Dulu Dan Sekarang Dalam Kapal Terbang

Dulu Dan Sekarang Dalam Kapal Terbang
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Pertama kali menaiki kapal terbang  dan masa itu dapat kapal terbang Mas ke Kuala Lumpur menghantar anak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2012. Bukan telah lama sangat, dalam lingkungan tujuh tahun yang lalu. 

Seingat Etuza masa itu naik kapal terbang pergi dan kembali ke Sabah bermakna dua kali naik Kapal Terbang dan dua kali lah beli tiket. Apabila terkenang masa dulu naik kapal terbang, terasa mewahnya ada, terasa kemajuannya ada, terasa hebatnya kapal terbang masa tu Kapal Terbang Mas, terasa tiada perlu di komen sangat perkhidmatan dalam kapal terbang ke udara. Kenapa Etuza menyatakan demikian, kerana masa sekarang ada beberapa kali naik Kapal terbang ke negeri Sarawak, Pahang dan di Terengganu serta ke Kuala Lumpur, apa yang menjadi pengalaman masa naik kapal terbang pada 2012 tidak wujud lagi di hadapan mata Etuza. Serius betul, memang tidak ada.

Dulu naik Kapal Terbang Mas, kita duduk dan depan kita ada punat TV boleh pasang dan tengok movie, boleh dengar berita TV, boleh tengok drama apa kita suka. Tidak ada larangan kecuali apabila dekat mendarat kena ikut arahan pramugari dan pramugara. Malah dalam TV depan kita duduk itu, di pasangkan ayat-ayat suci al quraan, rasa tenang mendengar dan menaiki kapal terbang ke udara kita amat berpuas hati. Selain itu makanan pun sedap, tak percaya lihat beberapa gambar kenangan Etuza pertama kali naik Kapal Terbang pada tahun 2012.

Baiklah, cerita pula naik kapal terbang masa sekarang, TIDAK ada TV depan mata semasa kita duduk di tempat duduk mana-mana kapal terbang seperti MAS dan Airasia. Telah di buka perkhidmatan tersebut. Pilihan makanan pun pastilah terhad. Inilah dia sedikit perubahan yang Etuza nampak dalam perkhidmatan penerbangan Kapal Terbang, Etuza berfikir semua diubah mungkin faktor keselamatan dan kurang lah tekanan terhadap lkapal terbang.

Pandangan dari udara ke bawah..nampak berkabus 
apabila di udara..

tengok ada tiga jenis makanan. minuman pun fresh oren ada kek juga...

Etuza abadikan kenangan semasa kali pertama naik kapal terbang.
Berdebar - debar masa itu..
Ha ini lah TV depan tempat kita duduk, semua penumpang
 ada satu TV depan mata.Tapi sekarang sudah tidak  ada..
Agaknya faktor keselamatan maka di buka TV tersebut
pada kapal terbang Mas dan Airasia, memang tidak ada TV tersebut.



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Rupa2nya dulu lebih canggih.. 🤗

    BalasPadam
  2. Betul tu.. sekarang dah tiada tv, mungkin juga ada sbb2 yg terkait dgn faktor keselamatan juga kan

    BalasPadam
  3. Aircraft ni sangat sensitif jadi kena tambah baik selalu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.