Masjid Di Bandar Raya Kuching, Sarawak

Masjid Di Bandarraya Kuching, Sarawak

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam sejahtera semua,semoga sihat dan ceria. Setakat 3 hari berada di Kuching Sarawak dan berada di UNIMAS area Samarahan Sarawak, tiada apa yang hendak kita ceritakan. Tempat-tempat menarik tidaklah banyak sangat kita lawati, padahal sangat teruja hendak melihat suasana tempat lain di Sarawak, apakan daya masa begitu cemburu untuk kami segera balik ke Sabah, apatah lagi dikhabarkan bapa mentua Etuza kurang sihat. Segera kami balik ke Sabah pada petang Sabtu lalu.

Apapun ada dapatan Etuza pada dua masjid di Bandaraya Kucing Sarawak. Masjid pertama ialah Masjid Bahagia. Memang sangat bahagia Etuza dapat berpeluang sujud di masjid ini iaitu dalam jemaah Solat Jumaat pada 21 Sept 2018. Alhamdulillah niat Etuza Allah kabulkan. Ada kelainan pada Masjid Bahagia Kuching, Sarawak, bentuknya unik dan besar, luas dan begitu ramai jemaah masyarakat Islam datang berjemaah di masjid ini. Subahanallah. 

 Ini gambar Masjid Bahagia Kucing Sarawak. Di sini lah Etuza solat Jumaat pada 21 Sept 2018

Masjid kedua yang Etuza jumpa ialah Masjid India  ( mohon betulkan ya, khasnya orang Kuching Sarawak ) apakah betul apa yang Etuza dapat infor tentang masjid tepi tasik warna putih yang sangat cantik. Masjid ini kelihatan belum berapa siap sangat. Boleh nampak ada bahagian belum di cat. Tetapi rasanya ramai yang datang berjemaah dalam masjid ini, cuma belum sepenuhnya digunakan.

Cantik Masjid India  ini, satu daya tarikan di Kuching Sarawak. Di kawasan sebelum masjid ini, Etuza perhatikan ramai peniaga India berniaga rempah ratus. Ada berbagai rempah ratus, kari yang berbagai yang Etuza lihat. InshaAllah akan Etuza abadikan nanti dalam blog ini di paparan akan datang. Semoga suatu masa Etuza dan anak-anak lain akan dapat berkunjung lagi ke Bumi Sarawak dan pastinya niat hendak melawat anakanda tersayang di UNIMAS, Sarawak.

Masjid India  yang sedang di siapkan ..cantik kan nampak bercahaya
warna putih..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Cantik Bandar Kuching tau bersih..penduduknya ramah tamah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah
    Syiar Islam terus berkembang di Sarawak

    BalasPadam
  3. Semasa di Kuching, cikgu sewa kereta k?

    Sayapun dah lama tak ke Kuching, nak tunggu cuti sekolah, anak pula balik bercuti..

    Hari2 biasa, Alya pula bersekolah..

    BalasPadam
  4. Umi kami oder grab ja...tak juga jauh jika tak jem ya

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..WP betul..inshaAllah akan datang lagi nanti

    BalasPadam
  6. Masjid India kot nama dia... sebab kat sana ade jalan india street biasa local panggil nama tu..nampak sangat dah lama x balik Kuching..hehehe

    BalasPadam
  7. cantiknya masjid putih tu. tenang dan bersih ja bila tengok :)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.