Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sunset di pantai Mangrove Resort Tuaran, Sabah
Kelopak bunga Baiduri yang cantik di Mangrove Resort, Tuaran, Sabah

Mama bersama cucunda Sufi..

Mangrove Resort Melakar Kenangan Indah

Mangrove Resort, Tuaran melakar banyak kenangan indah kepada keluarga Etuza. Cuma anak ke enam tidak ada bersama kerana berada di UITM Shah Alam, Selanggor. Melihat paparan di whatssup anak ini menyatakan kerinduan dan hendak datang lagi ke resort ini bila berkesempatan balik Sabah.Semoga dapat lagi ke resort ini bersama semua anak-anak dan ahli keluargaku.

Banyak kenangan indah tercipta di Mangrove Resrot, Tuaran, Sabah. Satu tempat peranginan yng cukup indah di Sabah, ianya terletak tepi pantai Serusup, laut Tuaran yang luas sekali. Memiliki pesisir pantai Serusup hingga kita dapat peluang  melihat rumah kediaman Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Rumahnya berada dekat pantai Serusup begitu dekat dengan Mangrove Resort ini.

Ini gambar yang dikirim oleh anak ke enam, sibuk buat tesis

Kenangan indah dalam hidup Etuza bertambah tembah seri apabila kehadiran cucunda Sufi, merupakan anak sulung dari anak ke lima. Di sini kami makan bersama, ketawa bersama berbual bersama-sama dan berkumpul dalam suasana sangat bahagia dan gembira sekali. Mereka silih berganti mengayuh basikal berpusing ke sana sini tanpa halangan apa-apa. Moment naik boat juga sangat hebat apabila kami di bawa menyelusuri tepian pantai Serusup, Tuaran.

Memang satu kenangan yang sangat indah dan tidak akan dilupakan. Melihat paya bakau, akar akar kayu yang menjalar unik melingkar ke dalam laut, melihat monyet bergayutan di tepian pantai, rumah-rumah di Kg Serusup pesisir pantai, melihat perahu sana-sini, melihat orang Kampung Serusup melambai-lambaikan tangan teruza melihat kami pelancong di daerah mereka, melihat kapal besar peninggalan orang Vietnam sebagaimana diceritakan oleh guied boat ini, menaiki kereta Buggy. Dan paling gembira dapat melihat rumah atau tempat tinggal Menteri Sabah di Kg. Serusup, Tuaran Sabah.

Lakaran Kenangan Indah Di Mangrove Resort, Tuaran, Sabah.

Dapat Mengayuh basikal.
Menaiki bot ke pesisir pantai Serusup.
Melihat rumah kediaman Menteri Sabah di Kg.Serusup.
Makan bersama-sama sekeluarga di tempat yang indah.
Melihat sunset indah di pantai Serusup.
Menaiki kereta Buggy yang unik.
Menikmati bilik penginapan yang sangat selesa.
Menikmati juadah yang lazat dan berkhasiat kerana disajikan buah-buahan'
Bermain cheese.
Mandi di kolam renang .
Dapat bergambar sebagai kenangan .
Menikmati tidur yang lena di atas tilam empuk yang tebal berhawa dingin.
Bermain ping pong.
Santai di kolam renang.
Menonton rancanagn digemari di skrin TV yang ada dalam bilik penginapan.
Menikmati sarapan pagi secara percuma, boleh makan apa saja yang disukai.
Menikmati keindahan panorama di Mangrove Resot.

Selamat membaca dan teruskan membaca di SINI.

Naik boat menyelusuri pantai Serusup...tercipta kenangan indah 

Melihat mereka tersenyum hati ini rasa bahagia, mama bersama menantu dan anak bungso

Seronok sekali bermain basikal..mengayuh dengan hati gembira,
boleh juga lepaskan tekanan asyik kerja..hehehe

Berada di pantai Serusup, melihat SUNSET yang sangat indah panoramanya
pondok berehat disediakan dan cukup selesa..Subahanallah

Kenalkan anak lelaki Etuza, no 6 tiada bersama

Happy di tempat makan menunggu juadah

Nah pose istemewa dari menantu Etuza..

Gambar tengah juga menantu Etuza

Anak Etuza berbaju pink, sarat mengandung. Semoga sihat baby hingga
 melahirkannya.Aamiin.


Cucunda Sufi..sangat kami sayang, dibelai manja penuh kasih dan sayang

Ini, gambar detik mulai meninggalkan tempat penginapan di Mangrove Resort Tuaran

Mengayuh basikal..hehehe..


Mama dan anak bungso yang disayangi