Mahabbah Membangkitkan Aura Kerjasama

Mahabbah Membangkitkan Aura Kerjasama 
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Kelihatan ramai yang datang khasnya jemaah lelaki.
semuanya memberikan aura kerjasama yang padu, inilah salah satu 
aura Almahabbah -Menuju cinta pada Allah.

Pada 27 Jan 2020 bersamaan hari Isnin, di Masjid Al-Mahabbah telah diadakan gotong - royong membina tangga laluan dari jalan raya menuju ke Kelas Kafa dan Masjid Al Mahabbah. Pengerusi masjid En. Sapin @ Rahman dan Tim. Pengerusi Masjid Mahabbah telah sepakat mengajak semua jemaah dari Kampung Penagatan Laut untuk turun bersama-sama hari itu untuk menunaikan misi visi menaik tarafkan keceriaan atau landskap Masjid Al-Mahabbah dan Kelas Kafa. Pasti tidak lain tidak bukan bertujuan menjadikan kawasan Masjid dan Kelas Kafa lebih menarik dan bersih persekitaran dan akhirnya dijauhi nyamuk membiak di merata tempat berhampiran. Cuba baca sedikit pengertian kata MAHABBAH, Nama Masjid yang tersergam indah menjadi kesayangan  seluruh warga Kampung Penagatan Laut, keningau, Sabah.

PENGERTIAN MAHABBAH


Mahabbah (cinta) menurut para ulama tasawuf berarti “kehendak”, yaitu kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat secara khusus kepada hamba, sebagaimana kasih sayang-Nya bagi hamba adalah kehendak pelimpahan nikmat-nya. Jadi, cinta (mahabbah) lebih khusus dari pada rahmat. Kehendak Allah swt. dimaksudkan untuk menyampaikan pahala dan nikmat kepada si hamba. Dan inilah yang disebut rahmat. Sedangkan kehendak-Nya untuk mengkhususkan kepada hamba, suatu kedekatan dan ihwal rohani yang luhur disebut sebagai mahabbah.KLIK FB ini, untuk lebih jelas.




Berkemeja lengan panjang itu ialah En. Sapin @ Rahman Bin Karim.
Pengerusi Masjid Mahabbah yang baru saja di lantik. Menijnau
jemaah yang sedang berusaha membuat tangga yang akan di simen.

Terdapat berbagai idea dan cadangan baru yang telah diputuskan untuk menambah baik persekitaran Masjid AlMahabbah pada tahun 2020 hingga tahun 2021. Hasrat itu semua akan terlaksana apabila jemaah bersatu hati dan tidak ada unsur ketidak puasan kepada sesiapa sahaja.  Sebaliknya semnagat sentiasa berkerjasama dan saling memabantu, sesuai dengan nama masjid Al Mahabbah yang antaranya bermaksud MENUJU CINTA KEPADA ALLAH ATAU MENUJU KERAHMATAN ALLAH. Jika semua jemaah meletakkan hati dan jiwa hanya kepada mengharap rahmat, cinta dan kasih sayang Allah pasti apa juga perancangan membangunkan dan memajuka Masjid mahabbah ini akan terlaksana, malah tidak mustahil menjadi salah sebuah Masjid di daerah Keningau yang diiktiraf aktif dan memberi banyak manfaat kepada masyarakat Islam khasnya di kampung ini.

Kelihatan anak tangga turun ke bawah semakin siap dibentuk.
Ketua bagi membina anak tangga ini ialah En. Fian Bin Jakirin,
Ketua Biro Keceriaan & Lanskap Masjid Almahabbah.

Turut bersama menjayakan gotong - royong ialah MPKK ( Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ) iaitu En. Jamain Bin Jakirin. Beliau memberi infor bahawa pada hari ini juga diadakan pembersihan kawasan perkuburan kampung. Bermakna gotong royong ini dua dalam satu iaitu membuat tangga menunju ke Masjid Mahabbah dan ke Kelas Kafa serta pembersihan kawasan perkuburan. Satu usaha dan semangat kerjasama yang padu hasil dari usaha pemimpin yang ikhlas dan mahu menabur bakti kepada masyarakat kampung, pelajar agama dan jemaah Islam di Kampung Penagatan Laut. selain ingin mendapatkan rahmat pahala dari Allah.

Pengertian mahabbah dari segi tasawuf ini lebih lanjut

dikemukakan al-Qusyairi sebagai berikut:

ﺍَﻟْﻤَﺤَﺒَّﺔُ ﺣَﺎﻟَﺔٌ ﺷَﺮِﻳْﻔَﺔٌ ﺷَﻬِﺪَﺍْﻟﺤَﻖَّ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ﺑِﻬَﺎﻟِﻠْﻌَﺒْﺪِ

ﻭَﺍَﺧْﺒَﺮَﻋَﻦْ ﻣَﺤَﺒَّﺘِﻪِ ﻟِﻠْﻌَﺒْﺪِ ﻓَﺎﻟْﺤَﻖُّ ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻪُ ﻳُﻮْﺻَﻒُ ﺑِﺎَﻧَّﻪُ
ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪَ ﻭَﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﻳُﻮْﺻَﻒُ ﺑِﺎَﻧَّﻪُ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺤَﻖَّ ﺳُﺒْﺤَﺎ ﻧَﻪُ
Al-Mahabbah adalah merupakan hal (keadaan) jiwa yang
mulia yang bentuknya adalah disaksikannya (kemutlakan)
Allah SWT, oleh hamba, selanjutnya yang dicintainya itu
juga menyatakan cinta kepada yang dikasihi-Nya dan yang

seorang hamba mencintai Allah SWT.[9]


Antara golongan  remaja yang datang membantu dengan ikhlas hati mereka.

Antara tulang belakang menjayakan gotong-royong ini termasuk juga golongan remaja, yang sentiasa hatinya terikat mengimarahkan Masjid setiap hari. Mereka bagaikan remaja yang akan menjadi pelapis menghidupkan ukuhuwa di Masjid Almahabbah. Syabas dan alhamdulillah kepada semua remaja yang datang. Pada hakikatnya perkataan Mahabbah pada nama Masjid ini amat sesuai kerana kata Mahabbah itu sesungguhnya membangkitkan aura semangat kerjasama di kalangan jemaah di kampung ini. semoga akan ada lagi usaha seperti hari ini di masa akan datang kerana ada banyak lagi yang hendak direalisasikan. tahniah kepada semua yang datang menghulur bantuan, makanan,minuman, tenaga, kenderaan dan kewangan.

Mulai disimen, kelihatan saudara Sahilin Waridin dan 
Cikgu Rosdi turut turun padang membantu menyiapkan penyiminan 
tangga ini. Seronok nampak ramai jemaah yang hadir.

Kerja-kerja penyiminan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga ke petang.
Mereka sabar menyiapkan kerana pada esoknya tidak ada lagi 
yang dapat datang kerana masing-masing bekerja.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alhamdulillah gotong-royong berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..sepakat membawa berkat..kerja yg susah jd senang

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah seronok jalinan ukhwah sesama jemaah

    BalasPadam
  4. Terima kasih teman blogger yang baik

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Muafakat penduduk kampung sangat baik.

    BalasPadam
  6. MAHABBAH MENYATUKAN UMMAH ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, ikatan uhkuwan sesama penduduk kampung dan jemaah masjid mahabbah...

    BalasPadam
  8. Best ada aktiviti gotong royong mcm ni..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah
    sepakat membawa berkat
    mahabbah mengerat ukhuwah

    BalasPadam
  10. Te3rima kasih yang drop komentar. Datang lagi ya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.