Prrag!!! Dia Yang Langgar

Prrag!!! Dia Yang Langgar

Prrag!!! Dia Yang Langgar 
Asalamualaikum & salam Sejahtera semua.

Masih ada lagi gambar-gambar memori ini di folder rupanya. Nampak sahaja teringatlah satu kejadian yang menggerikan. Alamak menggerikan ke ?. Tak apa mari sini ramai-ramai dengar cerita, atau paling senang anda baca lah infor hal ini di blog Etuza ya.

Awal pagi sebagai cikgu kenalah kejar masa awal pagi sebelum 6.30 pagi kena tercegat dah depan pagar sekolah, sambut murid dan guru katakan ya, ha nak terap kan budaya penyayang katanyalah. Itu sebabnya kena awal ke sekolah. Dalam syok memandu dan kelajuan pun dalam tekanan 40 atau 50 ja angkanya, sebab lalu perkampungan tak boleh lah laju. 

Tiba-tiba PRAGG!!! hempas benda depan cermin depan mata, apa tu segera Etuza berhenti bahu jalan dan tengok cepat-cepat. Alamak burung URUAK  ( Bahasa Dusun ) atau burung panjang kaki paruh tajam panjang woi!!! mati lah burung tu. Etuza segara ambil dan belek mana luka ke berdarah, tak ada pun berdarah. Tiba-tiba burung tu bergerak macam nak terbang terkejut di pegang. Rupa-rupanya dia pengsan lah. Etuza patah balik dan letak dalam sangkar besi tu. Elok ja dia. 

Ha ini lah burung URUAK yang langgar kereta Etuza. Dia yang langgar tau!

 Dia yang langgar kereta Etuza, tak ada mata ke?. Baik lah ringkaskan cerita. Lepas balik dari sekolah Etuza segera lah bagi suspen kat anak-anak. Punyalah happy tiga orang tu, dalam lingkungan 6 tahun, 8 tahun dan 10 tahun mereka. Si bongsu 6 tahun lah masa tu. Mereka belai dan pegang bulu, paruh ja mereka takut nak pegang. Banyaknya tanya tak henti-henti. Nak pelihara lah dan sayang lah bagai.

Tapi apakan daya, burung ni Allah cipta, dia hidupan yang bernyawa. Tak larat lah nak jaga dan bagi makan, elok lah kita lepaskan bebas dia cari makan sendiri. kan bagus tu..kita pun tak susah begitulah. Etuza pun bagi lah anak-anak pengetahuan bagitau yang sebenar. Mereka faham dan mengerti.

Haiwan ni burung ni ada nyawa, dia hidup nak bebas macam kita. Kita tinggal dalam sangkar besi mati kita kata Etuza. Biarlah dia kita lepaskan agar dia bebas terbang dan mencari makan sendiri. Akhirnya anak 3 orang pun rela lepaskan burung tu. Apapun sebelum Etuza lepaskan burung ini, Etuza sempat nak minta maaf dengan burung tu, mohon doakan kami dan doakan kejayaan anak-anak kami. Carilah makan dan minum untuk kamu hidup dan membiaklah, dalam masa itu doakanlah kami ya wahai burung. Berakhirlah cerita si burung uruak,

Tengok happy kan anak Etuza 3 orang masa tu masih kanak-kanak.
Manja bukan main

Etuza ingat lagi masa lepaskan burung uruak di belakang rumah, burung tu tak terbang terus, tetapi dia perlahan-lahan melangkah dan memanjang kan leher tengok kami sambil bergerak perlahan menyelinap dalam rumput-rumput panjang. Lesap lah dia entah ke mana. Ya Allah itulah nikmat kami memegang burung yang Allah cipta itu. Semoga ada rahmatMu dan ampunilah kami ya Allah.

Di kurung dalam lingkunagn 6 jam..lepas tu di bebaskan.
Sebab bersalah langgar kereta Etuza. Dia pula pengsan.

Cantiknya burung URUAK ni..timbul juga rasa sayang pada dia.
Apakan daya dilepaskan juga.Kesalahannya telah Etuza ampuni.
Bebas lah engkau ya URUAK.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

9 ulasan

Memori yang segar dalam ingatan..adakah burung tu faham doa ku padanya dan dia dengarkah Etuza minta dia doakan keluarga Etuza. Wllahualam kita serahkan pada Allah

Tersentuh di hati membacanya. Tak dapat berkata-kata...

Terima kasih JM..entah masih hidupkah burung ni..dia jantan ke betina kah adii Etuza tak tahu hehehe..ialah cerita lama JM..terkenang sejurus nampak gambar di folder komputer

Syukurlah masih bernyawa dan selamat.. mmg betul cikgu Etuza, dilepaskan bebas lebih baik dan sbg makhluk Allah, ia juga pasti mendoakan kebaikan utk cikgu Etuza, in shaa Allah.

I’m impressed, I have to say. Actually rarely do I encounter a blog that’s both educative and entertaining, and let me inform you, you might have hit the nail on the head. Your thought is excellent; the problem is one thing that not sufficient persons are talking intelligently about. I am very completely satisfied that I stumbled throughout this in my search for something relating to this. bovada casino

JM @ JH?

cikgu rindukan JM ya. 🤗🤗

Kesiankan jk mati..

Betul tu cikgu kekadang burung ni kita tak langgar dia tapi dia langgar kita dan dia cedera

Kat sini panggil burung wak-wak.
Goreng pun sedap tu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (543) Ucapan (492) Berita (423) Doa (387) Dunia Blog (385) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (302) Anak (293) Tips Blog (291) Pendidikan (279) Nasihat (247) Pelancongan (245) Kasih sayang (241) Berita Keningau (219) Alam Semulajadi (209) Rasa Bahagia (204) Hadiah (186) Gambar (169) Keluarga (149) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (99) Percutian (88) Bunga (79) Tentang lelaki (77) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Tumbuhan (57) Rumah tangga (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (51) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Haiwan (39) Sahabat Blog (39) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Sekolah (31) Kucing (30) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (18) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Elken (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Banjir (3) Buah (3) Pertunangan (3) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) Adsen (1) BRIM (1) Bunga Kertas (1) GIVEAWAY (1) Hotel (1) Laman (1) Laporan (1) Promosi (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger