Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik

Asalamualaikum Semua. Apa Khabar hari ini?

Inilah gambar buah betik dan biji betik.
Masak sebiji di pokok betik, makan bersama anak-anak

Entri kesihatan hari ini, awal pagi membela angkasa raya. Semoga hari ini anda semua dalam keadaan sihat sejahtera setelah menunaikan ibadah solat wajib subuh seawal pagi subuh.

Ya betik buah betik semua orang tahu, paling pelik betik ini ialah begitu mudah tumbuh di mana-mana dia suka. Ada masa di kawasan semak rumput dah lah panjang tiba-tiba kalibat anak pokok betik cantik tumbuh dan batangnya dicelahan semak sekitar rumah. Di tempat tinggal Etuza sekeliling rumah ada betik. Depan parking kereta juga ada sepokok. Tapi Etuza tebang hari itu kerana pokok betik itu dikatakan pokok betik jantan tidak berbuah berbunga saja banyak.

Tepi pagar ada tiga pokok, belakang rumah ada dua pokok.  Dan yang tumbuh masih benih lagi lah banyak. Ha ini lah keanehan pokok betik, boleh tumbuh tanpa kita tanam dan kita pelihara. Ini disebabkan biji betik yang banyak apabila kita buang merata pasti akan tumbuh tanpa kita sedari.

Khasiat Makan Buah Betik Masak.
Menurut Etuza ada banyak kebaikannya, selain boleh dibuat sayur. Ha anda ambil buah betik muda hiris halus masak tumis dengan ikan sardin, garingkan sedikit hingga keluar aroma wah! lazatnya hingga berselera makan. ( Tanpa sardin pun sedap lah juga betik masak tumis )

Kedua boleh di buat perasa rojak kampung, ambil betik muda tambahkan dengan mee halus kuah kacang tanah ha jadilah rojak kampung. Sedap mama selalu buat untuk dijual ( kekadang saja )

Ketiga, makan buah betik percepatkan pencernaan makanan dalam perut kita, kesannya kita lawas apabila kita hendak membuang air besar. Ringan badan kerana kotoran nyahtinja dibuang dalam usus. Hebatkan makan buah betik.

Keempat, dapat menghaluskan kulit apabila kita makan betik. Kulit lebih lembap dan bersih. Kepada anda semua jangan pandang ringan pada buah betik, buah ini di kampung tanpa guna duit untuk beli, ada banyak tumbuh di mana-mana. Kita manfaatkan dengan memakan buah betik masak. Cuma nak pesan janganlah setiap hari makan buah betik. Makan sekali seminggu sudah memadai. Atau ada selera makan betik beli lah betik dan makan. Hari-hari lain makan buah lain pula. Sekarang musim buah rambutan, makan lah buah rambutan. Sokong buah di negara kita makanlah buah-buahan tempatan.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Berkobar2 nak balik duduk di kampung bila baca entri cikgu.

    Kat sini cuma kawasan taman perumahan, tiada ruang untuk bercucuk tanam..

    BalasPadam
  2. Jeruk betik sedap juga Mr Etuza. Hihi. :D

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.