Meriahnya Pada 20 Sept 2019

Meriahnya Pada 20 Sept 2019
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bertemu lagi dalam arena penulisan blog ini. Mohon maaf kerana agak lama menyepi diri, disebabkan kekadang ketiadaan masa mengurus blog pinggiran ini maka sebab itu pengisian informasi dalam blog ini terabai. Maafkan saya. Kepada blogger yang masih aktif setia di blog kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan teruskan kerjaya ini, jika anda mendapat impak yang baik. 

Baiklah kali ini nak memberitahu pada 20 Sept 2019, kami telah mengadakan majlis penutupan Bulan Kebangsaan. Wah sangat meriah dengan berbagai pakaian budaya etnik berbagai suku kaum di Sabah. Ramai warga guru dan murid sekolah mengambil kesempatan memakai pakaian tradisional mereka. Sebab itu kemeriahan semakin terasa dengan suasana warna-warni dan berbagai acara diadakan. Setiap tahun inilah dia program yang perlu dikekalkan demi memberi nilai kesedaran kepada generasi baru agar mereka juga bangkit bersama menghargai pejuang kemerdekaan masa lalu. Tanpa pejuang masa lalu tanah yang kita pijak ini mungkin bukan kita berpijak. 

Penganjuran yang sangat berjaya oleh itu Etuza hendak ucapkan Syabas & Tahniah. Sayangi Malaysiaku : Malaysiaku Bersih. Baiklah jemput melihat gambar kenangan kami.








Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. wahh meriahnya Etuza :) lama tak berkunjung ke sini :)

    BalasPadam
  2. memang meriah dan berwarna warni, cantik tengok semua murid dan cikgu dengan baju budaya etnik yang pelbagai.

    BalasPadam
  3. Meriahnya dengan aktiviti... Seronok begini, merapatkan hubungan tempatan..

    BalasPadam
  4. WOW MERIAH MAJLISNYA N MASING2 CERIA DGN PAKAIAN BUDAYA YG CANTIK

    BalasPadam
  5. Memang meriah dan ceria dgn pakaian berwarna warni tu cikgu...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.Meriah.InshaAllah panjang umur meraikan lagi bersama-sama semula ditahun 2020.

    BalasPadam
  7. Wah,meriahnya sambutan bulan kebangsaan di sekolah Cikgu Etuza.

    BalasPadam
  8. ezanlee1606@gmail.com4 Oktober 2019 pada 4:53 PTG

    Fuyyoooo... meriahnya.

    BalasPadam
  9. Pakaian tradisional masyarakat di Sabah memang cantik

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.