Trend Menoreh Getah Masa Kini

Trend Menoreh Getah Masa Kini
Asalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua

Ini cerita sebenar kehidupan Etuza pada hari kemarin 12 Nov 2017. Alhamdulillah selesai urusan solat subuh hari ini bersama anak lelaki ke -3. Keadaan di luar hujan menderu saat ini, rasa mood sedap sahaja online melihat paparan dan aksi-aksi cerita teman-teman blogger. Dan semalam amat getir kerana bagaikan Etuza amat payah membelah angkasa disebabkan line sungguh bergerak perlahan. Keputusannya Etuza mengalah, off komputer seketika. Elok sekali awal beradu semalam.

Inilah kebun getah warisan. Pokok getah baru setelah pokok getah tua 
ditumbangkan. Sudah masuk 3 tahun getah baru di toreh.

Kebun getah  sebenarnya merupakan kehidupan Etuza semasa meniti di alam remaja. Sejak berumur tujuh tahun Etuza sering di bawa oleh ayah dan ibu ke kebun getah. Etuza di ajar bertani, menanam padi, menebas rumput di bukit dan di ajar menoreh getah seawal 9 tahun.  Etuza di ajar tentang bahasa alam, Etuza berkata begitu kerana kebun getah ayah amat jauh melalui perjalanan dan seolah-olah masuk hutan belantara. Sebahagian daripada tahah kebun getah ayah masih hutan tebal masa itu. Etuza faham begitu getir kehidupan kami di masa lalu.

Ayah seorang yang amat tegas, walaupun ayah tidak memiliki pendidikan tinggi, hanya setakat boleh membaca, ayah mempertaruhkan semangat tinggi untuk menyekolahkan kami 8 adik beradik agar berjaya di dalam bidang pelajaran. Etuza ingat ayah dan ibu sanggup menjual semua hasil padi buat menyekolah kan kami dan memberi kewangan kepada kakak sulung Etuza yang masa itu di tawarkan Kursus Jururawat di Kolej Kesihatan Bersekutu Sandakan, Sabah. Asal sahaja cuaca cerah ayah dan ibu ke kebun getah menoreh getah. Produk  atau hasil getah yang sangat terkenal masa itu dan hingga kini ialah kepingan getah.

Baru sahaja di toreh, pokok getah ini agak banyak menghasilkan susu getah
boleh lah  menjadi kentalan getah 

Zaman sekarang sudah lain, pergi menoreh getah dalam beberapa minit atau beberapa jam sudah balik rumah. Ini disebabkan penoreh telah ada pilihan yang lagi mudah untuk menoreh. Mereka menoreh getah tanpa memungut susu getah untuk dijadikan kepingan getah. Cara buat kepingan getah juga bukan lagi memakai mesin giling kepingan getah. Hanya tuang ke ruangan tanah beralas papan segi empat  memanjang dan diperap beberapa minit, maka akan jadilah satu kepingan getah.

Selain itu ada penoreh getah hanya toreh sejumlah pokok getah selesai toreh mereka bergegas balik rumah. Susu getah diperap dalam mangkuk susu getah itu untuk dijadikan kentalan, Dengan itu hanya menjual kentalan getah sahaja. harga rendah kentalan mereka tidak kisah. Pada hal harga kepingan  agak tinggi dari harga kentalan. Budaya membuat kentalan ini lah yang anak-anak lelaki Etuza ikut. Hai manalah harganya...berapa sangat lah harga kentalan.

Cara ibubapa Etuza masa dahulu WAJIB susu getah diproses jadi kepingan getah. Masa balik lebih kurang paling awal jam 12 tengahari dan paling lama jam 3 petang mengikut masa perapan susu getah sesuai untuk di giling menjadi kepingan getah yang tipis. Kerja Etuza memusingkan gilingan getah, hari-hari giling getah kepingan getah, bukan Etuza dibuli tetapi Etuza sukarela menggiling sendiri kerana rasa seronok nampak kepingan getah baru yang wangi diproses menjadi kepingan getah yang banyak.

Bagaimana pun Etuza masih bangga dengan dua anak lelaki Etuza kerana mahu diajar menoreh getah di musim cuti sekolah. Cuma Etuza agak tidak puas hati apabila begitu cepat mereka balik di rumah. Buat  kentalan sahaja, begitulah cerita abang sulung anak lelaki Etuza. Terserahlah buat kentalan atau kepingan janji mereka ada pengisian masa cuti ini.  Alhamdulillah boleh lah dijual kentalan mereka buat belanja sendiri nanti.

Etuza ambil kesempatan bersihkan kawasan terbiar yang tidak di tanam pokok getah.
Nampaklah pokok lengkuas dan pokok kantan yang sudah bertahun Etuza bela.
Anak pokok nangka dan pokok cempedak serta anak-anak pokok lada padi.
Pokok limau kasturi dan pokok limau purut. Suka mama melihat bila sudah bersih.

Kawasan ini kami spry racun rumput. Seminggu baru nampak rumput mulai kering.
Katanya nak di tanam anak pokok lada dan jaguing manis. Entah sempat membesar
masa cuti ini atau tidak. Jika sudah ada tanaman Etuza update ke blog. InshaAllah


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tak sangka ya di Sabah masih ada getah. Kecil2 dulu kampung saya di Johor banyak pokok getah, sempat juga merasa pengalaman yang cikgu Etuza sebut tu. Tapi sayang semua dah tiada sekarang

    BalasPadam
  2. Akak juga anak penoreh getah masa budak2 dulu tapi anak2 akak kebun getah pun tak pernah masuk apatah lagi cuba menoreh.

    BalasPadam
  3. Masa saya kecil dulu, pernah juga arwah mak ayah menoreh tapi kepunyaan orang lain.

    Selepas itu barulah balik ke kampung halaman, ayah bertani manakala mak berniaga kecil2an hingga ke akhir hayat mereka.

    Jasa mereka tidak terbalas..

    BalasPadam
  4. Pernah kerja menoreh getah... kenangan terbaik

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.