Keunikan Bunga Kertas Antaranya Terrletak Pada Batang & Akarnya
Salam Sejahtera
Etuza seperti yang diketahui oleh pembaca merupakan seorang insan yang amat menggemari keindahan alam semulajadi. Justeru itu pasti suka kan tanaman seperti herba dan bunga-bungaan. Antara yang digemari di tanam adalah bunga kertas yang menarik dengan kelopak bunganya yang berbagai corak dan cantik sekali. Selain tahan lasak dengan sinaran matahari. Semakin di sinari matahari di musim kemarau semakin terserlah kecantikan bunga kertas di laman setiap penanam bunga ini. Sebab itu bunga jenis kayu berduri ini sangat digilai masa sejak dahulu hingga kini.
Tahukah anda di luar sana bahawa antara keunikan pada bunga kertas ini terletak pada batangnya serta akarnya. Dalam beberapa gambar yang Etuza tampilkan kita dapat jelas melihat keadaan batang bunga kertas ini. Sangat unik kejadiannya. Batang yang berduri apabila batang membesar seperti melingkar membonjol dan memanjang tirus duri-duri yang tajam ketika awal muda batang itu akan hilang, dan apa yang kita lihat ialah kulit semakin tebal dan bercorak. Ada banyak kali Etuza saksikan batang bunga kertas yang di tanam oleh orang lain begitu menarik dengan keadaan batang dan akar bunga ini mengikut saiz pasu dan cara tanaman si penanamnya.
Sekian lama menanam bunga ini tetapi Etuza kurang pengalaman dari segi cara penjagaan dan pelbagaikan teknik tanaman agar ranting-ranting bunga ini dapat dimanfaatkan. Mungkin kerana suatu masa dahulu banyak kometmen yang diurus maka Etuza ketiadaan masa membuat perhatian serius terhadap bunga kertas ini. Di laman Etuza kini berbagai saiz batang kertas. Baru Etuza perasan tentang teknik tanaman bunga kertas cara BONSAI. Hanya menggunakan batang kertas yang besar dan renekkan. Menariknya bunga kertas ini sangat cantik di tanam di pasu yang memang khas untuk Bonsai.
InshaAllah Etuza akan cuba tampilkan imej bunga kertas Bonsai pula di lain catatan. Kepada penggemar blog Etuza hari ini cuba perhatikan batang bunga kertas di laman Etuza. Memang unikkan, dan ini baru di laman Etuza. Tempat kawan-kawan lain serta di tempat anda sendiri cuba perhatikan batang bunga kertas anda. Pasti tertarik dan kagum dengan ciptaanNya. Begitulah sahaja serba ringkas perkongsian Etuza tentang keunikan bunga kertas antaranya terletak pada batang dan akarnya.
8 Ulasan
Bunga kertas memang cantik. Etuza boleh geng dengan Warisan Petani ni. Byk info WP cerita dekat blog dia.
BalasPadamLumayan bunga kertas ni kalau buat bisnes kan cikgu etuza.
BalasPadamCg boleh cuba teknik mencantum pelbagai jenis pokok bunga kertas pada satu pokok induk. mmang menarik kalau jadi.
BalasPadambdy : 'Selamat Hari Guru' untuk cg.
Ada belajar..alhamdulillah ada yang dah jadi WP..terima kasih
PadamBUNGA KERTAS CIKGU DH BOLEH DIJADIKAN BONSAI TU
BalasPadamrajin cikgu etuza menanam pokok...
BalasPadamBunga kertas ni bila berbunga mmg cantik tapi bila dah gugur tu kena rajin menyapulah nampaknya kan cikgu
BalasPadamBoleh buka kedai bunga daa ni..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.