Program Keceriaan Bulan Kebangsaan, Final 2018

Program Keceriaan Bulan Kebangsaan, Final 2018

Program Keceriaan Bulan Kebangsaan, Final 2018

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebelum maghrib hendak terbitkan satu artikal yang berkaitan dengan suasana pemerhatian atau penyeliaan kedua kali dari Jabatan Penerangan Negeri Sabah di sekolah Etuza yang telah menyahut cabaran sebagai sebuah sekolah rendah yang menyertai Pertandingan Keceriaan kawasan sekolah sempena Bulan Kebangsaan /  Bulan Merdeka tahun 2018.

Guru Besar baru En. Zulkifle Supar dan semua warga guru sepakat meletakkan Etuza sebagai Ketua Penyelaras Program ini bermula dari 06 Ogos hingga 27 Sept 2018. Hasilnya hari ini 27 Sept Pegawai dari Jabatan Penerangan Sabah dan  dua orang Pegawai di Jabatan Penerangan Daerah Keningau datang memantau keceriaan Bulan Kebangsaan di sekolah Etuza yang bertemakan kibaran jalur gemilang dan bendera lain serta menggunakan bahan terbuang.

Pengisian sepanjang Program Bulan Kebangsaan memang banyak sekali, semua mensasarkan komuniti pelajar seramai 245, warga guru dan komuniti PIBG ibubapa. Meriah nya sangat terasa, semangat kebangsaan cintakan tanah air amat terasa apabila ramai pelajar dan warga sekolah memakai berbagai pakaian etnik masing-masing selain memakai pakaian busana kemerdekaan bertemakan warna-warna Jalur Gemilang. Syabas dan tahniah kepada sekolah Etuza yang kini boleh lah berehat dan tidur lena bermula hari ini apabila pemeriksaan Keceriaan Bulan Kebangsaan sekolah telah berjaya diadakan apabila seramai 9 orang ahli penilai datang memberikan markah. Terima kasih Jabatan Penerangan Sabah dan Jabatan Penerangan cawangan Keningau. Mari lihat gambar kenangan kami.Ada rezeki menang lah sekolah Etuza, jika tidak pun sangat berpuas hati kerana berjaya menyertainya.

Bergambar dekat Pokok Merdeka  

Bergambar bersama Pegawai Dari Jabatan Penerangan Sabah dan Keningau

Etuza sedang memberikan maklumat yang diperlukan oleh penal / hakim

Mercu tanda KLCC dan Bangunan Yayasan Sabah

Pegawai Penerangan Sabah ( ketua ) tersenyum meninggalkan \sekolah Etuza

Sedikit cenderahati, catatan nama pelawat dan minuman cup ..simple tapi ikhlas 
dari kami warga sekolah

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

MERIAH SEKALI MERAIKAN BULAN KEMERDEKAAN

Terima kasih WP dan Kak Paridah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Label

Ceritaku (549) Agama (542) Ucapan (491) Berita (423) Doa (386) Dunia Blog (383) Promosi. (363) Info Lelaki (345) Pengalaman (301) Anak (292) Tips Blog (291) Pendidikan (278) Nasihat (247) Pelancongan (244) Kasih sayang (241) Berita Keningau (217) Alam Semulajadi (205) Rasa Bahagia (204) Hadiah (184) Gambar (169) Keluarga (148) Sejarah (142) Ekonomi (129) Segmen (124) Blog (114) kesihatan (98) Percutian (88) Tentang lelaki (77) Bunga (75) Cinta (60) Isu Semasa (60) Motivasi (60) Rumah tangga (56) Tumbuhan (56) Budaya (54) Makanan (52) Resipi (50) Nilai Moral (48) Cari Makan (42) Masyarakat (42) Sahabat Blog (39) Haiwan (38) Herba (33) Award (32) Promosi Nuffnang (32) Harijadi (31) Perkahwinan (31) Sajak (31) Kucing (30) Sekolah (29) Sukan (27) Kata Madah (25) Artis (24) Tips (21) Rasullah SAW (20) Seni (20) Lanskap (19) Restoran (17) Iklan (16) Majlis Kahwin (13) Tazkirah (13) Hari Jumaat (11) Masjid (10) Petua (10) Wordless Wednesday (10) Kalender (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Anak Buah (7) Elken (7) Grafik (7) Pantun Melayu (7) Politik (7) Kuiz (6) Peristiwa (6) Takziah (6) Hari Raya (5) Ikan (5) Jantung (5) Kereta (5) Universiti (5) Buah (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Cuaca (2) Rumahtangga (2) Tahun Baru (2) Tutorial (2) Umrah (2) BRIM (1) Bunga Kertas (1) Hotel (1) Laman (1) Seo (1) Teknologi (1) a (1) hARI mALAYSIA (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger