Blog Kegemaran Kenapa Menyepi?

Blog Kegemaran Anda Menyepi? Apakah Perasaan Anda!

    Memang pernah Etuza melakukan penyepian di Blog atau di Fanfage sendiri. Bukan sekali tetapi telah berkali Etuza lakukan sejak berblogging seawal pembabitan pada tahun 2009. Seronok berblog, main lantak saja pada awalnya. Rupa2nya bukan begitu cara nak berblog biarpun blog kita sekadar dalam bentuk dairi kehidupan cuma. malunya waktu itu.

Untuk tahun 2015 sekali lagi dari bulan Mac hingga Ogos 2015 Etuza menyepi di blog. Sehinggalah ada teman blogger  yang menyapa di FB. Etuza sihat ke? Kenapa tak on blog?. Updated kan blog ya Etuza. Dah tak minat ke dengan blog Etuza tu?. Pelbagai lontaran pertanyaan mereka pada Etuza.

Nak hadiah klik ja SINI
    Ya Allah kenapa Etuza tak merasakan penantian  mereka itu? Pertanyaan itu ikhlas inginkan kepastian adakah Etuza ada masalah dalam kehidupan ini. Mereka ( Bloggers ) merasakan kehilangan Etuza dalam arena blog. Kenapa Etuza tidak merasa belas kasihan hingga berbulan menyepi mala pernah setahun Etuza menyepi diri dalam dunia maya. Sedangkan dunia maya tidak bersalah pada Etuza. Maafkan saya! maafkan Etuza kepada mereka ( bloggers ) yang pernah bertanya. Etuza pasti sangat bloggers yang bertanya itu adalah sahabat bloggers Etuza, bloggers yang selalu kritik kelemahan Etuza, memuji blog Etuza dan mereka yang amat rajin komentar blog Etuza. Sungguh murni hati mereka itu. Sekali lagi maafkan Etuza ini.



Blog Kegemaran Kenapa Menyepi?



Ini pengalaman Ikhlas Etuza. Sekadar dikongsi agar jelas kenapa akan ada masa tidak updated blog. Dan Etuza kongsikan agar kiranya akan berlaku penyepian blog Etuza ini, maka inilah jawapannya dan semoga rakan blogger lain memahami realiti ini. Faktor utama kenapa menyepi ialah :-
1. Apabila terlalu sibuk dengan kerjaya yang menuntut untuk dilaksanakan seolah siang tidak cukup masa dan malam juga tidak cukup untuk disiapkan. ( bila ini berlaku mood berblog hilang )
2. Apabila terlalu banyak aktiviti dengan rakan serta kawan - kawan di luar rumah. Banyak melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Ke sana dan ke mari dalam urusan perniagaan, mesyuarat dan sebagainya. Bila kita sering di undang ke luar memang tiada masa untuk update kan blog. ( bila ada keadaan seperti ini memang masa online tidak akan tercapai )
3. Ada insan yang dekat dengan kita, menegur sikap kita yang bagi dia kita sudah tidak ingat dunia lain apabila kita sentiasa online untuk updatedkan blog. Sebenarnya untuk updatedkan blog bukan memakan masa yang lama jika line hayat kuat dan lancar. Kerja updated blog akan mudah pantas bila line lancar. Percaya kan, maka tidak sepatutnya kita blogger ditegur dengan teguran yang melampau, kerana tugasan kerja seharian dalam rumah atau kerja lain tetap kita selesaikan. ( Etuza bila kerap ditegur ada masa merajuk lalu tidak lalu dah updated blog ) 
Inilah faktor pengalaman Etuza tidak updated blog suatu masa lalu. Apabila sudah terlalu lama tidak online kita kena tanya pula lagi oleh orang yang dekat dengan kita yang ada depan kita selalu, aik apa hal dah terlalu lama tak ada catatan di blog?. Hadui!! dulu bukan main tegur bagainya seolah pantang nampak duduk hadap komputer, datang buat pertanyaan. Kepada yang faham tak apa, yang tidak faham mungkin anda bloggers remaja yang belum berkahwin. Faham kan.

Blogger Tidak Lupa Sebenarnya Tanggungjawab!

1. Tanggungjawab memberi makan minum isteri dan anak-anak.( ini tanggungjawab besar )
2. Tanggungjawab terhadap rumahtangga.
3. Tanggungjawab terhadap mencari rezeki, sebab rezekilah sedikit kita updated kan blog, mana tau menang segmen yang dianjurkan.
4. Tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
6.Tanggungjawab persekolahan anak-anak keperluan anak-anak sepanjang persekolahan setahun.
7. Tanggungjawab terhadap ibubapa.
Akhir sekali Etuza nasihatkan yang belum updated blog, usahlah ikut kesilapan Etuza, kerana tindakan menyepi terlalu lama akan mengakibatkan ramai rakan blogger meminggirkan kita dan melupakan kita. Kini Etuza telah kehilangan rakan blogger dari group Segar Follower yang telah ditubuhkan oleh bloger Mama Arina Syamsyul. Apakan daya. Begitu juga Group Ikon Gratify yang Etuza buat dalam bloglist Etuza. telah bubar dan membawa haluan masing-masing, meskipun masih ada yang datang berkunjung di blog Etuza tetapi bukan semua menyukai Etuza. Panjang huraian kali ini.
Pengalaman di Zoo Lok Kawi klik SINI
Kerja Rumah Esok ( Entri Baru - Jika berkesempatan)
1. Artikal Hits Di Blog Pesona Etuza
2. Majlis Restu Ilmu SMK Agama Keningau
3. Bentuklah Jiwa Anak Biar Dari Rebung

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Memang trnanti2 n3 blogger yg dah biasa kita baca tiba2 mnghilang ,terasa juga kehilangan sahabat alamaya wlpun sementara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul Etuza ternanti2 sangat entri teman blogger Etuza ni Sal..apapun moga mereka akan updated jg blog

      Padam
  2. betul tu..sekali kita dah suka singgah satu blog ni, kita akan nak singgah lagi lepas tu. tak sabar dengan update seterusnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sifu mai macam tau ja apa yag Etuza rasakan ni..ya ada blog yg Etuza nak betul2 dai update ..mybe dia tak ada masa tu

      Padam
  3. Lama dah.berblog tu....ekin pun dah berapa kali putus harapan teruskan bwrblog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masa nanti kita tak updated blog..kerana sibuk ..pasti ada..lagipun updated blog dekat epad Etuza tak boleh sebab terlalu halus kan koding blog

      Padam
  4. Assalam Cik Gu,
    kita manusia biasa setiap apa minat dan hobi yang kita lakukan dengan kehendak hati kita pasti memuaskan kita dan membahgiakan diri kita seorang, tapi belom tentu membahgia kan orang lain yang rapat dengan kita...

    So kena berpada2lah dan seimbangkan lah antara hobi, tugasan harian dan kerjaya... semua itu juga sebagai tanggung jawab dalam kehidupan kita seharian,..apa lagi yang telah berkeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Bunda..setuju dengan bunda terima kasih nasihat yang berguna ni ..

      Padam
  5. harap2 lps ni etuza tak menyepi lagi...

    BalasPadam
  6. Semoga terus bersemangat utk berblogging, cikgu. Memang kadang2 apabila banyak sangat kekangan, mood untuk update blog akan hilang.

    BalasPadam
  7. Kalau pandai bahagi masa..insyallah semua tanggungjawab terurus

    BalasPadam
  8. Lepas ni jangan menyepi lama2 lagi ye cikgu

    BalasPadam
  9. Biasa kalau kesibukan melanda mmg tak sempat kot nak update blog ..

    BalasPadam
  10. Zumal pun ternanti-nanti entri Cikgu Etuza ^-^

    BalasPadam
  11. Memang, daku mengakuinyaaaa~ tp at least, singgah letak wordlesss, ahaha~ or pic, untuk sje kasik org tak bosannn la kononnyeee

    BalasPadam
  12. CP pun selalu tertanya-tanya kenapa Etuza menyepi. Tertunggu-tunggu juga.

    BalasPadam
  13. Alasan no 1 mgkn salah satu sbb kenapa sy lgsg x buka blog..

    BalasPadam
  14. Kerja sampai 6x seminggu ( sepatutnya 5kali), asyik keluar daerah membataskan masa untuk online..

    Cuti tahun ni belum berusik seharipn, cuti gantian saban minggu makin bertambah, lebihan cuti tahun lepas masih bersisa.

    Penat tapi ini hakikat demi kehidupan sebuah keluarga.

    BalasPadam
  15. JM salah sorang reader yg tertanya soapan yg sama, ke manakah menghilangnya blogger etuza lama betul menyepi dannasib baik muncul kembali ingat dh merajuk dlm dunia blog

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.