Tuturiol Blog & Ceramah Disiplin Melayari Internet
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Program ini dicetuskan oleh Etuza bersama dengan Guru Kelas tahun 6 sekolah, sebagai pengisian selepas UPSR 2019. Diharapkan para pelajar dalam usaha memberi infor berkaitan pembinaan blog yang menyeronokkan dan memberi juga ceramah khas bagaimana disiplin ketika melayari internet yang memerlukan disiplin yang tinggi. Etuza terpanggil memberi ceramah ini, kerana perlunya genarasi baru yang bakal ke sekolah menengah, perlu keluar dari kampung dan bersekolah di sekolah menengah di bandar sekitar Keningau. Dunia masa kini adalah di era Zaman Moden & teknologi, andai kurang ilmu melayari internet pengaruh buruk akan berlaku. Semoga dapat membuka minda pelajar agar lebih berdisiplin dan berhati-hati melayari internet nanti.

Pelajar nampaknya amat berminat dan menumpukan perhatian..

Mulanya pelajar akan keliru, ini kerana mereka lebih didedahkan dengan Frog dari guru ICT. Mereka sepertinya merasa selesa dengan Frog V sejak tiga tahun lalu di aplikasikan. Setelah Etuza beri gambaran dan memperlihatkan blog Etuza Warna-Warna Kehidupan, mereka merasa tertarik dan mulai bertanya banyak perkara bagaimana membina blog sendiri.

Secara ringkasnya untuk membina blog perlu ada email sendiri dan daftarkan juga no telefon dan buat lah pasword setelah membuat akaun di akaun Google. Mudah saja sebenarnya, tetapi untuk membuat pengisian catatan di blog haruslah membuat catatan yang berguna untuk di baca oleh masyarakat di luar sana.

Pelajar menumpukan perhatian ketika Etuza membuat ceramah di ICT sekolah

Dari segi disiplin ketika melayari internet menggunakan komputer, handphone dan lain-lain, individu itu haruslah sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Antaranya ialah:-
* Melayari internet dengan kadar masa yang sesuai, elakkan dari pagi hingga petang melayari internet.
* Elakkan dari tertipu infor hal berita palsu di internet.
* Tinggalkan laman yang hanya memaparkan cerita lucah dan gambar-gambar lucah.
* Elakkan membuat hubungan sosial di internet apabila orang itu tidak dikenali.
* Jangan tertipu dengan informasi kewangan di internet.
* Klik laman bacaan yang berusurkan motivasi, cerita orang yang berjaya dan mantapkan pengetahuan agama.
* Jadikan ajaran agama sebagai panduan ketika melayari internet.

Begitulah serba sedikit ceramah Etuza disamping memberiak contoh-contoh yang pernah berlaku penupuan individu yang tidak bertanggungjawab di internet.

Salah seorang peserta mendapat hadiah kerana berjaya menjawab kuiz 

Sebagai menarik minat peserta Etiza adakan kuiz terbuka pada masa akhir program ini. Ramai yang berusaha mencuba menjawab, tetapi yang menjadi pilihan Etuza ialah mereka yang terawal angkat tangan untuk menjawab. Nampaknya mereka pandai menjawab dan alhamdulillah ceramag Etuza tercapai objektif.

Ceramah dan tutorial diadalakan selama 2 jam. Pelajar yang berjaya
menjawab soalah kuiz.  Fariz Ifat

Peserta pelajar perempuan juga turut bersaing dengan pelajar lelaki yang lebih pantas bertindak merebut peluang. Baiklah  sila lihat gambar-ganbar kenangan. Penyampai hadiah ialah Puan an Hazlawati Azlan dan teman sekerjanya yang lain.

Fenny Yen paul membacakan hasil dapatannya 

Etuza menyampaikan hadiah kepada pelajar ini

Gambar kenangan dengan guru kelas tahun 6 Puan Hazlawati A

Turut mendapat hadiah Ayisah Qistina AQ