Tips Bersihkan Hati Dari Kekotoran

 Tips Bersihkan Hati Dari Kekotoran

Salam kepada semua blogger Malaysia, salam Keluarga Rumpum Malaysia yang di hargai semua.

Rasa hendak kongsikan Tips Bersihkan hati Dari Kekotoran dari buku yang Etuza baca bertajuk CUKUPLAH ALLAH BAGIKU. Diterbitkan oleh TheBingkisanHati 1993.

Menarik pada buku ini ialah disampaikan secara santai kata-kata motivasi dan kata-kata kiasan bertujuan memberikan nilai kesedaran dalam diri kita sebagai manusia biasa yang banyak kelemahan.

Tips untuk bersihkan hati dari kekotoran, harus amalkan 3 perkara. Doa, Syukur dan Rezeki, menurut buku ini. Mari Etuza jelaskan mengikut kefahaman Etuza. Harap ramai membaca dan memahaminya. 

Gambar sekadar hiasan blog..
Doa
" Apabila kita, melihat orang lain bahagia, kita usah merasa benci dan busuk hati. Sebaliknya berdoa untuk kebaikan orang itu dan berdoa untuk diri kita sendiri.  Berdoalah agar Allah limpahkan kebahagiaan kepada orang itu dan Allah juga berikan kebahagiaan kepada kita" Berdolah dan usah putus harapan. Teruskan berdoa yang baik-baik dan mendoakan orang lain.

Syukur
" Harus lah kita belajar untuk bersyukur. Apabila kita melihat kebahagiaan orang lain, segeralah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Elakkan membanding kehidupan kita dengan orang lain. Segera kita palingkan hati untuk melihat orang yang berada di bawah kita. Bersyukurlah pasti kita tidak akan mengeluh",

Rezeki
" Kita juga harus yakin dengan rezeki dari Allah. Hendaklah rajin berusaha dan selebihnya serahkan kepada Allh. Rezeki tidak pernah akan tertukar. Yakinlah bahawa akan tiba masanya, Allah berikan juga kebahagiaan kepada kita. Rezeki tiap daripada kita tidak sama. Dan ujian setiap kita juga tidak sama."

Subahanallah..

Catat Ulasan

2 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.