Mukadimah Perjalanan Ke Taman Pertanian Sabah Di Tenom Hari Ini.

Mukadimah Perjalanan Ke Taman Pertanian Tenom Sabah Hari Ini #1


Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua. 

Perjalanan Ke Taman Pertanian Sabah, Tenom bukanlah memakan masa yang lama dari Keningau ke Tenom. Dan hari ini, Etuza tunaikan hasrat hati anak-anak seisi keluarga untuk bersiaran di Tenom dan ke Taman Pertanian Sabah. 

Seawal subuh mama bangun pagi dan menyiapkan juadah untuk di bawa ke Taman Pertanian Sabah.Ini kehendak Etuza, kena bawa bekalan ke Taman Pertanian Sabah, bukan kerana tiada  kantin di sana tetapi proses mengisi perut bersama di Taman Pertanian Sabah akan cepat dan lebih seronok. Setelah semuanya siap, anak-anak mandi dan bersiap sedia ke Tenom hari ini. Kamera kena bawa, wajib bagi Etuza,

Perjalanan bermula jam 9.30 pagi dan kami sampai lebih kurang jam 10 pagi. Perjalanan lebih kurang antara 30 minit ke 40 minit sampai lah di Tenom ( Kereta baru di service, rasa lancar dan agak ringan ja drive ). Keadaan jalan raya agak lengang dan lancar selain cuaca amat cerah mengiringi perjalanan ini. Dalam perjalanan dari jauh kelihatan pintu gerbang Ucapan Selamat Datang di Tenom, begitu cantik dan kukuh kelihatan. Di sebelah kanan jalan raya tidak jauh dari pintu gerbang ada tempat perkuburan Orang Cina, kita biasa kenal denga corak rekacipta buatan orang Cina. Etuza ambil gambar dan teruskan perjalanan. 

Etuza masih ingat ketika tahun 2004 kami ke Tenom, masa itu anak-anak masih kecil dan Aliya anak bongsu Etuza belum lahir. Agak ingat-ingat lupa, alhamdulillah sampai di Tenom tanpa ada halangan serius. Cuma Etuza dan mama agak teragak-agak saja di mana arah jalan ke Taman Pertanian Sabah, Tenom. Tidak juga mengambil langkah bertanya kepada orang di Tenom, kerana ada singboard memberitahu arah.  Baiklah untuk anda mari lihat beberapa dapatan gambar di Pekan Tenom. 

Menarik juga Tenom ini, bersih tempat ini. Kurang sampah lah kelihatannya. Dan udara masih segar, kerana Tenom berada di lembah serta banjaran gunung yang cantik beralun. Masyarakat suku bangsa di Tenom di dominasi oleh suku kaum Murut, Jawa dan Cina serta suku bangsa Dusun.

Pintu Gerbang mengalu-alukan ketibaan tetamu ke Tenom
Selamat datang Ke Tenom
Pandangan pintu masuk perkuburan Orang Cina di tepi jalan Tenom
unik sekali..

Nampak Masjid Ar Rahman di Tenom...pasti singgah nak solat

Mercu tanda di Tenom terkenal dengan pengeluaran Produk Kopi Tenom

bangunan Dewan di pekan Tenom..cantik besar
Singboard ..boleh lah teruskan perjalanan..mudah ja cari
jalan..alhamdulillah..
Senarai  harga tiket..nampak berapa orang dewasa..
Etuza bayar tiket RM 41.00
Ibnu Mustaqim tidak ikut..kami hanya 6 orang sahaja..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. As salam Cikgu, mohon edit sikit jer typing error, mungkin nak siapkan entri cepat kot, hi3

    Perenggan pertama: runaikan = tunaikan..

    Perenggan 4: sing board = signboard (papan tanda)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya Umi nak cepat semalam....terima kasih ya, betul ke Umi Alya baca 100 % tiap entri dalam blog ni, sebab kiranya ada hikmah besar hikmah membaca full story selain dapat ilmu dan dapat membantu kesan kan typo ke ejaan salah. Terbaik lah Umi Alya ..

      Padam
  2. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh Mamapun dah masak pagi sebagai bekalan, kiranya 1 kepala dengan saya daa, hi3

    BalasPadam
  3. Saya dapat bayangkan pasti ada 3-4 entri lagi berkaitan dengan Taman Pertanian Tenom, Sabah, tak caya, tungguuuuuuuuu...

    BalasPadam
  4. salam , wah bercuti ye cikgu selamat menikmati hari2 cuti dengan family

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.