Kek Pisang ( Belajar Buat Kek Pisang )
Semasa Cuti Sekolah..
![]() |
Inilah rupa kek pisang Azie buat..
Kek Pisang percubaan katanya....
|
Kali ini Etuza hendak cerita hal kek pisang yang anak gadis Etuza buat minggu lalu. Katanya "kek Pisang ni tak berapa menjadilah ayah" Azie menjelaskannya, tetapi siap dihidang atas meja dan menjemput Etuza serta seisi keluarga yang ada untuk merasa kek pisang yang dibuatnya. " Hummm!! sedap, lembut dan secukup rasa, rasa kemanisan pisang itu terasa lah" Kata Etuza. Ha terdetiklah hendak kongsikan dalam blog Etuza ini. Rasa kek pisang itu memang betul SEDAP. Banyak juga lah Etuza makan.
Azie tidak mahu bagi Etuza kongsikan dalam blog, katanya malu dari segi warna tak menjadi ( Sikit saja tu tak menjadi ). Etuza tengok memang warna lain dalam ipad yang jadi panduan Azie. dalam blog resipi nampak memang sangat cantik dan sempurna kek pisang itu. Tetapi kemungkinan jenis pisang mempengaruhi corak kek pisang. Agakanya lah. Mari tengok apa resipi kek pisang ini.
Bahan-Bahan
4 biji pisang emas - Lecekkan
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A
Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bicabornat
1 sk barking powder
1 sk vanila.
Cara membuatnya pun mudah. Anda sebenarnya pernah buat kek pisang. Rupanya dalam resipi guna pisang emas. Etuza beli pisang berangan pula. Patutlah lain warna. Selamat mencuba kek pisang hari ini.
16 Ulasan
orang kampung masak kek pisang ..rupa pun lain.Hummm! lembut dan sangat sedap lah pula..teringin nak makan lagi lah ..hehehe
BalasPadamRupa lain xpwr, janji sedap..
PadamSay pali x suka penggunaan soda bikarbornat, mungkin disebabkan oleh rasanya kot..
BalasPadamBiasanya jika saya buat kek pisang, guna resepi asas kek cuma kurangkan penggunaan tepung & di tambah pisang lecek, gula castor pula diganti dengan gula perang..
Memang tak jemu sbb tiada penggunaan soda bikarb..
Banyaknya kesilapan ejaan...
Padam**Saya paling...
** soda bikarbonat.
** xper..
sedapnya
BalasPadamWarna tak sama tak menjadi hal. Yang penting rasanya tetap sedap :)
BalasPadamhaah, warna tu lain sikit, kalau dah makannya sedap memang tak ada hal la kan
PadamPANDAI AZIE BUAT KEK PISANG SEDAP TU...
BalasPadamBoleh cuba resepi ni nanti..
BalasPadamjanji sedap rasa kek pisang kan ... pandai anak cikgu etuza buat kek :)
BalasPadamyan buat pun guna resepi sama macam tu..tapi yan belender semua bahan kecuali tepung dan serbuk penaik...
BalasPadamKek pisang salah satu kegemaran PC...
BalasPadamohh kalau mcm tu jgn guna isang berangan guna pisang emas di bawa belayar
BalasPadambaru sediakan bahan bahan dan bahan ayak....cara nak buat nya mcm mana
BalasPadamsekali tgk ingatkan pengat pisang
BalasPadambiaslah lah tu pertama kali buat..bila dah byk kali lebih cekap dan lebih sedap
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.