Chiffon In A Cup
Kek Chiffon Diperbuat daripada telur,tepung gandum dan susu.( 40gram) |
Asalamualaikum..
Semalam petang baru balik dari Bandar Keningau. Bersama mama, Afif dan Irfan. Lalu teringat permata hati di rumah Azie, Alya dan Ibnu Mustaqim. Tengok apa mama beli, mana tahu ada kuih atau biskut untuk anak permata di rumah. Tanya mama, apa yang telah dibeli untuk anak-anak di rumah dalam bentuk makanan, sebab barangan lain telah Etuza tahu apa yang mama beli seperti beras, minyak masak dan yang lain melengkapi dapur masak mama.
"Biskut kemarin belum habispun, tak payahlah manjakan sangat anak-anak tu, masih ada makanan tu dalam peti sejuk pun ada" Kata mama.
" Awak tak payah lah berkira sangat, anak-anak tu pasti cari juga makanan lain yang kita beli" Sahut Etuza, sedap kan hati.Lalu keluar pergi membeli makanan untuk permata hati. Ternampaklan makanan ni MOCHA KEK CHIFFON nampak sedap dan hanya RM 1.30 sen sebungkus. Etuza belilah lima untuk 5 orang anak termasuk yang di rumah.Mocha kek chiffon ada logo halal.
Sampai di rumah anggapan Etuza benar-benar berlaku. Alya dari jauh bertanya apa makanan di beli. Katanya lapar. Anak gadis tak masak kah untuk adik ni. Astagfirullah ..Alya segera ambil plastik berisi Kek Chiffon dan mulai membukanya. Si kakak datang sama mengambil sebungkus. Astagfirullah..rupanya kakak Alya tak makan kek tu, di letakkan di atas meja makan di dapur. Sampai hari ini masih kah belum makan anak gadis Etuza tu. Mama pagi tadi beritahu " Azie puasa tu". Terfikir pula Etuza hal Azie ni...Agaknya MERAJUK ke?....Hai ada-ada sahaja permata hati kita ni...Bahagia rasanya jika ada persefahaman berpanjangan...
19 Ulasan
singgah pagi
BalasPadamZakiah..ok terbaik sahabat maya ini..teruskan ukuhuwa ..
PadamMassimo chiffon kek dah masuk pasaran sabah ye, kan bagus klau gardenia jugak begitu....selalu anak2 saudara di sabah minta belikan roti atau bun gardenia sebagai oleh2 klau balik kampung..
BalasPadamsedapnya kek chiffon tu..anak2 cikgu mesti suka tu...
BalasPadambukan kata anak2, saya dah tua ni pun kalau balik kampung dan mak balik dari market, mesti mencari2 di celah plastik kot2 ada "sesuatu" (jajan kami kata) yang dibawa pulang...
BalasPadamBaba PC pun gitu cikgu...bila PC balik kampung...ada saja makanan yang baba beli setiap kali keluar rumah. .kadang tu PC tegah juga..taku membazirkan..tapi itulah ibu ayah..walau yang dibeli gula gula lolipop..bahagia dia..bahagia kita..
BalasPadamSalam singgah sini cikgu Etuza.....sedap tu Mocha Kek Chiffon..
BalasPadamSeronok kadang2 layan perangai anak2 yg mewarnai kehidupan :D
BalasPadamsaya pernah beli kek chiffon tu. pada saya ianya taklah berapa sedap.
BalasPadamsaya lebih suka muffin keluaran terbaru jenama mighty white. ada kekacang di dalamnya...
Im..nanti Etuza cari kek yang Im maksudkan bagi anak2 makan..Etuza jg sebenarnya suka makan kuih dengan white coffee..kedapatan dah sendiri nak makan juga ni
PadamMocha kek chiffon pasti sedap hoho.. nice sharing cikgu..
BalasPadamAnak perempuan memang gitu cikgu :-))
BalasPadamCam sedap jer tu..
BalasPadamBagusnya Azie, rajin dia berpuasa..
assalamualaikum etuza...sedapnya tengok kek tu...;)
BalasPadamsedap ni, kak ana pun suka :)
BalasPadamkan saya kalau keluar pi bandar pun mesti fikir nak beli apa untuk adik eh? hehe
BalasPadamBaca tajuk ingat Etuza baking kek. Sedap kek tu.
BalasPadamNamanya pun budak kan Cikgu, walau banyak makanan kat rumah, dicarinya jugak barang yg baru dibeli. Nasiblah cikgu ada beli kek mocha tu, kalau tidak kesian jugak tu....
BalasPadamMemang kena beli ole2 untuk berbudak ni cikgu..
BalasPadamKesian tengok kita datang tak beli apa2 kan,,,
Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.