Biakkan Pokok Kesum Tanam Di Laman

Biakkan Pokok Kesum Tanam Di Laman
 Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Alhamdulillah syukur kerana ada kelapangan updated blog kali ini, Kali ini hendak share dengan anda semua tanaman baru Etuza iaitu tumbuhan yang mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu Pokok Kesum. Pokok Kesum ini tanaman isteri Etuza sebenarnya, tetapi bila Etuza lihat semakin tinggi dan agak rimbun, terfikir hendak banyakkan lagi. Lalu Etuza petik pucuknya dan menanam dalam botol mineral terbuang dengan cara dalam gambar. Etuza applikasikan saja cara yang Etuza nampak di facebook tanaman saur guna botol mineral dan gantungkan. Dalam dua hari dengan disiram [agi petang, Etuza tengok sudah menegak pucuk Pokok Kesum dan menampakkan daun baru. Terasa gembira kerana hasil tanaman berjaya.
 Botol mineral yang besar di tebuk dan buang tengah pada botol
mineral lalu di letakkan tanah hitam, jangan lupa tebuk bawah botol 
mineral agar air lawas, tak bertakung.

Etuza, just agak rimas jika hanya duduk di rumah, menonton tv juga tak betah. Lalu Etuza buat kerja sibukkan diri sambil, menghirup udara segar di luar. jadi lah tanaman baru Etuza Pokok Kesum dibiakkan menambah tanaman di laman rumah. Harap dapat lah di guna daun kesum ni untuk tambahan perasa masak kukus ikan. Pokok kesum ini sejenis tumbuhan yang renek dan menjalar.

Infor lain tentang khasiat Daun Pokok Kesum:-
1. Memakannya menguatkan daya penglihatan
2Mengatasi masalah perut kembung dan ketidak hadaman.
3. Mengharumkan tubuh
4. Mengatasi masalah keputuihan
5. Baik untuk wanita selepas bersalin
6. Awet muda dan kekalkan stamina bila memakannya dengan cara ulam.
7. Merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil

Banyak lagi sebenarnya khasiat daun Pokok Kesum. Apa lagi mari lah menanam Pokok Kesum. 
 Gantungkan boto; mineral dan letak di kawasan yang agak teduh 
pada permulaannya, Pokok Kesum agak sensitif dengan cahaya matahari.
Kena rajin siram pagi dan petang ya.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Apa hal tampilan wall ruang catatn blog Etuza lain ya, alamak.tidak seronok lah macam ni..berubah ruangan catatan..

    BalasPadam
  2. aktiviti begini bagus untuk memastikan kita kekal sihat dan ceria selalu..

    tenang untuk melihat tunbuhan

    BalasPadam
  3. Suka daun kesum. Bau wangi, sedapkan makanan.

    BalasPadam
  4. RAJIN CIKGU BANYAK TANAMAN BARU

    BalasPadam
  5. Kenalah menyibukkan diri dari duduk2 sajakan, cari sesuatu yg boleh dimanfaatkan.

    BalasPadam
  6. Banyak juga khasiatnya. Selalu juga makan dalam masakan asam pedas.

    BalasPadam
  7. Rajinnyaa menanam. Pokok kesum ni payah nak dapat klau tk tanam kan. Kalau ada takde ruang tanah banyak, boleh buat macam tu. tanam dlm botol.

    BalasPadam
  8. Alahhh, saya cuba tanam daun kesum ni, asyikk tak jadi jer. Faktor tanah agaknya

    BalasPadam
  9. Tengok daun kesum, terbayangkan kuah laksa.. sedapnya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.