Chiffon In A Cup

Kek Chiffon
Diperbuat daripada telur,tepung gandum dan susu.( 40gram)
Asalamualaikum..

    Semalam petang baru balik dari Bandar Keningau. Bersama mama, Afif dan Irfan. Lalu teringat permata hati di rumah Azie, Alya dan Ibnu Mustaqim. Tengok apa mama beli, mana tahu ada kuih atau biskut untuk anak permata di rumah. Tanya mama, apa yang telah dibeli untuk anak-anak di rumah dalam bentuk makanan, sebab barangan lain telah Etuza tahu apa yang mama beli seperti beras, minyak masak dan yang lain melengkapi dapur masak mama.
"Biskut kemarin belum habispun, tak payahlah manjakan sangat anak-anak tu, masih ada makanan tu dalam peti sejuk pun ada" Kata mama.
" Awak tak payah lah berkira sangat, anak-anak tu pasti cari juga makanan lain yang kita beli" Sahut Etuza, sedap kan hati.Lalu keluar pergi membeli makanan untuk permata hati. Ternampaklan makanan ni MOCHA KEK CHIFFON nampak sedap dan hanya RM 1.30 sen sebungkus. Etuza belilah lima untuk 5 orang anak termasuk yang di rumah.Mocha kek chiffon ada logo halal.
Sampai di rumah anggapan Etuza benar-benar berlaku. Alya dari jauh bertanya apa makanan di beli. Katanya lapar. Anak gadis tak masak kah untuk adik ni. Astagfirullah ..Alya segera ambil plastik berisi Kek Chiffon dan mulai membukanya. Si kakak datang sama mengambil sebungkus. Astagfirullah..rupanya kakak Alya tak makan kek tu, di letakkan di atas meja makan di dapur. Sampai hari ini masih kah belum makan anak gadis Etuza tu. Mama pagi tadi beritahu " Azie puasa tu". Terfikir pula Etuza hal Azie ni...Agaknya MERAJUK ke?....Hai ada-ada sahaja permata hati kita ni... 
Bahagia rasanya jika ada persefahaman berpanjangan...