerusi Majid Mahabbah Saudara Sapin & Rahman Bin Karim.Tetamu dijemput dari jemaah masjid dan rakan serta saudara adik beradik Etuza dan adik beradik sebelah mama.
Alhamdulillah ramai yang datang di majlis ilmu ini. Semoga yang datang bersama kami dapat pahala dan rahmat kasih sayang Allah apabila bersama-sama membacakan Yasin Tahlil khusus untuk semua arwah.
Selain itu dalam majlis ini diselitkan doa kesyukuran 7 bulan anak perempuan Etuza mengandung anaknya yang pertama. Semoga baby yang dikandung sihat, ibu yang mengandung juga sihat ceria dikurniakan Allah anugerah yang hebat ini. Selamat melahirkan tanpa halangan dan anak yang lahir dari kalangan ummat Nabi Muhammad SAW yang solleh dan sollehah. Aamiin. Maaf agak terburu-buru, akan sambung entry bila berkelapangan. Jumpa lagi.
0 Ulasan
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.