Temu Bual Aspek Pegetahuan Kepimpinan

Temu Bual Aspek Pegetahuan Kepimpinan

Temu Bual Aspek Pegetahuan Kepimpinan
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semuanya.

Alhamdulillah hari ini ada kesempatan menjenguk laman blog ini. Jika di layan rasa sibuk dan kepenatan lalu asyik duduk berehat alamat berdebu dan berkarat otak ini. Kena lawan semua pengganggu ini. Tidak dinafikan ada perasaan malas juga dalam hal blog terbiar lama dan bersawang.

Minggu ini, nampaknya Etuza bakal ditemu bual oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau. Mereka datang latihan intensif selama satu bulan dan hanya melaksanakan projek dan bukan mengajar subjek dalam kelas. Mereka ini datang atau di hantar di sekolah selama sebulan sebelum mereka dikuarantinkan dalam tahun akhir kursus pendidikan guru di IPGM. Cuma Etuza rasa agak terkejut apabila Etuza menjadi pilihan mereka untuk di temu bual. Hendak mengelak rasanya perbuatan mengelak memalukan Etuza sendiri. Nampaknya kena bersedia juga kena membaca hal Pendidikan PAK 21. ( Pendidikan alaf ke 21 ) cabaran dan hala tuju pendidikan PAK 21. Dalam soalan temu bual di muatkan beberapa skop PAK 21.

Genarasi muda yang menjadi aset kepimpinan negara akan datang.
Mereka perlu diberi ilmu pegetahuan 

Soalan Temu Bual  ( Etuza kena sedia untuk menjawab soalan dalam temu bual ini )

1. Perkenalkan diri serba sedikit tentang diri anda.
2. Apakah pendapat anda tentang peranan guru sebagai seorang pemimpin dalam senario pendidikan masa kini?
3. Sebagai seorang guru yang berpengalaman dalam dunia pendidikan, apakah peranan / tugas - tugas yang perlu dimainkan oleh guru sebagai pemimpin  di sekolah dalam abad ke-21 ini?
4. Apakah tugas-tugas kepimpinan di luar bilik darjah sebagai contoh menjadi guru penasihat Kelab Badminton mengganggu tugas-tugas  kepimpinan sebagai guru  subjek Sejarah di dalam kelas? Mengapa?
5. Bagaimana kah guru menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam diri murid sewaktu  PdPc Sejarah?
6. Mengapakah amalan kepimpinan dalam  perguruan amat penting dalam dunia pendidikan?
7. Sekiranya seorang guru tidak mempunyai sifat kepimpinan dalam dirinya,apakah implikasi yang akan berlaku kepada dunia pendidikan masa kini dan akan datang?
8. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang akan dilalui oleh seseorang guru semasa menjalankan tugas-tugas kepimpinan di sekolah?
9. Apakah saranan atau cadangan anda kepada rakan guru dalam memantapkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di sekolah?

Berfikir juga apakah nanti yang akan Etuza katakan sebagai menjawan 9 soalan dalam kertas Temu Bual ini. Ya Allah semoga Etuza mendapat idea dan dilancarkan bicara nanti./ Aamiin.

Kejayaan murid di sekolah sesungguhnya bersangkut paut dengan usaha
dan kepimpinan semua guru di sekolah. Generasi baru harus dididik sebaiknya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

2 ulasan

mencabar juga soalan2nya untuk menyediakan jawapan yang sesuai

Soalan cepumas.. 😄

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (545) Ucapan (492) Berita (423) Doa (388) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (303) Anak (295) Tips Blog (291) Pendidikan (280) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (170) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (115) kesihatan (99) Percutian (89) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (43) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (17) Tazkirah (15) Majlis Kahwin (13) Hari Jumaat (11) Petua (11) Masjid (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) a (2) Adsen (1) BRIM (1) Bahasa Arab (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger