Etuza Menangis Membaca Kisahnya
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Hari ini, Etuza seusai solat duduk menghadap komputer, pastilah pertama kali klik blog kesayangan ini. Tidak terkenal tetapi cukup terbaik bagi ku melontarkan kata-kata yang baik, jika pun ada menegur di kias kata dengan penuh adab sebagai seorang blogger pinggiran. Kerana bila kita berkata, tak jaga lidah akan mengundang rasa tidak selesa pada diri sendiri.
Etuza klik laman Blogger terkenal Hasrul Hassan, ada memaparkan tentang 21 kata-kata nasihat atau pesan Ustaz Ebit Lew. Dan memang di medan sosial seperti aplikasi whatsapp telah tersebar hal 21 pesan Ustaz Ebit Lew. Subahanallah membaca kata-kata dia membuat bulu roma Etuza mengeremang. Tiada yang kita boleh sangkal akan kata-kata hujahnya memberi pesan. ya Allah syukur kami menemui insan ini dan kata-katanya menjadi pelembut hati pemangkin agar kami terus beribadah kepadaMu.
Anda boleh klik SINI Biodata Ustaz Ebit Lew.
dan SINI 21 pesanan Ustaz Ebit Lew.
Etuza menangis membaca kisah ustaz ini hingga dia merai banyak kejayaan yang dinikmatinya kini, janji Allah itu benar dan tepat. Bahawa tiap hambaNya yang tidak putus asa dan terus mencuba pasti Allah limpahkan rezeki. Mohon kita tidak mensyirikkan Allah. Allah itu satu tiada duanya. Allah itu kan bagi kita nyawa di badan. Tiada satu kuasapun yang memberikan kita nyawa dan roh, hanyalah dia yakni Allah yang maha berkuasa pada seluruh langit dan bumi dan kerajaan akhirat. Setiap kali membaca kisah Ebit Lew, Etuza menitiskan airmata. Ya Allah...ampuni Etuza, ampuni kami semua. Selamatkan perjuangan Ustaz Ebit Lew, kayakan dia dengan hati yang ikhlas. Aamiin.
Doa Ebit Lew Irwan Ibrahim
Penghargaan untuk Ustaz Ebit Lew.
Terima kasih 21 nasihat dan pesan Ustaz Ebit Lew kepada kami semua.
Teruskan perjuangan tanpa putus asa dan penuh dengan rasa ikhlas dan tidak kenal penat lelah.
Ingat, bahawa apabila kita total meyakini kuasa Allah, biar apapun ujian dan kegetiran yang dihadapi pasti Allah beri kan jalan mudah melakukannya dan menyelesaikan kemelut yang timbul.
Ujian kita hari ini, memerlukan kita benar-benar insaf dan istiqomah mengerjakan perintahNya terutama solat WAJIB dan ibadah lainnya.
Semoga perjuangan tuan Ustaz Ebit Lew diredai oleh Allah.
12 Ulasan
Sungguh Allah limpahkan kekuatan padanya berdakwah..Subahanallah
BalasPadamAda juga baca nasihat Ebit Lew.
BalasPadamSUBHANALLAH MOGA ALLAH RAHMATI USTAZ MUDA INI N MEMPERMUDAH URUSANNYA BERDAKWAH MENEGAKKA SYIAR ISLAM SYUMUL
BalasPadamOrg yg disayangi Allah sentiasa diuji...
BalasPadamInsyaAllah Ustaz Ebit kuat...tabah..
BalasPadam.. dan semoga allah permudahkan urusan & murahkan rezeki ustaz ebit. aamiin..
BalasPadamYa Allah banyak pengajaran yang boleh diambil berikutan dakwah Ustaz Ebit ni. Semoga Ustaz Ebit terus kuat inshaAllah.
BalasPadamorang baik, Allah sayang
BalasPadamTeruslah berjuang, jangan sampai putus asa
BalasPadamSaya sangat setuju dan suka banget
Sebak baca nasihat dari Ustaz Ebit Lew. Doa-doa yang dibacakan pun sangat menyentuh hati.
BalasPadamantara Ustaz yang begitu lembut bila berbicara..
BalasPadamhati terkesan dan jiwa pun tenang
Terbaik! :D
BalasPadamJamu Asli untuk kesihatan wanita dan lelaki.
Jamu
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.