Terkurung 14 Hari - PKPD 01/8 - 14/8/201

Terkurung 14 Hari - PKPD 01/8 - 14/8/201

 Terkurung 14 Hari - PKPD  01/8 - 14/8/201

Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Syukur dipanjatkan kepada Allah kerana kita bersua lagi dalam paparan blog maya Etuza Warna-Warna Kehidupan ini. Satu platfom laman blog media yang sememangnya menarik dan mudah paparan.
 
Tajuk catatan maya kali ini " TERKURUNG 14 HARI - PKPD ". Ya inilah realiti yang berlaku di desa Etuza iaitu Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah. Sebuah kampung yang semakin menarik dan ramai pemimpin mendatangi desa ini, untuk tujuan melihat keindahan di desa ini serta menyalurkan sumbangan dalam berbagai bentuk demi membantu desa ini membangun dan maju seiring dengan kemajuan di desa lainnya.

Keadaan bagaikan terkurung kerana laluan utama masuk dan laluan keluar ke jalan besar  ke desa ini dipasang dawai berduri. Dan  apabila desa ini diistiharkan untuk menjalani PKPD selama 14 hari kesan penularan  pendemik Covid-19 di kesan menerusi beberapa orang di desa ini. Perit untuk diterima, sukar untuk terima hakikat, tetapi apakan daya akur dengan keadaan seumpama ini, kerana tidak mustahil menimpa di desa ini serta inilah  kehendak pemerintah dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan itu sahlah desa Etuza menjalani PKPD bermula 01/8 sehingga 14/8/2021 selama 14 hari.


YB Athur Tan Sri Josep Kurup datang menyampaikan bantuan makanan 
kepada masyarakat desa di tempat Etuza.

Pada saat ini masih sebenarnya desa ini PKPD kerana hari ini baru 11/8/2021. Menunggu dalam  beberapa hari lagi untuk melepaskan orang kampung bergerak mengurus rutin  hidup seperti biasa. Berita yang baik dan menggembirakan ialah pada hari ini semua penduduk desa yang di kuarantin di dua pusat kuarantin iaitu di IPGM dan di bangunan INSAN Keningau telah kembali ke rumah masing-masing selepas sembuh dan negatif Covid-19. Syukur kepada Allah atas kesembuhan mereka. Ketua Kampung En. Minjun Yumpit dan Pengerusi  JKK En. Ramian Ayub, telah memaklumkan berita baik ini menerusi group Whatssap desa ini.


Proses PKPD ini dilakukan dengan usaha KKM untuk menjalankan kerja SWAB TEST kepada semua orang kampung, di mana proses swab test covid-19 ini dilaksanakan di Dewan Haji Gusman selama dua hari. Semua masyarakat desa dikehendaki datang dengan cara mengikut SOP ke Dewan untuk menjalani swab test serta di pasang gelang putih di pergelangan tangan. Bermula proses PKPD yang gayanya ada masyarakat tertekan kerana bagaikan terkepung tanpa dapat ke mana-mana tempat. 

Peranan Ketua Kampung dan Pengerusi JKK bersama AJK, nampaknya bertindak sentiasa memantau kebajikan orang kampung terutama dari segi makanan diperlukan agar mencukupi. Dan terlihat ramai yang datang ke desa ini memberi sumbangan makanan.  Terfikir Etuza bahawa saat ada kemelut desa ini didatang rezeki diluar jangkaan. Namun sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk menghulur bantuan dalam bentuk makanan kepada semua masyarakat kampung. Justeru semua orang kampung harus bersyukur dan berterima kasih.

Etuza dengan penuh rasa rendah diri, memberi nasihat kepada diri sendiri dan semua orang kampung agar penduduk desa Penagatan Ulu mestilah mengambil peranan yang bersungguh-sungguh untuk mengikut SOP ekoran penularan Covid-19 iaitu mesti memakai mask apabila keluar rumah. Menjaga jarak antara satu sama lain khasnya yang tidak dikenali. Harus juga sentiasa menjaga kebersihan diri. Berdoa agar dijauhi wabak yang sangat merbahaya kepada kesihatan tiap kita. 

Semoga semua penduduk desa ini, mengambil sebesar-besar hikmah dari peristiwa yang merisaukan ini. Wabak kini berada dalam komuniti, justru diminta semua individu di desa Etuza tidak memandang remeh hal menjaga SOP mengikuti SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia. SOP dan kuarantin itu adalah antara vaksin agar tidak dijangkiti.


YB Athur Tan Sri Joseph Kurup sedang meberikan ucapan ringkas
semasa menyampaikan bantuan makanan ini kepada penduduk kampung.



Beberapa orang kampung menerima bakul sumbangan dari kerajaan
yang disalurkan menerusi YB Athur Tan Sri Joseph.




Bakul dan beras dihantar di Dewan Haji Gusman.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

Salam 1 penagatan ulu.

Terkurung demi kebaikan bersana tak mengapa la cikgu..janji bekalan makanan mencukupi

Terima kasih atas coretan ini Sdr. Etuza. Boleh dijadikan sebagai salah satu catatan sejarah Kg. Panagatan Ulu untuk rujukan generasi akan datang.

selamat berpkpd..masing2 jaga diri menghindari wabak

Tabah dan patuh perintah penguatkuasa.

Alhamdulillah terima kasih yang datang membaca, ambillah iktibar ya

Moga dipermudahkan segala urusan semua penduduk di sini dan dilindungi kita semua dari wabak maut ini.

Stay safe ya.. elakkan stress semasa pkpd

Salam, ada hikmah dan iktibarnya, selamat berpkpd, moga dipermudahkan urusan..

Semoga kluster di kg etuza dpt dikekang dari merebak.

Semoga dilindungi daripada wabak C19 ini

semoga sentiasa dalam keadaan baik cikgu

moga baik-baik sahaja ya etuza... dan semoga dipermudahkan urusannya...

Moga kita semua dijauhi dari covid 19..aamiin..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger