Di Puncak Bukit Matanoi Apin-Apin Keningau ( 16 Sept 2018 ) Siri 3
Nampak ke Wlcome To Matanoi Hill?. Ha di sinilah puncak Bukit Matanoi. Tidak lah jauh sangat dari pintu utama atau dari pusat pendaftaran masuk. Tempat ini ada dua pintu masuk bertanda Gate A atau Gate B. Biasa Gate B adalah arah keluar pada Bukit Matanoi ini. Melalui Gate B terus sahaja ke dataran permulaan tempat parking dan di tempat gerai-gerai jualan makanan ringan. Boleh tahan tempat ini tidak henti-henti pengunjung hendak menawan Bukit Matanoi.
Sempat Etuza bertanya pada seorang pendaki. dari mana , katanya dari Kampung Nuntunan Apin-Apin. Wah! orang Apin-Apin tu. Berapa kali kamu naik Bukit Matanoi?. Jawabnya baru kali ini pertama kali. Tengok tu, orang Kampung Apin-Apin sendiri belum semua naik Bukit Matanoi. Justru orang luar yang lagi jauh seperti Etuza datang lah ke Bukit Matanoi. Gerenti keluar peluh itu hasrat kita menguji stamina dan merasa sihat setelah keluar peluh dari badan.
Baca lah tanda kuning tu ya..hehehe..
Rekreasi pertama yang dijumpai di puncak Matanoi.
Pentas dari buluh atau bambu. Ada tangga boleh santai di atas.
Seronoknya sampai di puncak..melompat tinggi yang mampu.
Alamak kena lagi..ok lah tu..
Tidak sah jika tak abadikan kenangan di belakang banner ini.
IM HERE GAISS katanya..
Sebenarnya ada niat Etuza naik Bukit Matanoi:-
* Antaranya hendak melihat keindahan ciptaan Allah di puncak Matanoi.
* Ingin berseronok dengan aktiviti lasak yang menguji stamina dan keluar peluh.
* Ingin melihat sendiri depan mata Bukit Matanoi yang ratusan orang di Face Book telah memuatkan gambar kenangan mereka di puncak Matanoi.
* Hendak tahu jauhkan Bukit Matanoi? atau tinggi kah sangat Bukit Matanoi.
* Mahu menimba pengalaman mendaki bukit rekreasi yang di usahakan oleh orang Keningau sendiri.
* Memberi sokongan kepada pengusaha tempat pelancongan yang indah di Keningau.
* Supaya ada pengisian di laman blog kesayangan Etuza.
* Mengharap agar Allah melimpahkan kesihatan dan rezeki apabila kita saling bersedekah.
* Menambahkan kenalan sesama masyarakat di keningau atau di daerah lain.
* Menghilangkan rasa stress kerja seharian.
* Mengeratkan kasih sayang dalam keluarga sendiri.
* Menghilangkan rasa stress kerja seharian.
* Mengeratkan kasih sayang dalam keluarga sendiri.
Kepada yang berminat datanglah ke Keningau, kerana sekarang ini adalah Tahun Melawat Keningau. Di Keningau kami ada Bukit Matanoi untuk di daki. Datang lah ..Jumpa lagi di lain artikal.
rama-rama ..ada uda dan dara..hehehe..
Cinta dan kasih sayang orang berusia..hehehe..boleh lah untuk kenangan kami.
6 Ulasan
Suka tengok cikgu dan mama, serasi bersama. .
BalasPadamWAH UDA N DARA DI PUNCAK BUKIT MATANOI ROMANTIS BERSAMA ALAM INDAH
BalasPadamAssalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
BalasPadamPerkongsian yang menarik. Minat yang sama. Saya juga suka masuk hutan, panjat gunung, menyusuri denai-denai hijau dan alur jernih. Justeru, sekurangnya sebulan sekali saya pasti akan mencari semua itu. Cuma kebelakangan ini semakin sibuk dengan misi-misi kemanusiaan...
aww. suwitnya gamabr last tu. semoga bebahagia selalu
BalasPadamTengok gambar cikgu, terasa teringin nak mendaki semula
BalasPadamterima kasih komen dan sokongan semua blogger tersayang ya
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.