Tarian Magunatif Tajau Tidak Pecah

Tarian Magunatif Tajau Tidak Pecah


 Asalamualaikum wbt.

Letihnya menunggu upload imej ke dalam ruang catatan utama blog. Hampir putus asa akibat line yang terlalu perlahan.Nampak sudah dua tiga empat imej selesai sementara loading yang lain maka ditunggu juga akhirnya termeterai catatan bertemakan Seni Budaya Sabah, iaitu Tarian Magunatif yang selalunya dipersembahkan di pentas.

Uniknya Tarian Seni Budaya Etnik Suku Kaum Murut Sabah ini ialah apabila melihat pakaian lelaki bagaikan pahlawan dengan memegang pedang dan alat penempis senjata dari musuh. Ada penari lelaki yang kelihatan memakai selendang merah di ikat rapi maka mesti ada penari wanita yang kelihatan banyak manik-manik berwarna warni pada pakaian sulam hitam. Itulah identiti pakaian kebudayaan Etnik Murut Sabah.

Persembahan ini disajikan di hadapan penonton yang terdiri dari pelajar SMK Keningau 2 sempena Majlis Perasmian Program Membaca suatu masa yang lalu.Sajian Tarian Magunatip memukau seketika, apabila penari wanita naik di atas tapak tajau ( sejenis alat takungan air digunakan menyimpan atau memerap sejenis minuman suku kaum masyarakat Sabah ) sambil menari dengan lenggok ikut rentak muzik. Kagum dengan kekuatan tajau tersebut yang tidak pecah.Cuba lihat gambar yang Etuza sertakan.

Memang Tarian Magunatip kini menjadi satu tarian kegemaran pelajar di mana-manan sekolah untuk dipersembahkan di pentas. Amat menghiburkan. Dan terbaru yang Etuza perhatikan Tarian Magunatip ini sudah sampai diketengahkan di peringkat kebangsaan dan pernah dipertandingkan serta  mendapat gelaran JUARA. 

 Hebatnya kombinasi Tarian Magunatif..

 Lenggang dan lenggok penari wanita..penari lelaki pula seolah 
menari tetapi seperti berkawal dengan memegang senjata..

Gaya menari si pahlawan..tunjukkan kegagahan di pentas..

Tengok Tajau tu tidak pecah..berat tak berat ..hehehe..

Asyiknya menari di pentas...sajian istemewa,,

Mendapat tepukan gemuruh..selesai persembahan Tarian Magunatif..

Wah sampai tak sedar di rakam..lucu rasanya..

Catat Ulasan

6 Ulasan

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.