Hari-Hari Istimewa Ini

Hari-Hari Istimewa Ini

Hari-Hari Istimewa Ini
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Detik bahagia bagi ibubapa adalah ketika bersama disamping anak-anak tersayang. Boleh lah bertukar-tukar cerita tentang pengalaman hidup yang dilalui.  Etuza mengimbas kembali beberapa tarikh yang berturut-turut yang kami lalui, pergi dan berganti. 5 Jan anak sulung lelaki terbang ke Pahang untuk memulakan tugasnya. 9 Jan 2019 anak lelaki ketiga balik ke Sabah dari Terengganu. Cuti satu minggu semester 2. 10 Jan 2019 anak lelaki kedua balik dari Sarawak ke Sabah bercuti selama 2 minggu sahaja dan berada di rumah kini. 11 Jan 2019 pula anak perempuan kedua balik dari Kota Kinabalu bercuti tiga minggu. Berturut-turut agak sibuk pergi menjemput anak di airport. Sibuk rasanya dalam minggu ini hingga terasa lupa akan keperluan diri untuk meraikan HARI LAHIR hari ini.

Anak dari Sarawak selamat tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu kemarin.
Sempat ambil gambar dia dalam kereta ja.

Tepat jam 5.00 petang hari ini, Etuza selamat menjemput anak ketiga. Dan hari ini anak-anak Etuza dari asrama ada kepulangan dan riuh lah di rumah ini. Masing-masing bersalam dan mencium tangan Etuza sambil mereka mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR AYAH.Anak sulung perempuan juga hantar ucapan hari lahir dalam group whatsup.terasa amat di hargai, selain anak-anak ada juga kawan-kawan sekerja mengucapkan selamat hari lahir dan kawan-kawan blogger lain mengenali blog Etuza.

Sejak awal Jan 2019 hingga ke 11 Jan 2019, hari-hari awal tahun ini amat ISTIMEWA dalam hidup ini. Ini kerana anak-anak balik bercuti dan kebetulan hari ulang tahun kelahiran Etuza. Terima kasih mak ayah melahirkan Etuza di Dunia ini.  Rasanya lengkap hari lahir Etuza apabila anak balik dari Sarawak membeli KEK LAPIS SARAWAK yang amat sedap, tidak manis melampau dan rasa lembut sahaja di makan. Ada juga mama sediakan juadah yang lazat untuk kami makan malam bersama semeja dan menikmati makanan kudapan yang lain, di mana makanan itu di beli oleh anak-anak dari berbagai arah. dari Terengganu pastinya KOROPOK LEKOR DAN SOS YANG LAZAT. Dari Kota Kinabalu REMPEYEK DAUN BAYAM yang sedap. Tidak sempat ambil gambar kerana anak-anak dah makan dengan seleranya.

Selain makan makanan sedap, kek dan bagainya. Eutza dan anak lelaki terutamanya SOLAT JEMAAH  dan berdoa bersama-sama hari ini di hari lahir Etuza.  Pinta Etuza pada anak-anak DOAKAN KESIHATAN AYAH DAN MAK, DIMUDAHKAN URUSAN DAN DIBERI REZEKI, Hanya itu yang Etuza pinta serta mahu anak-anak pertingkatkan amalan-amalan yang baik demi mencari keredaan Allah di Dunia dan di Akhirat.

Kepada teman yang lahir setarikh dengan Etuza, di ucapkan SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA SENTIASA BAHAGIA DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN SEMENTARA INI.  Baiklah kepada anda yang meminati dunia artis, Etuza LINK kan blog atau laman Berita Online yang memaparkan hari lahir Penyanyi tersohor Dato' Siti Nurhaliza.

Kek Lapis Sarawak..pandai anak memilih yang memang lazat

Kek lapis yang sempurna dari segi rasa. Sangat sesuai..ada lah sedikit rasa gula,
kek padat tak melekit dan tak basah..menjadi hidangan di atas meja malam ini

Cantik kek lapis Sarawak

 Cup kek yang lazat ..lembut ja memakannya

Seri hidup mewangi dengan kehadiran permata ini..
Alhamdulillah ya Allah..

Dia ni cuma 2 minggu cuti, lepas tu balik lagi ke Sarawak

Ini abang  mereka..dah habis cuti, tak sempat berjumpa dengan adik2 dan kakak dia

Mama bersama dengan 4 anak-anak kami .
Gambar di Restoran PESONA RASA KOTA KINABALU, SABAH

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

mmg best kalau dapat berkumpul. selamat hari lahir 😊

Bestnya birthday disambut ramai-ramai. Happy birthday Cikgu Etuza. Semoga dipanjangkan umur, sihat, ceria dan murah rezeki selalu. Aamiin.

Tahniah
Selamat hari lahir cg Etuza.
Semoga sentiasa sihat dan kekal bahagia selamanya

Nampak menarik kek lapis Sarawak tu. Saya dah pernah cuba, memang sedap rasanya.

Mohon maaf banyak sangat ejaan salah..dah di baiki ya

happy belated birthday cikgu moga dalam rahmat Allah selalu

Jika kek lapis sarawak, saya syor beli jenama ASMA (kedainya di Kota Samarahan) , lebih sedap..

Anak pernah beli jenama lain, kurang sikit dari segi rasa.

Jika dia balik ke sini, biasanya saya minta belikan lebih, boleh agihkan kepada kawan2, selebihnya dihabiskan oleh anak bujang sendiri.. (dia bawa balik, dia yang habiskan... anak2...)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ceritaku (519) Agama (491) Ucapan (487) Berita (417) Dunia Blog (377) Doa (359) Promosi. (359) Info Lelaki (332) Tips Blog (288) Pengalaman (281) Anak (278) Pendidikan (264) Nasihat (240) Kasih sayang (234) Pelancongan (211) Berita Keningau (209) Rasa Bahagia (203) Hadiah (182) Alam Semulajadi (175) Gambar (154) Keluarga (135) Sejarah (132) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (108) kesihatan (90) Percutian (77) Tentang lelaki (76) Bunga (60) Isu Semasa (59) Cinta (58) Motivasi (57) Tumbuhan (56) Rumah tangga (55) Budaya (51) Resipi (49) Nilai Moral (47) Makanan (45) Masyarakat (42) Cari Makan (41) Sahabat Blog (38) Haiwan (36) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Sajak (31) Harijadi (30) Perkahwinan (30) Kucing (29) Sekolah (26) Sukan (26) Artis (23) Kata Madah (22) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (17) Iklan (14) Restoran (12) Tazkirah (12) Petua (10) Hari Jumaat (9) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Wordless Wednesday (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Kuiz (6) Masjid (6) Politik (6) Takziah (6) Anak Buah (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Hari Raya (4) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) BRIM (1) Cuaca (1) Teknologi (1) Tutorial (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger