Rezeki Undangan Makan Malam

Rezeki Undangan Makan Malam

Rezeki Yang Tidak Disangkakan.
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Sejak akhir-akhir ini, keluarga Etuza setiap minggu ke Kota Kinabalu, Sabah. Ada saja urusan yang harus dilaksanakan, harus di pikul dan itu semua adalah tanggungjawab Etuza selaku ketua keluarga. Tambahan lagi anak kami bekerja di sini di Kota Kinabalu buat masa ini. 

Teringat ketika di Hotel Tabung Haji, Etuza menyapa seorang kakitangan di Hotel tabung Haji, Kota Kinabalu. Cik Rashidah Rais namanya, memang berasal dari Keningau dan kini bekerja di Hotel tabung Haji. Katanya sudah tiga tahun bekerja di Hotel Tabung Haji, dia bekerja di bahagian servis makanan kepada pelanggan Hotel Tabung Haji. Cik Rashidah Rais memang peramah orangnya dan memberikan layanan kepada kami dengan bagus sekali.

Kami semua mulailah oder makanan untuk malam hari itu. Anak-anak Etuza oder lah mengikut selera mereka. Oder minuman sekali. Cik Rashidah kata makan cara buffet tidak ada malam ini. Jadinya kami kena oder makanan yang fresh panas dan lazat.  

Sedang melihat apakah menu makan malam ini di Hotel Tabung Haji

Selesai makan dan berpuas hati dengan makanan yang disediakan, dan layanan pun bagus, maka tibalah masa hendak bayar semua jumlah harga makanan kami seramai lima orang. Anak perempuan Etuza yang berkaca mata itu katanya biar dia bayarkan, belanja mama mak ayah dan adik-adik makan katanya. Datang lah Cik Rashidah yang tersenyum manis bertudung hitam tu.

Katanya "TAK APA SAYA BELANJA MAKAN MALAM INI, BUKAN SELALU DATANG KE SINI" " SAYA DAH AWAL-AWAL BAGITAHU DENGAN AYAH KAMU, NANTI MALAM JEMPUT MAKAN SAYA BELANJA" Katanya lagi. Ya Allah RezekiMu ya Allah, semoga Cik Rashidah Rais sentiasa dimurahkan rezeki dan ditemukan dengan jodoh dari kalangan lelaki yang baik, wanita yang baik itu pasti jodohnya lelaki yang baik-baik. InshaAllah.
" Kenapa tak bagitau awal-awal ada undangan makan ni, ada orang nak belanja, malu lah saya kan oder mahal tu" Inilah bebelan kedua-dua anak perempuan Etuza. Etuza sebenarnya bagi mereka kejutan kerana ada orang nak belanja makan. Mama dah lebih tahu kerana kami berdua telah di sapa oleh Cik Rashidah Rais agar terima pelawaannya untuk belanja kami makan malam hari itu. Kami datang dengan niat nak makan, dan tak mengapa kami bayarkan. Rupanya inilah REZEKI YANG TIDAK DISANGKAKAN. Alhamdulillah, terima kasih Cik Rashidah Rais.

Tunggu Juadah Sampai. Dah sampai terus pulun makan..
lupa lah pula ambil gambar juadah tu hehehehe..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

Hanya ucapan terima kasih yang mampu kami ucapkan pada Cik Rashida Rais

Alhamdulillah.Rezeki tidak pernah silap.Syukur.

wah..dah lama xmakn kat hotel..:)

rezeki tak pernah salah alamat.
rezeki anak-anak tu, etuza.
hotel plak tu. alhamdulillah :)
lom pernah aida stay di hotel TH lagi.
kat melaka lom ada.

Alhamdulillah, rezeki memang tak pernah silap pintu :)

Alhamdulllah rezeki anak anak :)

Alhamdulillah rezeki

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger