Zahirkan Rasa Syukur Kepada Negara Malaysia

Zahirkan Rasa Syukur Kepada Negara Malaysia
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.

31 hb Ogos 2018, tarikh karamat di mana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pada 16 Sept 1963 Sabah dan Sarawak telah menyertai dalam Malaysia, maka lengkaplah 14 buah negeri di dalam Malaysia. Seperti kebiasaannya bulan Ogos hingga ke 16 Sept program besar yang berlangsung ialah Bulan Kebangsaan  yang lebih memihak kepada semua negeri-negeri di Malaysia dan mengambil kira semua etnik suku kaum di Malaysia yang berbagai kaum. Bulan Kebangsaan rasanya lebih sesuai kerana memihak kepada semua bangsa dalam negara Malaysia.

Sepatutnya kita rakyat Malaysia perlu menzahirkan rasa bangga atau rasa syukur kerana kita pada hari ini hidup aman dan harmoni dalam negara Malaysia. Bersyukur dan berbangga merujuk kepada perasaan amat berterima kasih kepada Allah kerana Malaysia diberi kebebasan memerintah dan pemerintah adalah dari kalangan rakyat yang kita pilih menerusi pilihanraya Demokrasi. 

Di tempat Etuza sebaik menjelang bulan Ogos, bermulalah penzahiran yang merujuk bangga dan bersyukur hidup dalam keadaan merdeka, iaitu telah melaksanakan pengibaran bendera, mengadakan pelbagai pertandingan, mewujudkan galery Bulan Kebangsaan, membuat buku skraf dan bakal mencipta model KLCC dan model Yayasan Sabah salah satu bangunan kebanggaan di Sabah khasnya. Selaras dengan tema Bulan Kebangsaan tahun 2018 iaitu SAYANG MALAYSIAKU kini sekolah Etuza kelihatan meriah dengan kibaran bendara dan keceriaan lain semata-mata sebagai penzahiran rasa bangga dan bersyukur menikmati kemerdekaan yang dicapai oleh pemimpin masa lalu.

 Beberapa murid mengibarkan Jalur Gemilang di ruangan 
Pameran Bulan Kebangsaan.

Ceria hari ini 31 hb Ogos 2018. Salam Kemerdekaan yang berkekalan

 Nilai dari usaha menyambut Bulan Merdeka atau Bulan Kebangsaan setiap tahun ialah:-

1. Kita dapat mengenang jasa pemimpin dan mengingati Sejarah kemerdekaan.
2. Melahirkan generasi baru yang sentiasa bersyukur dan bangga hidup dalam Negara Malaysia.
3. Mewjudkan rasa gembira dan sayang terhadap negara.
4. Memberi kesederan agar rakyat harus menjaga keharmonian bermasyarakat, dengan saling menghormati antara satu sama lain.
5. Saling menghargai budaya pelbagai etnik.
6. Bersatu dalam mempertahankan keamanann dan kemerdekaan yang di nikmati hinga bila-bila.

Warga sekolah terdiri daripada guru dan ibubapa juga turut
memberi kerjasama memasang bendera di sekitar sekolah..


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Salam Merdeka Cikgu, Alhamdulillah sudah 61 tahun negara kita merdeka...

    BalasPadam
  2. Sayangi Malaysiaku
    Sekolah memainkan peranan penting untuk menerapkan penghayatan kemerdekaan kepada anak2.

    BalasPadam
  3. kita masih dalam mood merdeka,kan cikgu..
    terimakasih kerana sudi berkunjung ke blog saya

    BalasPadam
  4. Setuju sekali dengan WP..terima kasih ya

    BalasPadam
  5. Salam kemerdekaan buat cikgu Etuza.. semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur.. aamiin.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.