Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Pelopor Pemodenan Malaysia
Menerusi laman sosial banyak blog yang memperkatakan umur Dr. Mahathir Mohamad kini mencecah 100 tahun pada tahun 2025. Angka umur yang menggenapi tiga angka di mana DR.Mahathir masih kekal sihat dan berjalan dengan baik. Kepada Allah kita syukuri umur DR.Mahathir Mohammad.
Dr. Mahatir pernah naik mentadbir sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali. Beliau juga digelar BAPA PEMODENAN Malaysia apabila pada era pentadbiran Dr. Mahathir dia memperkenalkan dasar WAWASAN 2020 dan sekali gus detik itu Dr. Mahathir membuat berbagai program dan gesaan kepada rakyat agar meninggkatkan tahap kemahiran penggunaan ICT Teknologi Maklumat ( Kemahiran Komputer). Dan usaha DR.Mahathir berjaya apabila, kini Malaysia menikmati pemodenan yang ketara dan dinikmati oleh segenap masyarakat seluruh Malaysia, khasnya penguasan teknologi maklumat.
Tips Kesihatan Dr. Mahathir
Kegembiraan mencapai 100 tahun Dr.mahathir pastinya dirai dengan rasa syukur oleh keluarga khasnya anak-anak Dr. Mahathir. Dan merupakan kebanggan seluruh rakyat Malaysia pencapaian luar biasa 100 tahun kepada mantan perdana menteri ini. Kita sebagai rakyat biasa harus melihat dan mengambil manfaat atas pencapaian umur 100 tahun Dr. Mohamad dengan membuat pembacaan dan kajian serta mengamalkan tips kesihatan yang diamalkan olehnya. Secara ringkas selepas pembacaan Etuza antaranya ialah:-
~ Tidak merokok
~ Tangani tekanan dengan baik
~ Menikmati tidur yang cukup.
~ Berhenti makan sebelum kenyang.
~ Bulan Ramadan lalui bulan puasa dengan bersahur pada masa yang tepat.
~ Bersenam
Semoga Dr. Mahatir Mohamad kekal sihat di usianya 100 tahun dan sentiasa bahagia bersama isterinya dan anak-anaknya. Sesungguhnya Dr, Mahathir adalah pemimpin yang sukar kita lupakan. Jasa Dr. Mohamad memajukan Malaysia tetap kita kenang dan kita sanjung hingga bila-bila.
4 Ulasan
Panjang umurnya dah cecah 100 tahun.
BalasPadamYa rezeki dia..Allah bagi umur begitu.tiga angka
PadamTak ramai insan yang sampai umur 100 tahun...betul-betul rezeki buat Tun M kita
BalasPadamBetul, satu fenomena juga ni di Malaysia
PadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.