Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Jadilah seorang lelaki bersatatus suami yang melengkapkan kebutuhan wanita yakni isteri.

Blog masih bertahan sebagai platform sosial di internet maya, walaupun berlaku ledakan ( medsos) lainnya yang kini berbagai jenama.Seperti kehadiran Instgram, Tik Tok dan sebagainya. 

Suami Isteri Saling Melengkapi

Pengalaman membaca dari blog ke blog sepertinya membuka minda ini untuk berfikar dan menjangkau idea baru untuk dipublishkan di wall blog. Terbaru membaca blog Miles Of Smiles penulis utama ialah Mama Zharfan, terlihat nilai sangat besar imfak kepada pemikiran ramai masyarakat. Kenapa, blogger Mama Zharfan menunjukkan dua perkara iaitu pertama menulis perlakuan suaminya membantu kerja - kerja di rumah bagi meringankan tugas isteri yang tak terkira kerja mereka di rumah selain melahirkan anak -anak. " mr hubby rajin mengemas rumah termasuklah menyapu halaman rumah." ini adalah kata-katanya. 

Kedua kita nampak sebenar gambar suaminya sedang menyapu lantai rumah. Etuza melihat amat sejuk hati melihatnya. Hidup suami isteri sebenarnya harus saling melangkapi, bukan hanya mengharap isteri atau suami melakukan rutin kerja di rumah yang tidak pernah habis. Segalanya harus di tangani bersama-sama. Terpanggilah Etuza buat konten ini, jadilah pasangan suami isteri yang saling melengkapi. Kebahagiaan akan kekal andai situasi saling melengkapi diamalkan bersama dalam rumah tangga. Semoga yang membaca dapat ilmu bermanfaat di blog Mama Zharfan dan blog Pesona Etuza. Aamiin.