Cahaya Malam Di Empat Lokasi Di Keningau

Cahaya Malam Di Empat  Lokasi Di Keningau

Asalamualaikum, selamat malam semua. Pasti ramai yang kini lena diulit mimpi dalam peraduan yakni tidur sebagai rehat yang cukup menakjubkan yang dianugerahkan olehNya kepada semua umat manusia. 

Tidurlah kerana tidur itu sebagai rehat yang memberi ketenangan minda dan kesegaran tubuh badan di esok hari.

Cahaya Malam Kala Malam Di Keningau.

Malam ini, sekitar jam 9 malam Etuza sudah berada di Bandar Keningau untuk bersedia lebih awal menjemput anakanda Irfan yang pergi menghadiri Majlis Makan Malam bersama semua rakan sekelas dan guru kelas serta guru-guru mengajar mata palejaran di kelas Irfan. Jangkaan tamat acara malam mereka ialah pada jam 10 malam. Ternyata majlis mereka masih berlangsung dan jangkaan Etuza akan berakhir pada jam 11 malam. Suasana Bandar Keningau semakin sunyi apabila 90 % pintu kedai di sana-sini dalam keadaan tertutup rapat. Kelihatan cahaya saja menerangi Bandar Keningau. Untuk perkongsian Etuza kepada anda yang melawat laman Etuza ini, mari kita melihat gambar di empat lokasi kala malam di Bandar Keningau.

Lokasi pertama ialah di kawasan Singer tempat menjual perabot rumah atau alat-alat elektrik secara bayaran ansuran atau bayar tunai mengikut pilihan perkhidmatan pelanggan Singer. Lihat cahaya membentuk L pada perkataan huruf besar SINGER. Nampak cantik kelihatan pada waktu malam dengan cahaya yang dipancarkan. Kawasan Singger ini sebaris dengan Klnik Pergigian milik orang Melayu. Dan Doktor Gigi itu seorang lelaki. Selain itu kawasan ini selalu Etuza gunakan untuk parking kereta disebabkan banyak ruang kosong yang masih ada berbanding kawasan lain yang penuh dan sesak.

Inilah cahaya  di kawasan SINGER di Keningau kala malam
Lokasi kedua ialah di kawasan depan KFC baru berhadapan dengan Padang Bandaran Keningau serta di sebelah kanan pada kawasan KFC baru ini ialah bangunan Hotel Juta yang terkemuka di Keningau, Sabah. Lihat agak cantik pantulan cahaya dari huruf KFC di cawangan baru di Keningau. Cawangan KFC lama ialah di kawasan dekat Balai Polis Daerah Keningau. Menunggu anakanda Irfan membuatkan Etuza agak boring lalu teringat ada kamera dalam beg lalu merakam cahaya kala malam di Keningau pada lokasi KFC dan lokasi Hotel Juta.

Jelas nampak KFC..terkemuka di Keningau..kelihatan
jam 10 malam masih operasi perniagaan KFC di Keningau.
Lokasi ketiga ialah di kawasan Hotel Juta Keningau, sebuah bangunan hotel paling tinggi dengan bilangan  10 tingkat. Etuza bersiaran di ruang legar bawah Hotel Juta lalu mengambil gambar bercahaya pada hadapan dan ruang masuk utama Hotel Juta ini. Memang hebat seri Hotel Juta kala malam, kilauan cahaya yang berkerlipan memantul dari dalam amat menarik sekali. Apatah lagi dengan adanya hiasan bertema sempena sambutan Kristmas yang tidak lama lagi di bulan Disember 2015 ini. Lihat ada  reflika kuda emas dalam bangunan Hotel Juta ini. Cantik dan unik kelihatan.

Reflika kuda keemasan nampak pantulan cahaya
apabila ada cahaya pada kerlipan cahaya dari dalam dan luar HJ ini.
Lokasi keempat ialah di Shell minyak kereta. Uniknya Shell minyak kereta di Keningau ini, ialah adanya dipasang lampu-lampu bercahaya yang memancarkan cahaya indah pada lilitan bunga bertema Kristmas melingkari Pejabat Shell Minyak ini. Dari jauh amat menarik sekali. Dan pastinya ini lah antara cara pelanggan tertarik ke Shell Minyak kereta di Keningau untuk mengisi tangki minyak kereta. Memang terkenal Shell Minyak ini, selain layanan dari semua kakitangan yang bekerja amat mesra dan peramah dengan pelanggan mereka.Diharapkan Shell Minyak ini tidak melakukan penipuan kepada kami di Keningau. Amin

Hadapan Hotel Juta Keningau..unik dengan
cahaya bergemerlapan kala malam
Selamat membaca perkongsian Etuza tentang cahaya malam di empat lokasi di Bandar Keningau. Suka Etuza memberitahu terdapat juga cahaya dari Hotel Kristal di Supermakert Hiap Lee. Cahaya dari Publick Bank Keningau serta cahaya dari sepanjang jalan Bandar Keningau dari pelbagai banner yang dipasang. Di round about berhadapan dengan Hospital Lama Keningau juga cukup cantik dengan cahaya kebiruan kala malam di Keningau. Keningau kini memang lain dari dahulu zaman remaja Etuza. Maju jaya lah Keningau di masa-masa akan datang. 

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. singgah malam ke sini Etuza, Keningau ni sejuk juga ke cuacanya ye, maklumlah kak ana belum pernah ke Sabah :)

    BalasPadam
  2. Singer ini dah ada sejak zaman saya kecil dahulu lagi. Mak saya ambil upah jahit baju menggunakan mesin jahit singer kerana ianya boleh membuat pattern jahitan yang pe[bagai.

    Saya juga pernah beli tv jenama ini...

    ianya memudahkan orang kampung yang miskin sebab bayaran ansurannya rendah...

    BalasPadam
  3. Singer menawan keluarga bahagia..teringat lagu tema Singer..hehe..sama macam CP suka tengok lampu-lampu sejak dari kecil lagi

    BalasPadam
  4. Tiba2 teringat iklan suatu ketika dulu. "Singer menawan keluarga bahagia"

    BalasPadam
  5. Dulu kat tv ada kuiz dapat barangan
    Singer

    BalasPadam
  6. ntah bila dapat jejak kaki di keningau..mcm2 ada!

    BalasPadam
  7. keningau skrg tidak suram seperti dulu lah eh

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.