Kejutan , Terkejut, Panik , Tertanya-Tanya

Kejutan , Terkejut, Panik , Tertanya-Tanya

Kejutan , Terkejut, Panik , Tertanya-Tanya
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Pagi 23 Mac 2019, hari ini ada masa sengang mencatat pengalaman hidup di blog ini. Semoga blog Etuza ini menjurus kepada perkara yang baik-baik sahaja. Cerita yang tidak bagus Etuza sarankan kepada pembaca maya, tolong ambil hikmah dari cerita yang tidak baik itu nanti. Pasti ada panduan dan tauladan.

Minggu ini bertepatan hari rabu, Etuza ada mengajar kelas mata pelajaran Sains di kelas yang Etuza memang wajib masuk. Ya Allah agak mencabar kelas itu, ada beberapa murid lelaki amat aktif, agresif dan hiperaktif. Selain itu ada murid bagaikan hadapi masalah pembelajaran di kelas ini. Etuza teruskan pengajaran dan pembelajaran dengan penuh sungguh-sungguh. Objektif harus dicapai seperti murid ada komnukasi, bertindak balas, mendengar, memerhati dan paling diharapkan mereka dapat menjawab setiap kali ada pertanyaan ( soal jawab spontan). Melakukan kerja menulis, menjawab dan mewarnakan objek atau imej dalam kertas kerja dan di buku kerja.


Rasanya semua Etuza sudah terangkan mengikut aras mereka. Tidak boleh kata berbelit-belit kerana tidak akan mereka faham apa yang Etuza sampaikan. Aktiviti yang Etuza sampaikan adalah melengkapkan nama pada situasi gambar dan mensuaikan gambar dengan kenyataan situasi. Aktiviti kerja mudah sekali, semudah makan keropok, buka ambil makan. Sebegitu sekali. 

Kadang ada masa Etuza berjalan dari meja ke meja murid, bagi bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak ada riuh atau bising melampau. Sedang Etuza membelakang murid lelaki yang ada sifat aktif, agresif dan hiperaktif, sedang membimbing murid perempuan, tiba-tiba dengan dengus sambil berlari berkejaran dua orang murid lelaki. Kedua-duanya aktif. Etuza bagi nasihat balik tempat duduk, gertak sebagai sikologi hadapi murid tersebut. Tiba-tiba meletup satu tangisan dalam keadaan meraung-raung. Etuza TERKEJUT, TERTANYA-TANYA, KEJUTAN DAN PANIK sedikit mendengar tangisan murid lelaki itu yang memecah hening pagi sekitar jam 9.15 minit pagi. Kelas sebelah semuanya diam dan ada murid menjengukkan kepala melihat kelas Etuza ajar.


Etuza cuba usahakan agar dia diam, Etuza pujuk dan pujuk tetapi tidak berjaya. ya Allah harus buat apa. Takkan Etuza nak tengking herdik dia. Lalu dalam keadaan terkejut Etuza biarkan dahulu. Biar dia lepaskan semua tangisan rasa geram dia kepada kawan yang memukulnya itu. 

Sepanjang perkhidmatan Etuza, tidak pernah alami murid menangis meraung dalam kelas, bukan luka pun murid tu, bukan di tumbuk keras oleh kawan dia. Hanya diejek dan disentuh sedikit menurut murid lain. Perkara kecik saja. 

Sebaik guru Bahasa Melayu sampai, guru itu bertanya Etuza apa yang terjadi. Etuza terangkan kes bergaduh dan dia geram sangat tidak dapat membalas serangan kawan dia. Inilah dia situasi murid yang Etuza hadapi tahun 2019. Situasi murid Etuza 2018 lain keadaannya tahun ini lain lagi situasinya. Etuza harus pertingkatkan lagi daya usaha menangani masalah mereka dalam kelas. Harus ada teknik dan kemahiran meredakan keadaan seperti itu. Etuza mohon padaMu ya Allah perbaiki sikap dan akal ku dan perbaiki sikap dan akal semua murid subjek sains yang Etuza hadapi di sekolah.


Setiap tahun silih berganti murid di sekolah. Berbagai sikap dan perbuatan mereka. Peranan gurulah di sekolah untuk menangani masalah murid di sekolah. Namun masa bersama mereka di sekolah amat suntuk. Maka peranan ibubapa yang banyak masa mendidik anak sendiri ke arah labih baik.

Semoga murid ini akan bertambah baik dan boleh berfikir 
bahawa bergaduh di sekolah itu adalah di larang.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Tak pernah ada murid menangis dalam kelas Etuza ajar..tahun 2019 ini ya Allah terjadi..panik juga hadapi situasi ini..walaupan kiranya banyak pengalaman. harus hadapi dengan sabar

Allahuakbar.Tak dapat balas perbuatan kawannya terus nangis sekuat hati ya Cikgu.Kalau PC pun terkejut.
PC perhatikan peranan seorang guru sekarang berganda cabarannya..bukan sahaja memberi bimbingan dan tunjuk ajar tetapi juga berdepan dengan bermacam risiko.

Kena harus banyak bersabar ya cikgu. Bukan senang nak handle murid yang bermasalah begini.

Tugas yang sangat mencabar.
Semoga cg banyak kesabaran dalam menjalankan tugas.

Gambar2 murid di atas tu sekadar hiasan blog. Murid meraung menangis tu tak ada dalam gambar

Memang mencabar sekali..perlukan kekuatan hadapinya

Moga cikgu diberi kesabaran dan kemudahan dalam mendidik anak2 bangsa aamiin

Saya ingatkan cikgu perempuan je yang terpaksa layan karenah anak2 murid sebegini. Sebab zaman sy dulu kami lebih takut dgn cikgu lelaki hehe

kalau saya pun panik bila hadapi situasi tu...tiba2 je kann...moga2 etuza diberi kesabaran dan lama2 boleh adapt dengan keadaan murid2 yang sedikit bermasalah dari biasa...

Mungkin ini sebab saya ditakdirkan bukan sebagai seorang pendidik..

Saya salute dengan guru2, mereka sabar melayan karenah pelajar..

Semoga Cikgu Etuza terus diberikan kesabaran untuk mendidik para pelajar.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger