Sesak Nafas Kali Ini, Mohon Cek Out

Sesak Nafas Kali Ini, Mohon Cek Out
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Awal pagi bersiaran di udara maya, perlu awal bangun kerana tak lama lagi Flight anak ke Sarawak lepas ni. Tunaikan solat wajib berdoa dan terus CEK OUT. 

Ya Allah, hari ini kami diuji dapat bilik hotel yang aromanya menyesakkan. Ya Allah inilah dia antara ujianMu. Mahu tak mahu kami sekeluarga kena bersabar dan bersabar. Anak-anak merungut, apa lagi Etuza lagi merungut. Aroma masuk terus ke kerongkong..hidung pedas dan saya SESAK NAFAS. Buka jendela nak kurangkan aroma yang bagaikan melekat degil di dinding bilik ini, langsir, tilam dan cadar serta apa juga alat dalam bilik ini, di saluti aroma yang tak terkata kuatnya.

Betul lah ini lah antara tempat larangan tetapi masih juga ada insan lain yang sanggup membuang aroma ini dalam bilik yang memang pasti setiap hari bertukar pengguna atau pelanggan datang berteduh. Jika dahulu ada juga datang sini, ada aroma yang sama cuma tak kuat seperti dalam bilik ini. Pedas lidah Etuza hingga kini. ya Allah ampunilah insan yang meninggalkan aroma ini dan ampuni juga kami. Terfikir juga kenapa kami tak ke HTH ja menyewa bilik  barang semalam.

Alangkah baiknya jika sewaan blik wangi dan nafas kita 
tak tersekat..tak pening kepala..

Hargailah pelanggan yang datang menyewa bilik..
pastikan ada amaran hal aroma ..nyatakan 
kompoun dendaan jika lakukan kesalahan itu.
Pelanggan yang suka tinggalkan aroma ini
fikirkan keselesaan pelanggan lain..Hakikatnya kita menasihati, tetapi
kalangan siapa dari mana dari negara mana kita tak tahu
yang datang menyewa sebelum kita datang gantikan sewaan bilik. Kesedaran
itu penting..mungkin pihak perhotelan harus tingkatkan peraturan.
HARGAILAH KESIHATAN PELANGGAN . Etuza.



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lahai sian nya. Sapelah yang tak bertanggungjawab tu, mohon dia sedar akan kesilapannya.

    BalasPadam
  2. isk !! tak fikir
    customers lain depa ni kdg2. sedih btol..

    BalasPadam
  3. wAALAIKUMUSSALAM.
    SINGGAH PAGI.
    #JMBELOG

    BalasPadam
  4. Kesiannya....
    Bukan kita kategori pelanggan cerewet, tapi kalau sudah 'dihidangkan' dengan aroma yang tidak menyenangkan memang akan mengganggu mood kita sepanjang berada di situ.

    BalasPadam
  5. Mahu sesak nafas bau gini. Huhu.

    BalasPadam
  6. Saya pun tak suka kalo bilik hotel berbau asap rokok..melekat bau dari pelanggan sebelumnya..tak patuh pada signboard larangan merokok tu..patut kena siram aje orang camni guna smoke detector dalam bilik

    BalasPadam
  7. Bau rokok @ minuman keras Cikgu?
    Adohhhh jika sayapun mau pengsan dengam bau2an tersebut

    BalasPadam
  8. Adakah aroma rokok?? Sungguh tak bertanggungjawab..

    BalasPadam
  9. kenapa kah?
    tak patut dilakukan gitu :(

    BalasPadam
  10. apakah aroma yang tidak menyenangkan itu? bau petai yer?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.