Nasi Linopot
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Nasi Linopot ( nasi Bungkus ) Orang Dusun di Sabah
Nasi Linopot (nasi bungkus) orang DUSUN di Sabah amat terkenal dihidangkan istimewa bersama lauk tradisional orang DUSUN Sabah.
Nasi Linopot air tangan suku bangsa DUSUN di Sabah kelihatan tular di media sosial, menerusi facebook yang di ketengahkan oleh individu di Facebook untuk di dagangkan. Memang antara produk makanan yang halal serta Laris masa kini.
Terbaru, kala musim PKP anak Etuza mencuba praktikkan memasak Nasi Linopot versi Azie. Katanya tertarik Nasi Linopot orang Dusun yang tular di facebook. Inilah Nasi Linopot simple yang Azie masak untuk kami seisi keluarga.
Inilah Nasi Linopot versi Azie ( anak gadis Etuza) Rajin anak ni memasak.
Belajar memasank bersama ibunya. Alhamdulillah
Bahan yang di perlukan ialah, antaranya:-
1. Daun muda Pokok Mangaung
2. Ubi manis (warna unggu) Ikut hati suka
3. 4 put tin Susu Junjung beras
4. Batang keladi muda
5.Ikan bilis
6.Tomato
7.Lada putih
8.Bawang daun (lesun)
9.Bawang putih dan bawang merah(seulas)
10.Minyak untuk tumis semua bahan.
KLIK HADIAH TERSOROK UNTUK ANDA
KLIK SINI
Semua bahan di masak, nasi dan ubi manis unggu di lenyek apabila nampak lembut kemudian di bentuk bulat atau leper atas daun hijau Pokok Mengaung. Boleh guna jenis daun lain atau daun pisang. Cuma aroma akan lebih sedap menggunakan daun muda Pokok Mangaung atau daun Pokok Tintap.
Bahan untuk sayur tradisional di tumis hingga Wangi. Hidangkan. Pasti nikmat merasa Nasi Linopot budaya Orang DUSUN Sabah. Lauk atau sayur yang digunakan biasanya sayuran kegemaran orang Dusun seperti lasun ( daun bawang) lada putih. Terdapat juga Nasi Linopot dipadankan dengan lauk ikan bilis camput hirisan kantan dan udang sungai. Memang aroma Nasi Linopot sangat mengundang selera.
9 Ulasan
up[dated blog guna VIVO phone berharga RM399..tunggang langgang ayat dan huruf tak betul ejaan..ni nak ganti phone ni gayanya..hehehe
BalasPadamPertama kali dengar. Mesti sedap ni.
BalasPadamComel je dan unik.
BalasPadamMenarik..sememangnya malaysia ni kaya dgn pelbagai khazanah,suku kaum masing2..
BalasPadamBelum pernah jumpa atau makan nasi linopot ni
BalasPadamPernah dgr tp x pernah try mkn
BalasPadamMasakan tradisional tetap enak.
BalasPadammenarik juga, tapi kalau nak buat susah sikit mencari daun tu bagi yang duduk di bandar
BalasPadamSedap nasi linopot ni. Olahannya unik, lain dari nasi biasa.
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.