Blog Kegemaran Anda Menyepi? Apakah Perasaan Anda!

    Memang pernah Etuza melakukan penyepian di Blog atau di Fanfage sendiri. Bukan sekali tetapi telah berkali Etuza lakukan sejak berblogging seawal pembabitan pada tahun 2009. Seronok berblog, main lantak saja pada awalnya. Rupa2nya bukan begitu cara nak berblog biarpun blog kita sekadar dalam bentuk dairi kehidupan cuma. malunya waktu itu.

Untuk tahun 2015 sekali lagi dari bulan Mac hingga Ogos 2015 Etuza menyepi di blog. Sehinggalah ada teman blogger  yang menyapa di FB. Etuza sihat ke? Kenapa tak on blog?. Updated kan blog ya Etuza. Dah tak minat ke dengan blog Etuza tu?. Pelbagai lontaran pertanyaan mereka pada Etuza.

Nak hadiah klik ja SINI
    Ya Allah kenapa Etuza tak merasakan penantian  mereka itu? Pertanyaan itu ikhlas inginkan kepastian adakah Etuza ada masalah dalam kehidupan ini. Mereka ( Bloggers ) merasakan kehilangan Etuza dalam arena blog. Kenapa Etuza tidak merasa belas kasihan hingga berbulan menyepi mala pernah setahun Etuza menyepi diri dalam dunia maya. Sedangkan dunia maya tidak bersalah pada Etuza. Maafkan saya! maafkan Etuza kepada mereka ( bloggers ) yang pernah bertanya. Etuza pasti sangat bloggers yang bertanya itu adalah sahabat bloggers Etuza, bloggers yang selalu kritik kelemahan Etuza, memuji blog Etuza dan mereka yang amat rajin komentar blog Etuza. Sungguh murni hati mereka itu. Sekali lagi maafkan Etuza ini.



Blog Kegemaran Kenapa Menyepi?



Ini pengalaman Ikhlas Etuza. Sekadar dikongsi agar jelas kenapa akan ada masa tidak updated blog. Dan Etuza kongsikan agar kiranya akan berlaku penyepian blog Etuza ini, maka inilah jawapannya dan semoga rakan blogger lain memahami realiti ini. Faktor utama kenapa menyepi ialah :-
1. Apabila terlalu sibuk dengan kerjaya yang menuntut untuk dilaksanakan seolah siang tidak cukup masa dan malam juga tidak cukup untuk disiapkan. ( bila ini berlaku mood berblog hilang )
2. Apabila terlalu banyak aktiviti dengan rakan serta kawan - kawan di luar rumah. Banyak melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Ke sana dan ke mari dalam urusan perniagaan, mesyuarat dan sebagainya. Bila kita sering di undang ke luar memang tiada masa untuk update kan blog. ( bila ada keadaan seperti ini memang masa online tidak akan tercapai )
3. Ada insan yang dekat dengan kita, menegur sikap kita yang bagi dia kita sudah tidak ingat dunia lain apabila kita sentiasa online untuk updatedkan blog. Sebenarnya untuk updatedkan blog bukan memakan masa yang lama jika line hayat kuat dan lancar. Kerja updated blog akan mudah pantas bila line lancar. Percaya kan, maka tidak sepatutnya kita blogger ditegur dengan teguran yang melampau, kerana tugasan kerja seharian dalam rumah atau kerja lain tetap kita selesaikan. ( Etuza bila kerap ditegur ada masa merajuk lalu tidak lalu dah updated blog ) 
Inilah faktor pengalaman Etuza tidak updated blog suatu masa lalu. Apabila sudah terlalu lama tidak online kita kena tanya pula lagi oleh orang yang dekat dengan kita yang ada depan kita selalu, aik apa hal dah terlalu lama tak ada catatan di blog?. Hadui!! dulu bukan main tegur bagainya seolah pantang nampak duduk hadap komputer, datang buat pertanyaan. Kepada yang faham tak apa, yang tidak faham mungkin anda bloggers remaja yang belum berkahwin. Faham kan.

Blogger Tidak Lupa Sebenarnya Tanggungjawab!

1. Tanggungjawab memberi makan minum isteri dan anak-anak.( ini tanggungjawab besar )
2. Tanggungjawab terhadap rumahtangga.
3. Tanggungjawab terhadap mencari rezeki, sebab rezekilah sedikit kita updated kan blog, mana tau menang segmen yang dianjurkan.
4. Tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
6.Tanggungjawab persekolahan anak-anak keperluan anak-anak sepanjang persekolahan setahun.
7. Tanggungjawab terhadap ibubapa.
Akhir sekali Etuza nasihatkan yang belum updated blog, usahlah ikut kesilapan Etuza, kerana tindakan menyepi terlalu lama akan mengakibatkan ramai rakan blogger meminggirkan kita dan melupakan kita. Kini Etuza telah kehilangan rakan blogger dari group Segar Follower yang telah ditubuhkan oleh bloger Mama Arina Syamsyul. Apakan daya. Begitu juga Group Ikon Gratify yang Etuza buat dalam bloglist Etuza. telah bubar dan membawa haluan masing-masing, meskipun masih ada yang datang berkunjung di blog Etuza tetapi bukan semua menyukai Etuza. Panjang huraian kali ini.
Pengalaman di Zoo Lok Kawi klik SINI
Kerja Rumah Esok ( Entri Baru - Jika berkesempatan)
1. Artikal Hits Di Blog Pesona Etuza
2. Majlis Restu Ilmu SMK Agama Keningau
3. Bentuklah Jiwa Anak Biar Dari Rebung