Masjid Adalah Hospital Terbaik Merawat Hati
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

Etuza teringat satu kata-kata penceramah pada masa Kuliah Maghrib di Masjid Al-Mahabbah di kampung Etuza. Katanya "MASJID ADALAH HOSPITAL TERBAIK MERAWAT HATI"-Haji Sulaimin M.
Penceramah Jemputan Ustaz Haji Sulaimin Muhsinin.
Indah kata-katanya.
Kata-kata itu amat berkesan di hati Etuza, kerana sangat bermakna, bayangkan kita runsing, kita putus asa dan kita bersedih kerana disebabkan sesuatu perkara yang menjadikan kita berperasaan demikian. Kecewa dan sebagainya. Bagaimana nak merawat hati yang patah itu, cuba kita ke masjid, solat dan berdoa, minta Allah kembalikan semangat dan keyakinan kita. Subahanallah semua perasaan kecewa itu akan hilang serta merta. Bukan kah hati kita telah dirawat dengan beribadah. Ibadah kita cerminan bahawa kita MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ALLAH. Hebatkan, marilah selalu menuju ke masjid di mana-mana berada. InshaAllah semoga membantu.


 Masjid Tengku Zahara Masjid Terapung di Ibai Terengganu.

Cantik sekali..Subahanallah aura putih terserlah

 Floating Mosque At Ibai Terengganu.

Berzikir dapat menenang kah hati.
Bayangkan selalu Allah dekat dengan kita..

Jalan menuju ke Masjid Terapung..bertuah Etuza dapat ke sini..
InshaAllah akan datang lagi nanti suatu masa..
Allah yang beri kesempatan..