Buah-Buahan Di Kebun
Asalamualaikum & Salam Sejahtera
Tersedar dari lena, alhamdulillah pada nikmat tidur seketika. Capai smart phone Vivo Y33 version the lates Vivo.Baca paparan blog sendiri Etuza Warna Kehidupan. Tersenyum sendiri bila header blog kini nampak pudar tanpa warna ceria.
Lewat kelmarin, saat membuat lawatan atau kunjungan di kebun sekitar rumah, rupanya banyak pokok buah berbuah. Berbuah yang sekadar keluarga Etuza sahaja dapat menikmatinya, berbuah tetapi tidak lebat. Seperti dalam gambar Etuza kongsikan gambar buah yang agak kurang terjaga.Syukur padaNya yang memberi buah-buahan ini untuk dinikmati.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJMO8R7elysawmTArRzFDHArOKJWXBKDFbA6jx92FMzzzgyepogWmYdYi7yNQEPN_XUhtxf6oeS40pYoWsBqj6FzgiHovEWQR-U1TvjBnbhAhNepKm7wjEHNKneBJdv-FQHiysCPGxZ0aC/w300-h400/IMG_20211010_114541.jpg)
Buah Nangka dan ada banyak pupuk baru
Harus ada usah menjaga buah ini..
Perlu di bungkus buah ini agar
tak disengat serangga.
Kelihatan ada buah yang masak tetapi
jatuh memburuk isinya.Rugi rasanya ..
Baru nampak pokok nangka rendang
rupanya berbuah kini..
Pokok limau manis, masih pokoknya
rendang dan berbuah ala kadar sahaja.
Petik satu makan bersama isteri ..
Humm manis ..rasa tekak segar menelan
air limau.Masa sekarang ramai nak
beli limau manis untuk sembuhkan
tekak yang perit..
Biji buah limau yang cantik..di makan
terus tanpa perasa amat sedap ..hasil
tuaian di kebun hujung minggu lalu.
Pokok Kelapa ini masih rendang.Tapi sayang
agak lambat berbuah.Keluar buah boleh
dikira jari..agaknya bubuh baja
baru rajin berbuah pokok kelapa ini.
InshaAllah Etuza cuba..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpNP4WnMn-LtiyZyFwQvI6nwN0fg-XQxWNeqUuaJ5bxpCjWFvzEbSYBWDubjSnowC_s3_4h6NvKeDuVWzdaOW2JJGf7Klb9fG8WuV2shwDedHj1CciU7UIg2BQY1djSVYMIvcQvkriUJxd/w300-h400/IMG_20211010_114909.jpg)
Hari ini isteri petik tiga buah betik Taiwan muda
katanya nak singgah bagi adik buat sayur.
Rendang saja pokok betik Taiwan..
Teringat sayur betik sedap ditumis
bersama ikan tin tausi.Sedap.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZEQScYvBtHnAT6zzlLd4QWKj2MfZjJZNiPAVxoqdtO4N56q26M_POHwbruFlYfLdIKsaHI7rB8eAxO_rYEJSARrDFr53k2Sqf-5qErZfzVASLQ0lwym5zMGfSawqXMupxK9ctvB5zv_2b/w300-h400/IMG_20211010_114309.jpg)
Pokok nangka rendang ..sayang Etuza terlupa
nak bakar dedaun kering. Kata mak ayah dulu
bakar bawah pokok buah akan
rimbun dan jauh dari serangga perosak buah nangka.
Sebelum balik rumah,bakar rumput kering..
Bersih dan lapang laluan ke pokok -pokok anak
getah..selain itu asap boleh jauhkan nyamuk
degil nak hinggap ke kulit..perit juga
bila nyamuk berkerumun menganggu situasi
di kebun.
Teringat Etuza pada Blogger Wak
WARISAN PETANI..
seronok nya berkebun.
Alhamdulillah.
5 Ulasan
Bestnya berkebun.. teringat kenangan masa lalu.. bau asap petang2, sapaan bayu..nostalgia sgt
BalasPadamAlhamdulillah..betul tu DR..seronok ..SYUKUR sangat padaNya
PadamUntungnya tinggal di kampung.
BalasPadamMacam2 ada
Alhamdulillah, Umialya dah kembali..semoga sihat ya. Aamiin
PadamDi desa ni memang macam2 ada..biasa dah ..orang kampung namanya kena bermain dengan asap kat kebun
Alhamdulillah dgn sgla nikmatNYA... Berbudi pada tanah manis hasilnya....
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.