Bank Islam Kini Di Buka Di Keningau, Sabah
Ini bangunan baru Bank Islam di Keningau. Lokasi
di jalan MasakKeningau berdepan dengan Hotel Quueen.

Bank Islam Di Buka Di Keningau Kini
    Banyak Bank baru di Keningau. Dan antara yang paling terbaru ialah Bank Islam. Bank Islam memang tiada di Keningau sejak dahulu. Kini kepesatan penduduk dan pembangunan yang tidak henti-henti di Keningau kini menjadikan Keningau semakin maju dan buktinya kini perkembangan baru Bangunan Baru Bank Islam telah dibuka dan beroperasi di Keningau pada minggu lalu.

    Bank Islam hanya ada di Kota Kinabalu Sabah, maka setiap kali ada urusan di Bank islam Etuza akan pergi ke Kota Kinabalu bersama anak untuk urusan di bank Islam. Anak sulung lelaki Etuza memiliki akaun di bank Islam, kerana wang biaya kos pengajiannya di tanggung oleh Jabatan Mara dan wang biaya di salurkan terus ke akaun anak di bank Islam.

    Seperti ramai masyarakat Keningau gembira dengan lahirnya sebuah Bank bercirikan pengurusan kewangan cara Islam di Keningau. Pada Etuza inshaAllah akan datang ke Bank Islam nanti untuk buka akaun baru Noraliya Adibah pada minggu depan nanti.Tidak perlu lagi ke KK untuk urusan di Bank Islam nanti.

Informasi Keningau Kini. ( Di petik dari Wikipedia )
 Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman SabahMalaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas.Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.
   Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.
    Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalanKimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, keSandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
Lokasi Bandar Keningau kini setapak semakin maju dan maju..
View Keningau Terbaru yang sangat indah sekali...imej
ini diambil pada kedudukan dekat Hotel Sentos yang merupakan
Hotel baru yang semakin terkenal di Keningau Kini.

Sejarah Penubuhan Keningau


Sejarah[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[2] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Demografi[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti berikut:
EtnikJumlah Penduduk
Melayu Brunei4,485
Kadazan-Dusun68,627
Murut29,070
Bajau5,403
Cina10,661
India374
Bumiputera lain12,445
Lundayeh1100
Lain-lain3,169

Bank[sunting | sunting sumber]

Bandar Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini antaranya Bank Simpanan Nasional [BSN], Malayan Banking, CIMB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, AM Bank, Alliance Bank, RHB Bank dan Agro Bank, serta kini di buka lagi sebuah bank baru iaitu Bank Islam yang terletak di Jalan Masak Keningau, menuju ke Jalan Kimans Kota Kinabalu.
Sedikit Informasi Keningau Kini dari blogger Etuza.